Wednesday, June 9, 2010

MANIK-MANIK BERGUGURAN

Bagaikan gugur dari bangunan setinggi tiga-belas tingkat apa bila Siti Fairuz diberi tau bahawa suaminya berada di Hospital. Apa yang Siti Fairuz tau suaminya petang itu keluar bersama kawan-kawannya seperti biasa. Berjoging buat menjaga kesihatan. Bagaimana pula suaminya berada di Hospital. Siapa yang sakit..?

Sememangnya malang itu tidak berbau dan tidak akan pernah berbau, bila dan di mana-mana saja boleh terjadi segala macam kejadian. Kemalangan kereta umpamanya…jatuh dari katil…tepelicuk tengah berjalan di kaki lima (tidak tau mengapa dinamakan kaki lima). Apa lagi dalam tandas jika tergelincir tanpa isyarat merah mau pun kuning langsung mati. Apa kah ini terjadi kerana tidak membaca doa ketika masuk mau pun keluar dari tandas. (Memang ajal dan maut di Tangan Tuhan).

Begitu mudah Allah Yang Maha Pencipta mengambil apa-apa kepunyaan Nya. Yang semua itu cuma dipijamkan, setiap pinjam pasti akan kembali kepada Yang Ampunya dan Yang Berhak. Tidak kira apa dan bagaimana. Gemok kah dia…kurus kah mereka…tinggi kah…pendek kah. Lelaki kah…perempuan kah atau kah pondan. Sampai masa dan hadnya pasti akan berakhir juga dengan maut. Ini pun tidak kira di mana. Baik di udara…di lautan …mau pun di daratan atau kah di bilik tidur..! ‘Hanya Allah yang mengetahui atas segala sesuatu’.

Siti Fairuz bukan tidak mau menerima kenyataan ini. Siti Fairuz juga bukan tidak rela menerima apa yang ditakdirkan. Malah dia tau dan benar-benar tau bahawa suaminya sudah tidak ada, sudah tidak bernafas. Nadi suaminya sudah tidak berdenyut lagi, jantung suaminya juga sudah tidak berdegup lagi. Suaminya sudah menghadap Illahi, suaminya sudah meninggalkan dirinya bersama anak-anak dan keluarga yang dikasihi. ‘Inna-lillahi wa Inna-Illaihi raji’un…’

Siti Fairuz juga tau Allah itu lebih mengasihi dan menyayangi suaminya dari mereka, jauh jika dibandingkan dengan kasih dan sayang seorang isteri atau anak-anak atau keluarga. Ketika kasih sayang sedang berbunga, musim cinta masih bermadu dan seketika perjuangan belum berakhir. Suaminya dipanggil oleh Penciptanya lebih awal dari mereka.

Tapi semua itu Siti Fairuz seolah-olah tidak percaya. Denyutan nadi suaminya, degupan jantung suaminya masih dirasakannya. Siti Fairuz berkebaratan untuk menerima apa yang ada di depan matanya. Apa yang nyata di depannya, apa yang sedang terbujur kaku dalam dakapnya sekarang adalah suaminya dan bukan sekujur mayat suaminya yang sudah kaku.

“Mak…yakinlah mak..! Ayah sudah tidak ada, ayah telah meninggalkan kita”.

“Tidak..! Ayah kamu belum mati…dia masih hidup. Mak mendengar bisikan hati ayah kamu, dia akan semboh”.

“Semua itu bisikan syaitan mak, gamitan iblis durjana…”.

Nurbanun cuba menyakinkan emaknya Siti Fairuz bahawa ayahnya sudah kembali ke Rahmat Allah. Begitu sayu dan hiba dirasakan Nurbanun ketika berdepan dengan emaknya. Siti Fairuz yang tidak henti-hentinya meraung dan mendakap sekujur tubuh suaminya yang sudah menjadi mayat.

Nurbanun terfikir ada kah dia akan menjadi seperti emaknya nanti jika dia bersuami dan ditinggalkan oleh suaminya yang dicintai sebagaimana ayahnya meninggalkan emaknya sekarang ini. Apa kah dia akan berupaya menghadapinya semua itu nanti. Nurbanun merasakan kasih sayang emaknya terhadap ayahnya, seolah-olah kasih sayangnya terhadap suaminya nanti, walau pun semua itu belum menjadi apa-apa.

“Kamu memang suka jika ayah kamu mati, supaya kamu bebas berbuat apa saja”. Siti Fairuz melimparkan ketulan geram dihatinya kepada Nurbanun, agar ringan sedikit perasaan duka lara yang dirasakanya ketika itu.

Nurbanun tersentak dari menikmati lanjutan lamunannya seketika. Dia tidak berkata apa-apa dan membiarkan saja emaknya meluahkan semua perasaan geramnya yang selama ini bertakung. Nurbanun tidak menyalahkan semua itu, memang benar mereka tidak pernah mengindahkan larangan mau pun teguran dari ayah mereka hingga ke saat-saat akhir ayah mereka menjadi mayat.

“Kamu boleh balik…tinggal kan mak dengan ayah kamu. Mak boleh menjaganya walau kamu tidak datang untuk selama-lamanya ke Hospital ini”.

“Mengucap mak…mengucap..!”

“Mak masih siuman mak belum gila…mak masih berupaya untuk menjaga ayah kamu”

“Mak…ayah dah pergi, ayah tak bernyawa lagi…”

“Kamu jangan percaya cakap doktor…ayah kamu masih hidup…”

“Doktor tidak pernah bohong mak…terimalah kenyataan ini dengan sabar”.

“Kamu jangan banyak cakap…tinggalkan mak. Mak tidak memerlukan nurse…tidak juga kamu. Selama ini mak yang menjaga ayah kamu hingga sekarang ini”.

Siti Fairuz menjerit sekuat-kuat hatinya. Nurbanun terpaksa meminta khidmat jururawat yang bertugas untuk memberikan suntikan kepada emaknya. Jarum suntikan menjamah jasad Siti Fairuz dan dia sedikit demi sedikit beransur lemah dan terkulai di sisi mayat suaminya.

Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Ini semua orang tau, malah anak-anak sekolah nusery pun faham, manusia akan mati. Kucing pun akan mati…burung-burung pun akan mati juga, ikan pun tidak ada kecualinya. Apa lagi Siti Fairuz manusia normal seratus peratus malah sudah menjadi ibu, memang tau semua itu. Cuma nalurinya tidak mau menerima apa yang terjadi didepanya itu sebagai satu kenyataan.

Suaminya segar bugar gemok gedimpol keluar dari rumah sambil berjenaka untuk berjoging guna mengurangkan berat badan, tiba-tiba jatuh pengsan dan mati. Ini yang menyebabkan Siti Fairuz berfikir dua kali untuk mengakui bahawa suaminya sudah menghadap Illahi. (Macam disembar helang).

Kini Siti Fairuz tidak sedarkan diri lantaran suntikan yang diberikan. Nurbanun memerhatikan gerak mata emaknya dengan penuh syahdu. Di kelopak mata emaknya bergenang air mata umpama cairan mutiara yang melimpah. Jatuh titik demi titik bagaikan ketulan manik-manik yang berguguran. Sebak hati Nurbanun tidak dapat ditahan dan kini Nurbanun pula meraung.

“Kalau adik menjadi bunga..?”

“Biar abang jadi tangkainya..!”

“Kalau dinda jadi permaisurinya..?”

“Tentu kanda jadi rajanya..!”

“Andai kita mati bersama..?”

“Berkubur selarong kita berdua..!”

Hari hari yang berlalu tidak memberi apa-apa perubahan terhadap Siti Fairuz. Jasad suaminya sudah berubah satu macam. Namun bagi Siti Fairuz suaminya tetap hidup dan akan bangun untuk pulang ke rumah, tapi bukan sebagai mayat walau pada hakikatnya suaminya sudah lama menjadi mayat.

“Jangan seksa ayah begini mak..! Biarkan ayah bersemadi dengan tenang menghadap Allah. Kita orang Islam dan beriman”.

“Kamu apa tau..!”

“Sedarlah mak semua ini adalah kehendak Allah”.

“Kamu tidak merasa bagaimana yang mak rasa sekarang”.

“Kami tau mak…tapi tidaklah sampai macam ni. Sudah seminggu ayah terlantar di sini. Ayah sudah pergi meninggalkan kita..!”

Nurbanun memujuk emaknya supaya mengalah demi keadaan. Tapi tidak semudah itu untuk melambutkan hati Siti Fairuz, tidak ada nukilan madah walau dibungai dengan puisi indah, seindah puisi Adi Rumi sekali pun namun hatinya tetap membatu.

“Biar seminggu atau setahun…mak tidak peduli. Mak tidak benarkan kamu bawa ayah kamu dari sini”.

“Ini Hospital mak…tempat orang sakit, bukan tempat..”.

“Bukan tempat mayat…itu maksud kamu. Berapa kali sudah mak katakan ayah kamu belum mati, faham..!”.

Siti Fairuz masih berkeras dan akan tetap berkeras tidak mau menerima kenyataan, walau pun sudah di depan matanya terbujur kaku jasad suaminya yang sudah tidak punya apa-apa.

