Aminudin mahu misinya berjaya dan membena semula sebuah keluarga harmoni, apalagi semua itu berbentuk pesanan dan harapan yang tepatnya disebut sebuah wasiat. Aminudin tahu untuk melembutkan hati seseorang itu tidak semudah melentur rotan mengikut kehendak sendiri.
Kerjanya ini juga bukan calang-calang, silap-silap seperti bermain minyak dengan api yang pastinya akan membakar diri. Kalau berdepan dengan musuh yang bersenjata, dia akan menghadapinya dengan bersenjata, kalau dengan ilmu hitam dia akan bertawakal melawannya dengan ilmu putih. Menang atau kalah itu perkara lain.
“Kalau dia masih hidup tentu aku tidak akan kenal dengan anak saudaraku sendiri dan kau juga tidak akan terpacak di hadpanku sekarang ini.” Balas Mira geram.
“Aku sudah puas memujuk Harni agar pulang ke Brunei, malah hingga saat akhir nafasnya Harni tetap mengatakan tidak…” Aminudin berterus terang bukan alasan.
“Wasiat bukanlah tempahan tiket untuk laluan mudah bagi sebuah kemaafan yang amat mahal, betapa pedihnya tusukan sembilu dari adik kandungku sendiri.” Geram Mira melonjak sembilan puluh lapan peratus.
Kalau orang lain barangkali luka yang dialami Mira tidaklah separah mana, tapi ini Harni adik kandungnya sendiri sanggup membohonginya kerana ingin memiliki seorang lelaki yang akan menjadi abang iparnya sendiri. Harni tergamak mengatakan dirinya terlanjur. Satu penipuan bagi Mira yang sukar untuk dimaafkannya.
Itu adalah lagu lama dan dondang lama. Mira sudah lama menguburkannya dan melemparkannya jauh-jauh juga sudah lama, malah Mira sudah menganggap semuanya itu cuma mimpi buruk dan igauan tengahari yang menjijikkan. Dan yang terakhir Mira tidak pernah bermimpi untuk kembali ke masa silamnya yang trajis itu.
Itu kehendak Mira tapi apa yang telah di tentukan oleh Allah tidak siapa pun yang akan dapat mendahulukan mahupun mengemudiankannya. Allah tidak membiarkan hamba-hamba-Nya yang sabar dan rela menerima apa yang ditakdirkan-Nya itu akan terus menderita.
Lembaga yang menakutkan Mira dan sudah lenyap berkubur selama ini telah kembali terpacak di hadapannya macam pontianak menuntut haknya yang telah Mira rampas. Tapi Mira tidak pernah merampas apa-apa dari orang lain malah kebahgiaannya pula yang kena rampas.
“Mulai saat ini kau bukan adikku lagi…!” Mahu rasanya Mira menyencang lumat-lumat bagi melepaskan geramnya yang menyarigala itu.
“Ampunkan Harni kak…Harni sudah terlanjur…!”
“Aku tidak mau dengar semua itu, abang harus bertanggung jawab, lepas itu bawa berhembus ular yang berbisa ini. Aku tidak ingin melihat mukanya lagi…” Bagaimana luluhnya hati seorang kakak dan betapa kejamnya perasaan seorang adik.
Waima sudah lebih dua puluh tiga tahun namun kata-kata karamat pemutus saudara itu masih segar dalam ingatan Mira. Betapa pedih perasaannya ketika itu cuma Allah yang tahu, seolahnya sebuah kematian yang mengerikan dan menghirit jasadnya ke liang lahat dan seterusnya ke neraka.
“Nurin minta maaf kerana kedatangan Nurin bersama ayah telah membuatkan tua bersedih.” Mira keluar dari kenangan silamnya.
“Apapun Nurin tetap anak saudara tua yang satu-satunya, sudah lama tua rindukan semua ini, tapi mak Nurin tidak mengerti akan kehancuran hati tua ini.” Lembut dan beralun suara Mira.
“Hari-hari terakhir sebelum mak meninggal, mak sering menyebut-nyebut nama tua, ayah memujuk mak supaya ke sini, tapi mak berdegil. Mak malu hendak pulang ke Brunei.” Terbayang kembali wajah kesal emaknya di bola mata Nurin yang mula hendak berair itu.
“Siapa tidak kasih dan sayang pada adik sendiri, tapi mak Nurin hanyut menurutkan hawa nafsunya hingga sanggup mengkhianati tua.” Bagaikan sebuah cermin lakunan silam terpampang depan mata Mira.
“Ayah telah menceritakan semuanya pada nurin dan sekarang ayah sudah berada di hadapan tua.” Nurin mula memasang jerat perasaan.
“Apa yang Nurin cakap ni…?” Mira faham bulat-bulat tapi macam tak faham.
Keayuan seorang wanita walau sudah berusia lebih empat puluhan itu masih jelas kejelitaannya. Senyumannya…lerekan matanya masih mampu membuatkan degupan jantung anak-anak muda berdebar. Itulah keanggunan Mira yang masih kekal dengan personalitinya yang asli.
“Ayah sering mengingatkan Nurin supaya menjadi seorang wanita yang gigih dan cekal dalam menempuh palbagai ujian hidup seperti tua.” Nurin mengulang kata-kata ayahnya.
“Jangan percaya semua itu kerana itu cuma jenaka ayah Nurin.” Mira nampak malu-malu tapi tidak berjaya menyembunyikannya. Perempuana mana yang tidak suka dipuji.
