Friday, July 23, 2010

SEMAKIN PANAS


Asap kelabu lemah menghilai
dipermain angin
hembusannya membara
bergaul dengan seruan kudus
memenuhi ruang angkasa suci
kota panas membakar
bahangnya terasa.
*
Kini kota panas itu
semakin panas
kota yang hingar bingar
oleh palbagai ragam
manusia dari empat penjuru alam
kota yang bergema
dengan zikir kepada Allah
dan selawat buat junjungan
Nabi Muhammad s.a.w.
semakin riuh
bercampur baur
teriakan raksaksa besi pemusnah
terlalu rakus
memecah batu-batu kerikil
yang dulunya tenang damai
tapi kini bergolak
oleh rindunya perubahan
untuk berladang dan berhuma
di muka bumi batu yang keras
agar tidak ketinggalan
oleh yang bergelar
pembangunan
disamping mengisi
kantung yang sudah berisi.
*
Itulah bumi suci
kiblat insan beriman
tidak terkecuali
dari dirosakkan
untuk yang dikatakan
demi keselamatan
keselesaan dan kesejehteraan
walau pada hakikatnya
menyelam sambil minum air.
*
Aku sedih memandang
rumah Allah yang
akan aku tinggalkan
apakah aku akan
dapat melihatnya lagi
atau cuma mengenang
dalam imbasan kembali
kerana setiap waktu
ringgitnya naik menjulang
yang tidak akan tercapai
oleh orang seperti aku.


MEKAH : ZAM-ZAM TOWER
21.06.2009 - 05.20 pagi

0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online