Kini bau yang kurang menyenangkan sudah tidak dapat disembunyikan lagi. Demikian juga kehendak Siti Fairuz tidak boleh dilayan sangat. Sesuatu harus dibuat dan dilakukan demi untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini boleh berlaku. Akhirnya Siti Fairuz terpaksa disuntik guna memberi laluan bagi janazah suaminya dibawa pulang ke rumah untuk disempurnakan.










KESELAMATAN DI JALAN RAYA

TEMPAT : DALAM KERETA (SEPANJANG PERJALANAN).
PELAKON : SUAMI DAN ISTERI.
ARAHAN
KEDUA SUAMI ISTERI SEDANG DALAM PERJALANAN, TIBA-TIBA SEBUAH KERETA MEMOTONG DENGAN LAJUNYA.

SUAMI
(SELAMBA) Macam dibubut penjahat tah pulang, memberi tungkal saja abis diorang ani.
ISTERI
Iya tah tu…mun babahaya karang orang lain disalahkan, macam dada berakal tah pulang.
SUAMI
Mun kadia saja yang kapisan inda mengapa, ani orang lain punya salah diri yang menderita seumur hidup.
ISTERI
Iyatah namanya pantingkan diri sendiri tu, macam tah abis atu diorang yang ampunya jalan ah…!
SUAMI
Tau jua abis diorang atu kali ah…jalan raya ani bukan jua hak milik diri taugat-ugat, orang lain pun membayar cukai jalan jua.
ISTERI
Inda tah abis diorang paduli tu bang, asal saja siuk pacut sana pacut sini, potong kiri potong kanan asal saja ada lobang.
SUAMI
Kalau iksiden karang dikurapakkan jalan raya inda baik, pada hal diri sendiri yang inda sayangkan nyawa.
ISTERI
Gagas kali abis diorang atu bah…mana tau sakit damam kan ke sipitar, maklum sekarang ani penyakit inda memilih waktu.
SUAMI
Apa jua jauhnya olih…mun nganya dua tiga minit, salah-salah diri kana antar ke kubur…!
ISTERI
Bah jangan tah babagai-bagai…padulikan tah abis diorang atu, asal saja kitani inda mengikut gaya abis diorang atu.
SUAMI
Bahapa tah pulang…nganya abis diorang atu lakat lagi ikut-ikutan macam dalam tv atu bah.
ISTERI
Iatah memberi watir kanak-kanak ikut-ikutan, sekarang ani lagi serba serbinya kana gantung di bulu mata.
SUAMI
Kalau kanak-kanak damit inda jua kan di hairankan, ani bajugauan sudah, tau jua kali kan keselamatan orang lain.
ISTERI
Ada jua abis diorang bapikir tu barangkali, barang mustahil jua inda… apatah lagi abis diorang atu orang bepelanjaran tinggi.
SUAMI
Mun sudah perangai dengan kebiasaan atu, inda tah abis diorang peduli semua atu, semakin kambang pulang abis diorang tu.
ISTERI
(TERKEJUT) Nah bang…! Tu nah kereta memotong kitani antadi talayah-layah ah…empat-empat rodanya ke atas…!
SUAMI
(SELAMBA) Sabab nyangku…!

- CUT TO -


WATAK-WATAK
1 SUAMI
2 ISTERI.

YANGKU CARI


Rina agak terperanjat mendengar pengakuan Misah. Dia seolah-olah tidak percaya Misah berani meninggalkan harta kekayaan dan kesenangannya walau cuma sebentar bagi sebuah pemergian. Apa kah Misah sudah tidak mau menikmati hidupnya yang serba mewah. Mustahil orang tidak inginkan kemewahan dan kesenangan. Jika tidak buat apa orang sanggup menipu orang untuk mendapatkan walau secubit kemewahan.

“Baguslah kalau begitu…aku harap kau akan dapat jodoh di sana”.

“Aku pergi bukan untuk mencari jodoh Rina…aku mencari ketenangan”.

“Manalah tau dapat jodoh dengan orang Arab. Itu tidak mustahil kan..!”

“Kalau masin kata-kata kau tu aku akan bawa kau naik haji tahun depan”.

“Amin..! Amin..! Amin..!”

“Macam suka nampak..!”

Sesungguhnya Allah mengetahui atas segala sesuatu. Tidak bergerak semua itu melainkan digerakkan oleh Allah. Dan tidak akan terjadi sesuatu itu melainkan dengan kehendak Allah yang di namakan ‘taqdir’.

Misah tidak peduli apa orang kata asalkan baik baginya dan tidak menyusahkan orang lain. Dia punya perinsip tersendiri tidak mau ikut-ikutan. Dia tetap dia dan tidak akan sama dengan orang lain. Apa yang dibuatnya, apa yang dilakukannya adalah untuk dirinya dan bukan untuk siapa-siapa.

Itulah Kamisah lebih dikenali dengan nama Misah. Nama yang bukan sebarangan dalam dunia perniagaan. Sebut saja Misah semua orang tau, semua orang angguk, semua orang mengiktiraf dia seorang wanita yang berjaya. Orang akan kagum atas kejayaannya dan terpesona dengan kecantikan serta keayuannya.

Tapi malangnya Misah masih keseorangan. Tidak ada jejaka yang berani menebur umpan, juga belum ada duda yang mau mencuba nasib atau pun suami yang tidak sedar sudah beristeri ingin menebar jala kalau-kalau ada nasib menyebelahinya.

Bukan calang-calang orang hendak mengurat dia. Kalau tidak punya akaun di bank, tidak punya rumah sewa atau banglo atau tidak punya kedudukan yang mantap, jangan cuba-cuba semua itu yang hasilnya nanti bagaikan ponggok rindukan bulan.

“Kalau cuma cinta tidak akan menjamin hidup kita” Misah cuba mempertahankan perinsip hidupnya.

“Nanti kau akan dicap sebagai wanita meterialistik”. Rina menduga.

“Biarkan mereka kata …asalkan aku tidak begitu”. Misah mempertahankan.

“Kau sudah ada tapak…apa lagi yang kau hendak..!” Rina belum putus asa.

“Untuk hidup tidak sama dengan ingin hidup. Kerana itu aku ingin hidup sebagaimana yang aku inginkan”. Misah cuba meyakinkan Rina.

“Hidup yang bagaimana..?” Fikiran Rina semakin kucar-kacir.

“Dengan berusaha agar kita dapat menikmati hidup yang sebenarnya”.


Rina kurang faham apa yang dimaksudkan Misah. Kerana citarasa seseorang itu tidak mudah untuk difahami, apa lagi semua ini berbentuk personal. Sebagai seorang perempuan normal Misah juga inginkan apa yang orang perempuan lain inginkan. Apa tah lagi usianya sekarang semakin dekat ke angka empat lima.

Misah pernah bercinta. Misah juga pernah berdampingan dengan lelaki. Tapi dia tidak tau bagaimana memulakannya untuk berterus terang kepada jejak itu. Misah cukup kompeden lelaki itu juga menyintainya. Tapi pada noktah akhir lelaki itu lenyap entah kemana. Ini membuatkan Misah semakin berhati-hati.

“Kalau kau tidak mengubah pendirian mu, jangan harap kau akan dapat jodoh. Orang tidak akan berani mendekati diri mu”. Rina terus menghukum.

“Macamlah aku ni ada penyakit..!” Misah cuba menyangkal.

“Sekarang orang tidak lagi takut pada penyakit, orang takut pada orang yang macam kau ini”.

“Sampai macam tu sekali..!”

“Ubahlah pendirian kau tu sikit…” Rina penuh berharap.

Zaman begini leceh pun susah nak dapatkan jodoh. Inilah yang membuatkan kadang-kadang Misah tidak selesa dengan kedudukannya sekarang ini. Apa kah ini dikatakan hidup yang serba salah. Terlebih kaya orang akan pandang lebih dari satu mata. Terlalu miskin pula kena cap ‘papa kedana’…lagi orang pandang tanpa mata.

“Kalau begini aku kesal dengan keadaan ku sekarang”.

“Orang bodoh pun tidak akan kata begitu”.

“Jadi…aku ni lebih dari orang bodohlah..!”

“Aku tidak pula kata begitu..!”

“Barangkali betul juga aku ni bodoh sebab tak ada orang yang hendakkan aku”.

“Kau tu bukannya bodoh cuma pilih jodoh…kau ingat harta kekayaan itu akan dapat menjamin kehidupan”.

“Kalau bukan harta kekayaan apa lagi yang mampu membahagiakan manusia. Cuba kau terangkan satu persatu..!”

“Cinta kasih dan sayang..!” Jawab Rina bangga.

“Kalau cuma cinta kasih dan sayang aku tidak percaya”. Misah bertahan.

“Kalau macam tu jangan marah jika aku kata kau meterialistik”.

“Buat apa aku nak marah kerana itu adalah perinsip. Kebahagiaan tidak akan ujud tanpa harta benda..!” Misah tetap dengan prinsipnya.

“Berikan dalil yang menguatkan pendapat mu itu”. Rina menguji.

“Kerana cinta itu tidak boleh dimakan”. Misah bertambah yakin.

Macam kanak-kanak berdebat sambil main catur yang kemudiannya menimbulkan pertengkaran dan berakhir dengan perkelahian. Misah tau semua itu apa pun juga yang dilakukan cinta kasih dan sayang harus ujud dalam diri masing-masing.

“Kalau macam itu sampai tua kau tidak akan mendapat jodoh..!”

