Friday, July 23, 2010

SEPANJANG PERJALANAN


Perjalananku
dari Jedah ke Kota Madinah
sepanjang jalur berliku
disaksikan oleh
sinaran mentari pagi
menyusuri
muntahan sinar
jingganya mentari
yang lembut dan cerah
kemudian
perlahan-lahan
bertukar garang
dan amat menyilaukan.
*
Sungguh
aku tidak tahan
memandang kegarangannya
walau ternyata
dia tampak reda.
*
Perlahan-lahan
bumi Jedah aku tinggalkan
semakin jauh
jauh …dan jauh
namun
sang mentari
masih mahu mengiringiku
dengan sinarannya
yang semakin membahang
walau hari
masih muda.
*
Sepanjang perjalanan
dalam hatiku
terlalu ghairah
untuk berpijak
di bumi suci yang nyata
Madinah al Munawarrah
yang seolahnya
melerek sambil tersenyum
sabar dan tenang
menunggu kedatanganku.
*
Aku bersyukur
kerana dapat berpijak
di bumi panas
yang kering tandus
untuk mendekatkan diri
di sisi Tuhan
juga memohon syafaat
dari kekasih-Nya
moga akan ada
sedikit keampunan
selaku sekeping tiket
dan selambar visa
buat ke syurga.

JEDAH
12.06.2009 - 06.15 pagi

0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online