“Ayah jarang berjenaka, apa yang dikatakanya adalah fakta, ayah tidak akan memperkatakan sesuatu yang sia-sia walau dalam sebuah gurauan.” Nurin memuji ayahnya.
“Macam ular kena palu berbelit-belit ni mengapa…?” Mira kura-kura dalam perahu, yang sebetulnya lebih mengetahui dari apa yang diketahui oleh Nurin sendiri.
“Nurin merasa bahagia jika tua menjadi mak Nurin yang baru…” Nurin terus lantak, Mira diam.
Itulah yang menjadi gangguan parasan Mira sejak kedatangan Nurin dan ayahnya. Persoalan yang perlu di jawab dan wajib diselesaikan kerana ia adalah merupaka satu harapan dalam sebuah wasiat.
Apa kah Mira berdosa jika tidak menunaikan wasiat adiknya itu, sedangkan adiknya sendiri telah mengheret hidupnya ke lembah penderitaan selama berpuluh tahun demi sebuah pengorbanan untuk adik tercinta. Apakah Mira akan berkorban lagi untuk kali keduanya…?
“Jangan biarkan kami pulang dengan kehampaan tua…”
“Memang ayah Nurin lelaki pilihan tua, tapi itu dulu dan sekarang semua itu sudah ghaib bersama usia kami…” Kata lidah Mira yang tidak bertulang, tapi bagaimana dengan kata hatinya…?
“Apa bezanya dulu dan sekarang tua, perasaan itu sebenarnya tidak akan pernah ghaib dari sebuah cinta yang suci tua.” Mira tidak mahu mengalah.
“Nurin pernah bercinta…?” Mira cuba membawa ke lain persoalan.
“Pernah…dan sekarang cinta Nurin itu tengah membara, Nurin inginkan kekasih Nurin itu selalu berada di samping Nurin.” Nurin ada maksud tersendiri.
“Kenapa tidak diteruskan…?”
“Sekarang dia sudah berada di sini...” Jelingan Nurin membuatkan Mira mengerti apa maksud Nurin.
“Nurin nakal…!” Mira senyum malu, usia telah mengajar Mira untuk memahami apa yang tersirat selain dari yang tersurat. Mira terasa dia dikias oleh anak saudaranya sendiri.
Aminudin ingin pulang ke Kuala Lumpur kerana misinya nyata tidak berhasil. Buat apa membuang-buang waktu jika gayung tidak bersambut dan kata belum bersahut. Aminudin tahu Mira memang keras dan tidak mudah untuk mengikut kehendak orang lain, apalagi bersangkut dengan hidup yang pernah membuatkan dirinya menderita.
“Jangan jadikan Nurin yang tidak tahu menahu itu untuk menebus segala dosa-dosa dan kesalahan yang telah kau lakukan dulu.” Mira masih marah.
“Hingga saat ini aku tidak pernah menerima kehadiran Harni dalam hidupku Mira, semua itu cuma fitnah dan angkara tipu muslihatnya untuk menjebak aku.” Aminudin masih mempertahankan apa yang dirasakannya betul.
“Tidak ada gunanya lagi memukul gendang yang sudah usang, aku jadi malu mendengarnya...” Malu-malu kucing.
“Aku tidak akan memaksa semua ini Mira, tapi jika kau sanggup berkorban semasa hidup Harni, mengapa pula kau tidak mahu berkorban untuk sebuah kematiannya biar aman di akhirat nanti.” Pinta Aminudin ikhlas.
Sekali lagi Mira dihujani peluru yang membuatkan luka lamanya berdarah kembali. Terlalu sukar bagi Mira untuk menerima Aminudin buat ke dua kalinya, walau dalam hatinya cuma ada satu lelaki dalam hidupnya.
‘Sampai bilakah aku harus membohongi diriku sendiri…?’
Mira menangis. Tapi bukan menangisi cintanya yang telah musnah. Mira menangis terkenangkan adik kesayangannya Harni yang telah meninggalkan dirinya tanpa memandang wajah terakhir adiknya itu. Antara benci dan rindu membuatkan Mira seolahnya berdepan dengan Harni.
Mira memeluk erat Harni dengan sekuat-kuat hatinya. Mira meratap…Mira meraung dan Mira akhirnya…?
“Mengapa kau tinggalkan kakak dik…kakak sangat rindu pada adik, kakak sayang pada adik.” Nada kasih seorang kakak terhadap adiknya, walaupun adiknya itu pernah meragut impiannya.
“Ampunkan segala dosa-doa adik kak…adik bedosa besar pada kakak…!”
“Kakak sudah lama memaafkan adik sayang…kita cuma berdua di dunia ini, kita tetap adik beradik dunia dan akhirat…!” Semakin sebak dada Mira. Harni tambah longlai dalam pelukan kakaknya.
Mira memelok erat bantal guling sambil meraung, bantal itu basah dengan air mata Mira, tapi sayang itu cuma sebentar, Nurin mengetuk pintu minta izin masuk. Otomatik Mira keluar dari alam fantasi bersama adiknya. Pintu terbuka, wajah Nurin kabur dalam pandangan Mira.
“Maaflkan Nurin tua, kata ayah malam nanti kami akan pulang ke Kuala Lumpur…!”
“Katakan pada ayah Nurin…tua rela berkorban apa saja untuk emak Nurin…!” Mira menyapu air matanya. Nurin memeluk Mira emak saudaranya itu seolah emak kandungnya sendiri.
0 Comments:
Post a Comment