Bentak Rina betul-betul marah kerana Misah mempersendakan kata-katanya. Misah tau semua itu di tangan Tuhan. Baik jodoh…maut…mau pun rezeki semuanya dalam genggaman Allah. Mungkin belum ditakdirkan Allah untuknya bertemu jodoh.

Misah mula bosan dengan kehidupnya sekarang. Masanya banyak dihabiskan dengan tugas-tugas yang semakin membebankan. Dia sekarang mula tercari-cari di mana adanya kehidupan yang menjanjikan ketenangan dalam dirinya. Harta yang banyak…kedudukan yang tinggi…hidup yang digalati menambahkan lagi jiwanya semakin tertekan. Misah ingin mencarinya…tapi di mana..?

“Aku kira kau sudah melupakan aku”. Misah membuat satu andaian.

“Orang miskin jarang melupakan orang kaya”. Rina tidak mau kalah.

“Boleh kah kau tidak menyenggung perasaan ku. Aku mau lari dari kehidupan ku sekarang ini”.

“Orang kaya ingin menjadi miskin memang susah hendak dipercayai”.

“Tapi tidak mustahil kan..! Aku akan membuktikannya”.

“Aku tau kau punya perinsip tapi jangan terlalu berteka teki”.

“Selama ini pernah kah aku cakap bohong pada mu..?”

“Apa maksud mu...?” Rina berserabut dengan perangai Misah yang memang sukar untuk ditelaah apa maksud sebenarnya.

“Aku hendak mengerjakan umrah. Moga jiwa ku akan tenang dan damai di sana. Aku ingin berserah diri kepada Allah..!” Misah mengambil keputusan.

“Hajjah..! Hajjah…..!” Kuat suara itu macam sebiji petir.

Seorang perempuan Arab gemok dan besar menepok bahu kirinya dengan kuat sambil berteriak yang cuma meminta tempat dalam saaf yang sudah sempit. Misah terkejut sekali gus fantasinya terburai. Mau saja ditolaknya perempuan Arab itu guna menempiaskan marahnya. Tapi dia sedar kerana waktu itu dia sedang berdepan dengan Rumah Allah. Mau tidak mau terpaksa diberi tempat walau sudah ‘bedadat’.

Keriuhan Kota Suci yang menjanjikan kesejehteraan itu benar-benar dapat menggamit hati nalurinya. Baru beberapa hari berada di Mekah, Misah sudah mendapatkan apa yang dicarinya selama ini. Jiwanya tenang fikirannya lapang dan bebas tanpa dibelanggu oleh perkara-perkara keduniaan. Misah amat terharu dan sebak didadanya mulai terasa. Tanpa sedar air matanya melilih membasahi pipinya yang merah akibat cuaca panas di Kota Suci itu.

Di kaki Jabal Rahmah dengan hati yang penuh keriangan Misah cuba menaiki seekor unta yang berkeliaran di sana dengan palbagai hiasan yang beraneka warna. Baru saja satu perempat unta itu berdiri tiba-tiba Misah merasakan badannya lemah dan tanganya terlepas dari ikatan unta itu lalu jatuh.

Dalam buku ada mengatakan Mekah adalah bumi kesejehteraan. Ini terbukti dengan jatuhnya Misah muncul seorang yang berbadan tegap dan sasa menyambut Misah yang terjatuh itu. Langit berada di bawah dan bumi naik ke atas. Cuma itu yang nampak oleh Misah sebelum dia merasakan dirinya berada dalam pelukan seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Walau bagaimana pun Misah terhutang sesuatu kepada lelaki itu.









PELANGGAN MESEJ


Sulong tidak kenal si pengirim mesej itu. Tidak penting. Sulong juga tidak kisah siapa mereka, ada hubungkait dengan bisnesnya itu yang penting. Dengan adanya mesej itu bererti pelanggannya bertambah dan pendapatannya juga akan meningkat.

Permintaan melalui mesej hari itu menjadikan jualannya dua kali lipat. Berpandukan alamat yang diberikan juga ternyata tidak jauh dari kampungnya itu. Sulong tidak menghadapi apa-apa masaalah, kerana pelanggan barunya itu menghendaki dia menghantar di sebelah petang.

Selain menghantar pesanan itu dia juga curi dan tarik perhatian penduduk kampung itu agar berminat untuk membeli sayurnya yang cuma tunggu dan datang ke rumah itu. Sulong mengambil kesempatan menggunakan strategi ‘serampang dua mata’ dalam bisnesnya. (Meminjam bahasa pakar ekonomi…barangkali).

Sulong baru mencapai umur dua puluh dua tahun. Tinggal bersama ibunya yang sudah tua dan sering sakit-sakit. Ibunya menasihatkan jangan malu asalkan kerja itu halal dan bukan meminta-minta. Mulanya Sulong memang merasa malu juga kerana berjualan sayur seperti itu.

Ibunya setiap bulan menerima bayaran pencen tua yang cukup-cukup makan untuk mereka dua beranak jika tahu berjimat. Dua ratus lima puluh ringgit itu adalah satu jumlah yang agak lumayan juga untuk diterima oleh orang yang tidak berbuat apa-apa.

Itu adalah satu anugerah dari Allah melalui kepala negara yang bijaksana. Alhamdulillah…!

Sulong terfikir yang sekali gus satu cabaran baginya untuk berusaha, bantuan itu bila-bila masa saja akan luput jika ibunya sudah tidak ada nanti. Itu wajar bagi Sulong memikirkannya yang mana ibunya juga pernah mengatakan perkara yang sama satu ketika dulu.

Anak muda seperti Sulong memang jarang ditemui berbisnes seperti itu masa ini, dia mengurak langkah dengan sebuah basikal yang diubah suainya agar dia lebih selisa membawa dangangannya ke mana-mana. Ayahnya meninggal dunia dua tahun lepas ketika berjoging di Bukit Shahbandar yang cuma tergelincir sedikit lalu meninggal serta merta di tempat itu juga. (Innalillahi wainnaillaihirajiun).

Sulong yakin apa yang dilakukannya itu akan mendapat berkat, walau pun sayur-sayuran seperti itu banyak berlonggokan digerai-gerai tepi jalan. Itu rezeki mereka dan bagi Sulong rezekinya ada pada setiap rumah yang dikunjunginya.

Sulong terhibur juga dengan kecanggihan dunia sekarang ini. Dia tidak payah memberikan sayur itu kepada pelanggannya secara langusng di rumah besar itu, cuma tekan punat pada kotak ajaib moden tepi pagar besi rumah itu, kemudian kotak ajaib moden itu akan terbuka sendiri dan bercakap sendiri. Duit bayaran boleh di ambil setelah barang itu diletakkan. Sulong seakan menonton wayang katun dalam tv.

“Banyak jua kau ambil ari ani Long…?”

“Ada orang kan mau…”

Liau Tamin yang menjadi pembekal itu agak hairan juga melihat Sulong membeli sayurnya sebanyak itu, biasanya belasan ikat saja. Akhirnya Liau Tamin tidak mau menyusahkan dirinya untuk memikirkan semua itu, lagi banyak diambil lagi best.

Itu otak orang bisnes. Lain tidak cuma keuntungan...!

Sulong mengayuh basikalnya petang itu seperti biasa untuk menghantar sayur yang dipesan oleh pelanggannya. Dia senyum sendirian kerana sebentar lagi dia akan bercakap dengan kotak ajaib moden itu yang pasti ada rezeki di dalamnya.

Seperti biasa Sulong menekan punat kotak ajaib moden itu, tapi tidak ada respond. Kotak ajaib moden itu tidak mau terbuka. Sulong menekan lagi sambil memandang kiri dan kanan. Tekan lagi dan meninjau-ninjau ke dalam pagar rumah itu. Kotak ajaib moden itu tetap sepi tidak juga terbuka. Sulong membunyikan loceng basikalnya apabila dia merasakan masanya sudah banyak terbuang.

Sulong sudah tahu menilai masa walau cuma peniaga kecil…!

Rumah itu besar dan cantik bentuknya. Kelilingnya berpagar besi yang kukuh. Ada tiga buah kereta berjenama di dalam gerej yang juga cantik, berkonis serta berkipas angin yang berputar ligat. Halamannya luas ada landscape kecil menyisipkan air terjun di sudut kanan depannya dan diserikan lagi oleh beberapa ekor burung bangau putih yang asyik melihat pancutan air yang keluar dari batu-batu kecil yang tersusun rapi itu.

Nampak rumah itu bukan rumah orang sebarangan. Tapi sayang suasananya sunyi sepi. Sulong terfikir juga barangkali mereka itu semuanya pergi kerja dan anak-anak pergi ke sekolah. Maklum sekarang anak-anak yang berumur di bawah satu tahun pun sudah berada di sekolah.

Baru saja Sulong hendak menaiki basikalnya tiba-tiba dia terdengar suara halus manja memanggilnya. Seorang gadis menghampirinya lalu memberikan wang sebagai bayaran sayurnya itu. Pada mulanya Sulong hendak bertanya mengapa kotak ajaib moden itu tidak berfungsi. Tapi oleh kerana keayuan gadis itu Sulong jadi lupa.

Dalam perjalanan pulang Sulong terbayang akan kecantikan dan keayuan gadis itu. Sulong tidak puas yang cuma sekali pandang, dia ingin mengulang pandang tapi terasa segan dan malu pula. Akhirnya dia mencuba menoleh ke belakang tapi sayang dia dan basikalnya sudah berada di dalam longkang.

Si gadis itu memang cantik. Umurnya agak sebaya dengan Sulong. Badannya sederhana kecil, bermata bulat agak sayu, mukanya sedikit cengkung, berkulit putih pucat dan berambut panjang terurai mencecah tumit.

Sulong mula merasakan dirinya sudah dewasa dan punya perasaan cinta terhadap kaum hawa. Tapi bagaimana dia harus memulakannya untuk mencurahkan segala perasaannya kepada gadis yang telah mengetuk pintu hatinya itu. Sulong sedar dirinya siapa dan dari golongan yang bagaimana.

Ibunya terhidu juga dengan perubahan tingkah laku Sulong sejak akhir-akhir ini. Ibunya risau kalau-kalau Sulong sudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang negatif. Bagaimana pun ibunya sentiasa berdoa agar Allah menutupi pintu hati Sulong untuk berbuat sesuatu perkara yang tidak diingini.

“Namaku Sarah…kita…?” Ikhlas.

“Sulong…” Cuma itu yang keluar dari mulut Sulong.

Perbualan pertama teruna dan dara buat pembuka kata. Ada banyak lagi yang hendak diperkatakan yang nantinya akan ditinta emas. Tapi mulut mereka terkunci rapat, cuma melalui mata mereka dapat mengungkapkan segala perasaan yang terbuku di hati dua insan yang baru mengenali cinta itu.

“Kalau damam jangan tah bejual dulu, rehat saja di rumah melarat payah pulang karang.” Nasihat Liau Tamin.

“Nda eh…!” Selamba saja jawapan Sulong.

Sulong tidak mengindahkan nasihat Liau Tamin itu. Sulong bukan sakit cuma terganggu sedikit kerana jatuh cinta. Sulong meneruskan tugasannya, yang penting dia harus berjumpa Sarah gadis idamannya yang berjaya mengguris dinding hatinya yang selama ini belum tercalar itu.

“Esok jangan tah dulu kita kamari.” Sarah sugul.

“Mengapakan…? Nda sudi lagi…” Sulong memandang tepat ke muka Sarah.

“Bukan cam atu sayur kamarin pun balum abis lagi.” Sarah tunduk. Malu.

“Kalau ku kamari saja-saja…?” Sulong cuba-cuba merayu.

“Jangan tah…esok ndaku dapat bejumpa kita.” Sarah sedih.

Suara kecil dari dalam terdengar memanggil Sarah. Tanpa berkata apa-apa Sarah meninggalkan Sulong dengan berjuta-juta persoalan. Sulong dengan perasaan hampa beredar meninggalkan rumah besar itu.

Sulong berazam akan meningkatkan lagi usahanya agar dapat mengumpulkan wang banyak-banyak dan kemudiannya nanti menyuruh ibunya meminang Sarah untuk menjadi permaisuri hatinya.

“Abang akan kerja kuat dan membuka ladang sayur secara besar-besaran. Kita akan eksport ke luar negara.” Sulong ketawa apabila dalam kepalanya ujud Sarah yang sudah sah menjadi isterinya itu.

“Jangan berangan-angan tinggi Long…!”

Wajah Sarah ‘mengamparai’ seperti bintang-bintang bertaburan di langit apabila buyung imiginasi Sulong pecah kerana dikejutkan oleh suara ibunya yang entah dari mana datangnya.

“Long bukan berangan-angan mak, Long sukakan Sarah. Long akan mati jika tidak dapat kawin dengan Sarah.”

Itu namanya cinta pertama dan mungkin juga cinta sejati, walau pada hakikatnya cinta itu seringkali diperkatakan buta. Sulong umpama gagak di rimba, manakala Sarah pula bagaikan merak di kayangan. Tapi tidak mustahil jika ada jodoh, umpama ikan di laut asam di darat mereka berpelamin di dalam periuk juga.

Sulong tidak tahan menanggung rindu. Petang itu juga dia mesti berjumpa dengan buah hatinya itu, jika tidak tali jantungnya akan putus dan dia akan mati seperti orang yang mati di tali gantung.

Sampai di kawasan rumah Sarah, Sulong tidak nampak apa-apa. Yang nampak cuma sebuah rumah buruk yang sudah usang dan dililiti oleh tumbuhan menjalar liar. Sulong menoleh ke kiri dan kanan, hati nalurinya tidak salah inilah kawasan rumah besar itu. Mana mungkin dia salah kerana itu rumah kekasihnya

“Assalammualikum…!”

“Waalikum salam.”

“Bahapa si Awang di sini ani…?” Tanya seorang lelaki tua berpakaian kemas.

“Aku ani kan bajumpa kawanku, kalau ku inda salah sini rumahnya.”

“Aga tah si Awang mulih…inda lagi batahkan maghrib ni…”

“Aku ani kan bajumpa Sarah…”

“Sarah…?” Lelaki tua itu terperanjat.

“Auw…selalu pulang ku jumpa kadia atu pa Aji…”

“Bila si Awang jumpa kadia atu…? Tanya lelaki tua itu lagi.

“Dua hari lapas...!”

“Tapi diorang atu mana lagi ada.”

“Kemana diorang pa Aji…?”

“Rumah diorang hangus kira-kira dua belas tahun dulu, semua meninggal…!”

“Apa…?”

Bulu roma Sulong otomatik berdiri tegak dan kulit badannya kecut. Tanpa meminta izin kepada lelaki tua itu, sepantas cerkas Sulong menghirit basikalnya dan mengayuhnya dengan sekuat tenaganya meninggalkan tempat itu.

Lelaki tua itu cuma menggeleng-gelengkan kepalanya sambil memandang bekas tiang-tiang rumah yang hitam kerana hangus terbakar itu. Azan menandakan masuk waktu Maghrib sudah kedengaran.

Sulong merasakan badannya terlalu lemah sebaik-baik saja dia sampai di bawah rumahnya. Dia tidak larat untuk naik cuma tersandar di atas anak tangga kedua. Emaknya memanggil tapi dia tidak dapat menyahut. Sulong membunyikan loceng basikalnya sebagai isyarat dia sudah datang.

Sulong kehabisan tenaga, nafasnya turun naik begitu kencang, nasib baik ampusnya tidak kembuh. Lama Sulong berehat dan cuba mengumpulkan balik tenaganya. Baru saja kakinya melangkah naik tiga anak tangga, isyarat mesej handphonenya berbunyi.

‘Tolong hantarkan saya tujuh ikat sayur malam ini juga…!’

Sulong menerima lagi mesej dari pelanggannya yang sama. Sulong ketakutan tanpa sedar handphone di tangannya terlepas dan jatuh terhempas di atas anak tangga lalu pecah berkecai. Macam spiderman Sulong melangkah anak-anak tangga hingga sampai ke muka pintu rumahnya.

Beberapa saat berikutnya azan menandakan masuk waktu Isya’ berkumandang di udara.


BUNGA CINTA DI SAFA MARWAH

Ajal dan maut jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Kata peribahasa kalau sudah jodoh tak kan kemana. Kawin paksa…apa kah dia kawin lari atau tangkap basah. Semua itu sudah ditakdirkan dan itulah yang dikatakan suratan takdir.

Bagi Raziman apalah yang digagaskan sangat untuk pulang ke rumah, ada isteri pun bukan suka sama suka, walau pun telah dikurniakan seorang anak tapi semua itu tidak dapat mengubah hatinya untuk mencintai isterinya.

Pasangan remaja ini Idayu dua puluh empat tahun dan Raziman dua puluh enam tahun. Mereka telah dijodohkan oleh keluarga mereka masing-masing yang hanya terikat oleh sahabat karib dan sekaligus rakan kongsi niaga. Mereka tidak mau ikatan mereka renggang apa tah lagi terputus. Kerana itu anak-anak mereka terpaksa jadi kuda tunggangan demi untuk menyelamatkan tali persahabatan yang bagi mereka ini sajalah satu jalan yang sesuai dan elok.

Idayu dan Raziman terpaksa berkorban dan menjadi korban. Atas nama apa pun bagi sebuah perkongsian hidup, jika tiada cinta umpama masakan yang tidak berasam garam, maka sudah pasti masakan itu akan menjadi hambar. Demikian juga bagi dua jiwa yang sudah bergelar suami isteri ini, terpaksa melayari hidup dalam sebuah rumah tangga tanpa cinta, walau pun mereka sambat malamari menjalani kehidupan yang dikatakan suami isteri dalam sebuah perkahwinan.

Idayu sebenarnya punya romeo semasa menjadi penuntut di Universiti, apa kurangnya pula Raziman tentu ada julietnya semasa belajar di luar negeri. Oleh sebab mereka berdua ini telah dilahirkan menjadi anak-anak yang baik dan patuh pada kehendak orang tua mereka, maka dengan aman mereka berjaya memutuskan hubungan dengan teman masing-masing tanpa ada rasa benci jauh sekali dendam.

Onak dan duri kehidupan yang mereka lalui kini menjangkau lebih dua tahun. Namun rasa dingin Raziman terhadap Idayu masih tidak berubah. Bangun pagi sama-sama pergi kerja dan petang sama-sama pulang. Nampak memang macam belangkas ke hulu ke hilir tapi hati mereka masih terpisah jauh antara langit dan bumi jaraknya.

Apa pun yang diperlakukan Raziman ke atas Idayu namun Idayu selaku seorang isteri yang taat dan patuh, tetap bersabar dan menurut kehendak dan perintah suaminya, kerana dia tau adalah satu dosa besar jika menentang kehendak suami. Idayu tetap bersabar disamping berdoa moga rumah tangga mereka akan ada titik noktahnya dan diberkati oleh Allah nanti.

“Bang…Dayu nak ajak abang ke Mall, dah lama kita tidak pergi shopping sama-sama”. Manja dan lembut suara Idayu. Tapi kelembutan itu tidak dapat memancing apa tah lagi menawan hati suaminya yang sememangnya keras macam besi keluli itu.

“Abang banyak kerja…Dayu pergilah sorang”. Raziman begitu acuh tak acuh.

“Sudah lebih dua tahun bang kita begini, tapi hidup kita masih seperti orang asing”. Idayu mula menampakkan sedikit gurisan pilu di hatinya. Mana tau ada sedekah simpati dari suaminya.

“Kalau Dayu rasakan hidup macam ini membosankan, Dayu berterus terang saja pada abang”. Terlalu lancang mulut Raziman mengatur bahasa. Macamlah dia seorang saja yang punya perasaan. Itulah lelaki jika sudah ego.

“Bukan maksud Dayu macam itu bang, walau apa pun abang tetap suami Dayu”. Kesetiaan Idayu jelas cuma Raziman yang tidak tau merasakannya atau sengaja tidak mau untuk merasakan.

“Kita kawin paksa Dayu, kita telah menjadi korban atas kesetiaan kita sendiri”

“Buat apa kita mendendangkan lagu lama bang, semua itu adalah kehendak orang tua dan atas kerelaan kita sendiri”. Idayu melimparkan buah kerasnya.


Begitulah hasilnya jika sebuah perkahwinan yang berjalan di landasan kemahuan orang tua yang cuma menginginkan apa yang mereka fikir baik bagi anak-anak mereka, tapi lupa pada kehendak dan kemahuan anak-anak yang sudah bijak memilih, apa lagi untuk pelayaran seumur hidup dalam ikatan sebuah perkahwinan yang bahagia dan berkekalan.

Sebenarnya Raziman juga sedar dan tau apa yang patut dibuat oleh seorang suami terhadap wanita yang bergelar isteri, tapi Raziman mengabaikannya. Ingatan Raziman kepada julietnya tidak semudah Idayu melupakan romeonya. Inilah sedikit sebanyak punca yang menyumbang mengapa Raziman bersikap dingin terhadap isterinya.

“Sebenarnya aku sayang pada Idayu dia terlalu setia pada ku”. Satu hari Raziman meletupkan bom yang lama tersimpan dalam hatinya.

“Kau berdosa besar Razi, kau telah mengabaikan tanggung jawabmu sebagai seorang suami”. Kawannya Zamarul cuba memperotes apa yang dilakukan Raziman.

“Aku tau…tapi aku tidak menyintai Idayu, aku cuma sayang padanya..!”.

“Kau masih mengingati juliet mu..?” Zamarul memancing kelemahan Raziman.

“Cinta pertama lebih berkesan dari cinta berikutnya. Tidak siapa pun yang akan dapat melupakan orang pertama dalam hidup mereka masing-masing”. Raziman tidak tau perkataan siapa yang dicedoknya.

“Masa yang begitu lama kau tidak dapat memberikan cinta padanya..?”

“Barangkali kau juga tau bahawa cinta itu tidak boleh dipaksa-paksa”.

“Kau wajib berusaha kerana Idayu seorang isteri yang baik”. Komen Zamarul.

“Semua ini adalah kehendak keluarga kami”. Raziman cuba mengungkit lagi.

“Itu kata-kata orang yang berputus asa dan tidak beriman”. Zamarul melantak mati.

Malam berganti siang dan siang berganti malam. Namun sekelip kunang-kunang pun cahaya harapan yang akan menyuluh kehidupan mereka belum juga kelihatan. Hari-hari yang mereka lalui cuma sebuah lakunan yang mungkin tidak akan ada tamatnya. Inilah satu realiti kehidupan apa saja ‘jika tiada cinta’.

“Apa kah abang tidak ada perasaan sedikit pun, bahawa Dayu ini adalah isteri abang”. Idayu menagih sesuatu dari suaminya.

“Jangan tanya yang bukan-bukan”. Raziman awal-awal memberi amaran.

“Dayu tidak akan memaksa abang, Dayu juga tidak pernah minta apa-apa dari abang, tapi Dayu harap abang akan tunaikan satu permintaan Dayu ini”.

“Abang tidak berjanji, kerana abang tau abang belum sanggup melakukannya”.

“Kita harus akhiri cara hidup kita ini bang. Tak usah lagi kita menipu sesiapa termasuk diri kita sendiri. Biarlah kita hidup dalam dunia yang benar-benar ujud dan menjanjikan kebahagiaan untuk kita sekeluarga”. Begitu bermakna ungkapan Idayu.

“Maafkan abang kerana tidak dapat berbuat demikian”. Seolah-olah itu saja bahasa yang diketahui oleh Raziman.

“Dayu ada simpan wang sikit…kita pergi haji bang..!” Lantak Idayu noktah.

“Haji..!” Raziman terperanjat. Dia langsung tidak menyangka isterinya akan menimbulkan perkara itu.

“Kita mengerjakan haji, mudah-mudahan kita akan mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah”. Begitu Idayu memberi kepestian pada suaminya.

Sebenarnya Raziman pun ada ura-ura hendak pergi ke Mekah, tapi belum tiba saatnya untuk memberi tau Idayu. Sebaliknya Idayu pula yang mengajaknya terlebih dahulu. Raziman terkilan.

Kini Raziman dan Idayu telah menjadi tetamu Allah. Meraka adalah diantara manusia yang beruntung dapat berada dicelah-celah lautan manusia yang bertawaf di Rumah Allah. Raziman dan Idayu memandang ka’bah dengan perasaan sayu. Ini bukan lagi bayangan malah nyata di depan mata. Air mata mereka mulai titis.

Dalam jutaan manusia yang berhimpit-himpit itu nyaris Idayu terlepas dari tangan Raziman. Cepat Idayu memegang tangan suaminya takut kalau-kalau tertinggal jauh. Gementar terasa badan Raziman bila isterinya memegang tangannya. Bagaikan aliran letrek menjalar keseluruh badannya dan cepat dia menoleh isterinya.

Idayu melepaskan tangannya cepat-cepat takut kalau-kalau dimarahi oleh suaminya. Pandangan Raziman seolah-olah tidak mengizinkan dia memegang tangannya. Raziman benar-benar merasakan pegangan tangan lembut seorang wanita yang memerlukan dirinya. Sekarang Raziman sedar bahawa isterinya benar-benar memerlukan dirinya.

“Pegang tangan abang kuat-kuat..!” Lembut dan perlahan suara Raziman.

Cepat Idayu memangang tangan suaminya seakan tidak terlepas lagi. Dalam dirinya berkata, inilah satu rahmat dari Allah berkat kesetiaan dan kesabarannya selama ini. Di depan Rumah Allah baru pertama kali suaminya minta dipegang. Walau cuma tangan, tapi bagi Idayu cukup bermakna dan terlalu mahal bagi dirinya. Dalam hatinya tidak lupa mengungkapkan kesyukuran.

“Sudah berapa pusingan..?” Raziman sengaja bertanya.

“Dengan ini sudah tujuh pusingan bang…” Begitu lembut Idayu menjawab.

Idayu semakin kuat memegang tangan suaminya. Raziman pula merasakan kemesraan dari pegangan seorang wanita yang baru dicintainya. Alangkah indah dan bahagianya hidup mereka seperti sekarang ini jika cinta seumpama ini ada bersama mereka sejak dua tahun yang lalu.

Kini Raziman dan Idayu mula mengerjakan saie dari Safa ke Marwah. Namun mereka masih nampak malu-malu umpama orang baru lepas mempelai. Seperti juga tawaf ‘kurumunan’ manusia macam giuk dalam gantang. Mereka seolah-olah dilanda ombak di tengah lautan. Tolak sana tolak sini, ambit sana ambit sini. Sorong dan tarik. Akhirnya tangan Idayu terlepas dari tangan Raziman.

Keriuhan dan palbagai kerinah ketika itu tidak mengizinkan mereka mendengar panggilan antara satu sama lain. Raziman mula cemas apa bila isterinya tepisah darinya. Dia melihat kiri dan kanan, depan belakang namun wajah Idayu sedikit pun tidak kelihatan. Matanya mula diganangi air, dadanya sebak dan badannya mengeletar ketakutan.

Raziman mau behenti saja mengerja saie untuk mencari isterinya yang sudah terpisah, tapi dorongan dari manusia yang ramai itu tidak memberi peluang padanya untuk berbuat demikian. Akhirnya Raziman meneruskan saienya dengan harapan moga akan bertemu isterinya di penghujung nanti.

Di sebalik kejadian itu jauh di sudut hati Raziman timbul bintik-bintik rasa cinta yang mendalam terhadap isterinya. Perasaan begini tidak pernah ujud dalam dirinya ketika berada di Brunei Darussalam. Dia memandang Idayu dengan perasaan kosong. Tapi sekarang sudah menjadi lain, perasaan itu datang tanpa diundang. Tapi yang nyata isterinya sudah tiada, sudah terpisah oleh ramainya manusia yang bersesak-sesak tanpa memperhitungkan kepedihan orang lain.

Raziman merasakan badannya semakin longlai, dia seolah-olah tidak dapat bertahan untuk meneruskan pekerjaannya. Dalam hatinya sudah mengukir seribu malah berjuta andaian terhadap isterinya. Ingatannya kembali pada musim haji tahun lepas, di Mina beratus-ratus orang mati terhimpit ketika sedang melontar jumrah. Begitu juga di sini tidak mustahil jika Allah menghendakinya demikian.

‘Barang dijauhkan Allah..!’ Raziman mohon perlindunag.

Selesai bersaie tujuh kali pergi dan balik, peluh dingin sudah membasahi dahinya. Raziman menyesal atas perihal yang telah dilakukannya terhadap Idayu pada masa-masa yang lalu. Serta ketidak adilannya sebagai seorang suami terhadap isteri, semua itu timbul bagaikan kunang-kunang dalam benaknya. Dan pada saat akhirnya hatinya berbisik begitu khusuk dengan Allah berserta dengan jutaan penyesalan.

“Ya Allah..! Ampunkanlah dosa-dosa ku jika selama ini aku menganiaya isteriku. Engkau kembalikan dia padaku…aku sayang padanya…aku cinta padanya”. Raziman tidak dapat meneruskan doanya, hatinya sudah sebak dan ia menangis.

“Mengapa abang menangis..?” Idayu memegang tangan Raziman.

“Ya Allah..! Dayu di mana tadi..?” Raziman terkejut apabila isterinya memegang tangannya.

“Dayu di belakang abang tadi..!”. Jawab Idayu mesra.

“Mulai hari ini jangan tinggalkan abang lagi..!”. Pinta Raziman.

Raziman memelok isterinya erat-erat. Perlakuan mereka itu tidak disedari oleh orang ramai yang leka dengan urusan masing-masing. Dalam hati kecil Idayu bersyukur kepada Allah, kerana telah mengembalikan suaminya ke dalam pelukan jiwanya. Buat pertama kalinya Idayu tersenyum lebar kerana doanya telah diterima Allah.

NAIK MINYAK


Dia memang suka cakap besar. Atau sudah menjadi tabiatnya bercakap besar. Atau pun sengaja bercakap besar guna menjaga martabatnya selaku seorang yang punya kuasa besar. Walaupun dalam batang tubuhnya cuma ada seekor cacing kerawit yang kecil dan sudah pun dirobot kuasakan oleh batang tubuh orang lain.

Jika teman atau pun rakan-rakan yang mau menari bersamanya memang mudah untuk mendapatkan restunya, tapi jika sebaliknya orang itu pula yang akan menjadi musuhnya dan akan dicanangkannya ke pelusuk Rimba bahawa itulah petualang yang wajib dihapuskan.

Ini yang membuatkan hidup Alang tidak merasa tenteram. Apa lagi jika sesuatu yang berharga ada pada orang lain yang tidak sebulu dengannya, maka Alang tanpa segan silu akan mereka-reka cerita bahawa benda itu adalah memabukkan dan sangat berbahaya.

Kelong yang berjiwa pahlawan sudah dapat menandingi ketengkasan Alang. Kejayaan yang dicapai oleh Kelong beginilah yang mengundang kebencian Alang terhadap Kelong yang selama ini tidak mau mengikuti sebarang pukulan gendangnya apa lagi untuk menari bersamanya.

Alang terpaksa membuka cerita lama dengan menghasut Jelutong agar menari bersamanya sekali lagi. Jelutong tidak punya pilihan selain dari menjadi kerbau yang dicucuk hidung kerana tidak ingin peristiwa desanya menjadi padang jarak padang tekukur berulang kembali. Jelutong wajib belajar dari sejarah lama atas kehancuranya satu ketika dulu.

Jelutong pernah menderita angkara Alang bersama kuncu-kuncunya. Jelutong cuma ingin mengambil balik hak miliknya yang dirampas oleh Alang. Kali ini Jelutong harus berhati-hati jika berdepan dengan orang yang pernah membakar hangus desanya yang sampai sekarang masih ujud kesan-kesan asap kimianya. Jelatang menari begitu rancak bersama Alang.

Alang memang seorang pendekar yang licik, mata dan telinganya amat tajam. Tipu muslihatnya berlambak, buah caturnya mudah lulus di mana saja. Kerana itu dia perlu mendapatkan rakan yang paling rapat dengan Kelong bagi melunaskan misinya itu.

Cupeng. Itulah satu-satunya orang yang akan dapat mejalankan jarum suntikannya yang beracun itu kepada Kelong, walau terlalu lama untuk menemui kematian. Cepat atau lambat Alang tidak kisah, itu memang permainan Alang, pokoknya musuh wajib dilumpuhkan.

Demi kepentingan status walau pun Alang terpaksa menggadai maruahnya yang sememangnya sudah lama tergadai itu, maka Alang wajib bermuka-muka dengan musuh lamanya yang tidak rasmi itu untuk membuka lambaran baru dan bersahabat dengan Cupeng walau pun selama ini mereka tidak pernah bertagur sapa apalagi untuk bermesra dan menari bersama.

Tapi jauh di lubuk hati Alang yang busuk mengalahkan bangkai itu terselit beberapa ekor udang di balik batu, dia menggunakan Cupeng sebagai batu luncatan untuk menundukkan Kelong yang bermata sepet sama seperti Cupeng itu.

Alang masih boleh senyum walaupun dalam hatinya sudah lama menangis dan merintih akibat kepedihan luka yang ditorehnya sendiri. Dia banyak kawan dan rakan yang boleh menolongnya seratus persen. Semua orang-orang ini berada di dalam genggamanya yang bila-bila masa saja boleh dipulas telinga dan dicucuk hidung jika Alang mau, malah mereka ini juga sudah lama relix dalam kocek seluarnya.

Mereka semua ini sudah termasuk dalam menu masakan harian Alang.

Cupeng sudah lama tahu sifat dan kelakuan serta tabiat Alang yang cuma ingin memperalatkan dirinya agar bermusuhan dengan Kelong yang sudah menjadi duri dalam dangingnya sekarang.

Itulah lakunan Alang. Itulah diri Alang yang sebenarnya, tapi Alang silap besar, Cupeng dengan Kelong bersahabat karib sejak sekian lama yang sambat melamari bertukar hasil tanaman, punggah memunggah muatan tanpa ada batas gangguan dalam desa mereka yang aman damai selama ini.

Cupeng memang tidak suka bergaduh dengan sesiapa pun, apa lagi dengan Kelong yang sebahu-sejinjing dan segelanggang dengannya dalam banyak hal. Kelong tau Cupeng tidak akan patuh kepada kehendak Alang yang sudah nyata mempunyai niat yang serong itu. ‘Pepat di luar dan rencong di dalam’.

Alang semakin diburu ketakutan apa bila Kelong sudah berjaya membuat peralatan sendiri seperti sumpitan beracun yang disebatikan dengan sedikit bahan kimia, tombak terbang otomatik dan banyak lagi yang ditakuti oleh Alang yang baginya semua itu adalah alat-alat yang akan memusnahkan segala kehidupan dan seluruh pendunduk Rimba.

Itulah Alang yang suka menjaga tepi kain orang lain walau pun tepi kainnya sendiri koyak rabak tidak terurus. Tapi bagi Kelong semua itu cuma untuk mempertahankan desanya dari dicerobohi oleh musuh. Terutamanya musuh dalam selimut maupun gunting dalam lipatan seperti Alang.


Cupeng cuma mempersembahkan ala kadar kebenciannya terhadap Kelong. Cupeng tau jika dia tidak melakukannya demikian, maka dia juga akan menerima nasib seperti Jelutong, walau pun Cupeng merasakan bahawa Alang tidak akan berani berbuat demikian terhadapnya.

Cupeng cuma bermasam muka dengan Kelong diwaktu siang hari ketika cuaca terang benderang, tapi bila tiba waktu malam yang gelap gelita mereka bersenda gurau dan bergelak ketawa sambil berlatih digelanggang masing-masing demi untuk mempertahankan diri. Yang penting bersiap siaga untuk mengelak sebarang habuan dari Alang yang sudah menjadi orang yang munafik itu.

Alang tau bahawa Cupeng tidak begitu serious. Tapi dia tidak terlalu berani untuk memaksa Cupeng kerana Cupeng mempunyai sepasang mata yang galak. Dua pasang mata ini tidak senang untuk ditundukkan seperti Jelutong.

Cupeng juga bijak menerlah Alang yang umpama seekur ular berbisa bila-bila masa saja akan membelit dirinya jika kurang hati-hati. Cupeng tidak akan pernah lupa pada apa yang telah diperlakukan oleh Alang terhadap desa seberang batasannya yang juga tidak secucuk dengan Alang. Alang tewas teruk dan maruahnya tergadai, tapi sayang semua itu tidak mampu memberikan pengajaran kepada Alang dan kuncu-kuncunya.


Alang memang tidak pernah serik melihat dirinya yang sudah menjadi patung bernyawa itu. Alang sering tewas di tangan musuh-musuhnya tapi enggan mengaku kalah, malah dengan angkuh menganggap dirinya tetap wira yang akan memimpin seluruh Rimba itu. Itulah antara cakap besar yang sering diagung canangkan oleh Alang.

Sebenarnya Alang cukup tertekan oleh anak angkatnya Imbang yang sekaligus mejadi anak emasnya hingga Alang sendiri terpaksa bergantung dalam banyak hal kepada Imbang. Jika silap-silap laku maupun tutur kata, maka Alang sendiri yang akan hidup merimpat mengalahkan peminta sedekah. Alang terpaksa akur dengan segala apa perlakuan anak emasnya itu.

Imbang yang sejak kecil lagi diasuh dan dididik oleh Alang untuk mejadi lanun lebih lima dekad lalu itu sentiasa berada dalam ketakutan, walau pun Imbang sudah cukup terlatih untuk bermain apa saja senjata, namun Imbang masih dalam ketakutan dan serba tidak tenteram. Kerana Imbang tau desa tempat mereka berteduh sekarang bukan hak mutlak mereka yang pada bila-bila masa saja akan kembali kepada yang berhak. Imbang bertambah ganas.

Alang sebenarnya adalah sebuah robot yang dikendalikan dari jarak jauh oleh Imbang anak emasnya sendiri. Apa pun yang dilakukan oleh Imbang sememangnya mendapat restu dari Alang, kerana setiap detik degupan jantung dan denyutan nadi Alang berada dalam tubuh badan Imbang.

Ini yang membuatkan Alang tidak boleh senang diri. Duduk salah berdiri pun salah. Alang harus kerja kuat dan keras untuk mencari kambing hitam ke sana sini bagi menutupi semua perlakuan dan kejadian yang dilakukan oleh Imbang.

Dengan teknik kotor dan licik seorang pendekar, Imbang sudah berjaya menghancurkan ranapkan desa di batasannya dengan begitu tenang dan teratur. Alang harus berusaha dengan lebih gigih lagi. Kelong mesti dihapuskan jika tidak Alang dengan mudah saja akan hilang kuasa dan menjadi spesies yang paling hina di mata Imbang.

Alang memukul canang ke seluruh Rimba mengatakan Kelong hendak mengamuk. Ini cuma kerana sedikit pertunjukan bunga api yang dipasang oleh Kelong di halaman pondoknya dalam kejayaannya menghasilkan senjata baru yang diperbuatnya sendiri itu. Walhal senjata-senjata seperti itu sudah pun berlambak dimiliki oleh rakan-rakan Alang yang lain, tetapi yang ini Alang tutup mata dan sumbat lobang telinga.

Apa yang Alang boleh lakukan cuma menari walau pun tariannya itu lebih dari gendang. Dia sekarang tengah sibuk mengatur mainan bunga api di halaman pondok Jelutong yang kononnya untuk menangkis apa yang akan dilakukan oleh Kelong seorang pendekar yang tidak mau tunduk kepadanya.

Alang benar-benar telah menjadi robot. Imbang pula akan tetap menjadi lanun yang ganas dan akan sentiasa bergaduh serta berbunuh-bunuhan kerana itu baginya cuma satu gurauan rutin hariannya yang direstui oleh Alang.

Imbang adalah Alang dan Alang adalah Imbang. Kalau cuma Kelong seorang yang menjadi sateria untuk menentang kekejaman dan keganasan yang ditaja dan dilakukan sendiri oleh Alang bersama Imbang, itu sudah nyata hasilnya akan kosong. Kerana itu Kelong harus mencari pendekar tulin jati dan bersemangat waja.

Persoalannya sekarang..! Desa manakah yang akan sanggup menjadi debu dan menjadi padang jarak padang tekukur sebagaimana hancurnya desa Jelutong enam puluh tahun dulu, seandainya Alang naik minyak..?





DRAMA RADIO

HUJAN BERSAMA AIR MATA


GRAM: MUZIK PENGENALAN RANCANGAN (PEMBUKAAN)…….
ANN: Bahagian…………………menghidangkan sebuah drama radio berjodol ‘Hujan Bersama Air Mata’ tulisan Hj Jamaluddin Aspar, Brunei…
GRAM: LANJUTAN MUZIK PENGENALAN…….
SPOT: BUNYI KERIUHAN DI SEBUAH PANTAI…BIARKAN…….
ANIS: (PERLAHAN) Jangan fikirkan semua itu bang…Anis boleh menyara hidup kita bersama anak-anak.
ZUL: (KERAS) Tapi abang merasa malu kerana tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.
ANIS: Tak mengapalah bang…tak ada apa yang nak dimalukan, kita menjadi suami isteri bukan baru setahun dua, malah sudah ada anak dua pun.
ZUL: Kerana itu abang bertambah malu…selama ini Anis yang banyak menyara hidup kita, bukan abang…!
ANIS: (LEMBUT) Anis tidak pernah memperhitungkan semua itu bang…itu adalah juga tugas seorang isteri yang harus membantu suami.
ZUL: Apapun juga…abang harus mencuba nasib, abang tidak boleh selamanya begini. Mana tau rezeki kita ada di sana…abang akan pergi ke seberang laut.
ANIS: Tak payah pergi jauh-jauh bang…di sinipun ada rezeki untuk kita, cuma abang perlu bersabar. Jika sudah ditakdirkan rezeki itu untuk kita, dia tidak akan lari ke mana bang.
ZUL: (KESAL) Abang tidak punya apa-apa kelulusan…jika adapun sudah tidak laku lagi, sudah terlalu lama. Apa tah lagi abang orang luar.
ANIS: (SIMPATI) Jangan cakap macam itu bang…kita manusia semuanya sama, Anis tidak memandang abang seperti yang abang katakan itu. Abang suami Anis dan tidak terlintas untuk semua itu.
ZUL: Sudah lebih lima tahun…namun abang belum menepati tanggung jawab abang sepenuhnya sebagai suami yang menyara hidup isteri dan anak-anak. Abang sepertinya tidak bertanah air di sini.
ANIS: Tidak ada faedahnya kita menimbulkan semua itu bang…yang penting kita hidup rukun dan damai. Kalau tidak esok…siapa tau lusa kita akan mendapat rezeki yang dijanjikan oleh Allah.
ZUL: Di mana silap abang makanya semua ini terjadi…abang seolah-olah bukan seorang suami.
ANIS: Semuanya itu takdir bang…kita terima dengan penuh reda dan rasa kesyukuran.
GRAM: MUZIK SELINGAN…….

ANIS: (LEMBUT) Mari masuk bang…jangan berembun di luar. Malam sudah larut.
ZUL: (PERLAHAN) Abang terpaksa pergi juga, Anis…abang tidak sanggup terus-terusan begini.
ANIS: (SEDIH) Itukah keputusan abang…?
ZUL: (SELAMBA) Inilah satu jalan untuk kita mendapatkan seperti apa yang kita harapkan dalam hidup kita, bang kena berusaha untuk kebahagian masa depan kita.
ANIS: Kebahagiaan bagaimana lagi yang abang maksudkan…kita sudah cukup bahagia sekarang ini bang.
ZUL: Lepaskan abang pergi dengan kerelaan…abang akan kembali nanti bersama kejayaan.
ANIS: (SEDIH) Kalau itu kehendak abang…Anis tidak dapat berbuat apa-apa, cuma Anis harapkan setelah abang pergi nanti…abang tidak akan lupa masih ada orang yang abang tinggalkan.
ZUL: (PERLAHAN) Mengapa Anis kata macam itu…abang bukan nak pergi berjuang di medan perang menentang musuh, tapi berjuang untuk kebahagiaan keluarga kita.
ANIS: Apapun jika namanya perjuangan pasti akan memakan korban bang…Anis tidak mau itu terjadi kalau cuma untuk kepentingan Anis.
ZUL: Bukan untuk Anis seorang…tapi untuk kita bersama, agar nasib kita berubah dan tidak akan selamanya begini.
ANIS: (SEDIH) Berat rasanya Anis untuk melepaskan abang pergi…seolahnya ada sesuatu yang akan terjadi.
ZUL: Kita harus bermula dari sekarang untuk merubah hidup kita, jangan nanti orang akan mengatakan abang makan hasil isteri.
ANIS: Pedulikan apa orang kata bang…yang penting kita bahagia dan tidak kacau hidup mereka.
ZUL: (LEMBUT) Izinkan abang pergi demi kebahagiaan keluarga kita…
GRAM: MUZIK SELINGAN…….
MISAH: (KUAT) Wah…! Jauh sangat renungan Anis…?
ANIS: (TERKEJUT) Oh…! Kak Misah…Anis tak sedar kakak datang…
MISAH: (LEMBUT) Kalau asyik bermenung jauh…memanglah tak sedar siapa yang datang, nasib baik kakak ini bukan pencuri, jika pencuri tentu habis barang-barang Anis kakak larikan.
ANIS: Tak ada benda yang nak dilarikan kak…semua ini barang-barang lama mana ada kelas.
MISAH: (BERBISIK) Lebih baik kita jangan cakap pasal pencuri…tak elok, nanti dia dengar macam memanggil pula.
ANIS: Ada apa kak Misah datang ni…abang marah lagikah…?
MISAH: (GERAM) Abang kau tu memang dua puluh empat jam asyik dengan marah saja, tak sah hidup dia jika sehari tidak marah.
ANIS: (LEMBUT) Abang marah tu pun kerana Anis, kak…Anis sendiri tidak tau mengapa Anis seperti ini.
MISAH: Anis jangan hiraukan sangat perangai abang Anis tu…Anis kena fikir masak-masak, semua ini untuk kebaikan Anis juga.
ANIS: (PERLAHAN) Sudah lebih tiga belas tahun bang Zul meninggalkan kami kak…sampai sekarang tidak ada berita, sama ada dia masih hidup atau sudah tidak ada lagi.
MISAH: Kakak bersimpati pada apa yang Anis rasakan selama ini.
ANIS: Kakak adalah kakak ipar Anis yang baik…tapi sayang abang Anis sendiri tidak dapat memahami hati dan perasaan Anis. Apakah kesalahan Anis terhadap abang.
MISAH: Kita sesama perempuan, Anis…tapi kakak tidak dapat berbuat apa-apa. Maafkan kakak…
ANIS: Biarlah Anis yang menanggungnya sendiri kak…Anis sudah terbiasa dengan keadaan seperti ini.
MISAH: Buatlah apa yang Anis fikirkan baik…jangan hiraukan sangat tentang abang kau itu, penat nanti taulah dia nak berhenti.
ANIS: Kak Misah datang ni nak apa sebenarnya…?
MISAH: (JENAKA) Tak bolehkah tenguk adik ipar sendiri…!
ANIS: (MANJA) Siapa pula kata tak boleh…?
GRAM: MUZIK SELINGAN…….
DAHLAN: (PERLAHAN) Seronok sangat berbual dengan Anis…?
MISAH: (LEMBUT) Bang…hidup dalam dunia ini memangnya serba salah, berbuat baik salah apalagi yang benar-benar jahat, tentu sekali salah. Apa salahnya jika saya berbuat baik dengan adik ipar sendiri.
DAHLAN: Ada Misah pujuk dia…?
MISAH: (HAIRAN) Pujuk apa bang…?
DAHLAN: (KERAS) Pujuk supaya jangan terima pinangan orang tua yang tak sedar diri itu…itu pun Misah lupa…!
MISAH: Boleh tak jika abang tidak marah walau sesaat pun…kerana marah itu teman syaitan. Abang marah-marah ni apa yang abang dapat…?
DAHLAN: (KUAT) Abang marah bersebab…!
MISAH: (KERAS) Semua orang boleh marah bang…tapi biarlah marah itu ada hadnya, kalau cuma marah itu ikut sedap hati nanti buruk padahnya.
DAHLAN: Abang marah pun bukan pada orang lain…marah pada adik abang sendiri, kerana dia degil tidak mau mendengar cakap abang. Dari dulu sampai sekarang degilnya tak sudah-sudah.
MISAH: (KUAT) Apa bezanya dengan abang…? Abang tak pernah pun dengar cakap orang lain…abang saja yang betul orang lain itu semuanya salah.
DAHLAN: Misah masuk sebelah mana ni…? Abangkah atau Anis…?
MISAH: Kita bukan nak berparti bang…Misah tidak menyebelahi siapa-siapa, Misah ingin berada dipihak yang benar.
DAHLAN: Apakah selama ini abang berada di pihak yang salah…? Abang cuma tidak suka Anis kawin dengan orang tua tak sedarkan diri itu…!
MISAH: (KERAS) Siapa yang tidak sedar diri bang…? Orang tua itukah atau kita sendiri yang tidak sedar diri…!
GRAM: MUZIK SELINGAN…….
DAHLAN: (MARAH) Kau memang degil, Anis…kau kawin dengan suami kau tu dulu pun ikut suka hati kau, tanpa restu dari orang tua…!
ANIS: (PERLAHAN) Tolong jangan sebut-sebut lagi semua itu bang…itu sudah jodoh saya dan saya tidak pernah kesal semua itu.
DAHLAN: Sekarang bala apa lagi yang nak Anis bawa dengan orang tua itu…sedarlah Anis orang tua itu layak jadi ayah kita tau…!
ANIS: (SEDIH) Abang tidak pernah merasa sebagaimana yang saya rasakan selama ini bang…jatuh bangun saya bersama anak-anak, tangisan dan jeritan anak-anak tidak ada siapa yang tau.
DAHLAN: Jangan nak memandai-mandai cari jodoh sendiri…sepatutnya Anis sudah serik pada apa yang Anis rasakan selama ini. Abang tidak suka Anis kawin dengan orang tua nyanyuk itu.
ANIS: (MENANGIS) Berhentilah menghina orang yang sudah tidak ada bang…entahkan dia masih hidup ataupun sudah mati.
DAHLAN: (KUAT) Abang tidak peduli sama ada dia hidup ataupun sudah mati, kerana dia Anis menderita.
ANIS: (KERAS) Saya tidak menderita bang…saya cukup bahagia bersama anak-anak saya.
DAHLAN: (KUAT) Jangan nak berbohong pada abang…abang belum lagi buta untuk melihat semuanya itu.
ANIS: Biarlah saya begini bang…apa yang saya pilih itu adalah untuk masa depan saya dan anak-anak saya.
DAHLAN: (LEMBUT) Abang tak sangka adik abang ini bijak juga orangnya…orang tua itu tak lama lagi akan mati, segala harta kekayaannya dengan sendirinya akan jatuh ke tangan isterinya.
ANIS: (BERISTIGHFAR) Mengapa sejauh itu anggapan abang terhadap saya, adik kandung abang sendiri…saya tidak pernah mengejar harta bang, apa lagi kekayaan seseorang itu.
DAHLAN: Lalu apa yang ada pada orang tua itu…?
ANIS: (KUAT) Hati dan budinya bang…semua itu tidak ada pada diri orang lain, abang jangan sesuka hati menuduh saya begitu, saya belum lagi gila harta…!
GRAM: MUZIK SELINGAN…….
MISAH: (BERSAHAJA) Apa yang abang lakukan itu sudah melampau tau…sepatutnya abang selaku saudara kandung banyak memberikan nasihat yang baik, bukan menambahkan bebannya.
DAHLAN: Abang belum puas lagi…abang sekali-kali tidak akan menyetujui Anis kawin dengan orang tua itu.
MISAH: Apakah tidak ada perkara lain lagi yang abang nak fikirkan selain dari memperkatakan orang tua itu…? Apakah abang itu tidak akan tua juga seperti dia nanti…mengucap bang…!
DAHLAN: Abang sudah banyak mengucap…!
MISAH: Itulah ertinya abang masih dikuasai oleh iblis dan syaitan.
DAHLAN: Jangan nak mengajar abang…abang tau apa yang abang nak buat.
MISAH: Kalau cuma tau tak ada ertinya bang jika tidak mengerti.
DAHLAN: (KERAS) Sudahlah…tak pasal-pasal nanti kita pula yang bergaduh suami isteri kerana dia.
MISAH: Sesekali kita berlembut tidak ada ruginya bang…apalagi ini masalah adik abang sendiri, biarkan dia memilih mana yang baik buat dirinya.
DAHLAN: Selama ini dia sudah memilih yang terbaik untuk dirinya sendiri…tapi lihatlah apa yang sudah jadi.
MISAH: Dan kerana itu dia tidak pernah menyusahkan kita…sebaliknya kita pula yang menyusahkan dirinya.
DAHLAN: (GERAM) Dari kecil hingga dewasa dan beranak-pinak menyusahkan orang…degil tak sudah…!
MISAH: (MENYINDIR) Kelapa setandan tidak jauh bezanya bang…!
DAHLAN: (MARAH) Abang bukan kelapalah…!
GRAM: MUZIK SELINGAN…….
ANIS: (PERLAHAN) Anis tidak semudah itu melupakan perit getir Anis untuk membesarkan anak-anak kak.
MISAH: (LEMBUT) Iyalah…kakak tau dan mengerti, tapi jika Anis terus mengenang semua itu bila lagi Anis nak hidup senang. Kebahagiaan sudah hampir di depan mata, jangan menolak tuah.
ANIS: Tapi di mata bang Dahlan lain pula kak…dia seolah-olah tidak suka melihat Anis hidup bahagia.
MISAH: Perangai abang kau itu memang tidak berubah sejak dulu lagi…semua itu Anis yang merasakannya bukan orang lain.
ANIS: Demi untuk anak-anak Anis, kak…Anis tidak mau anak-anak Anis tercicir, kerana itu Anis perlukan dahan untuk berpaut.
MISAH: Kakak yakin Anis memilih yang terbaik untuk diri Anis dan anak-anak…jangan pedulikan sangat dengan abang Anis yang penyebuk itu.
ANIS: (MENANGIS) Anis sudah puas meraung…menangis dan merintih kerana kehilangan orang yang Anis cintai.
MISAH: (PERLAHAN) Sudahlah jangan menangis…tak elok mengeluarkan air mata di saat-saat kita memperhitungkan kebahagiaan masa depan.
ANIS: Terima kasih kak…kalau bang Dahlan seperti kakak, alangkah bahagianya hidup Anis.
MISAH: Semua itu jaminan hidup masa depan Anis bersama anak-anak.
ANIS: (SELAMBA) Kakak terlalu baik pada Anis…terima kasih kak…
GRAM: MUZIK SELINGAN…….
DAHLAN: (MARAH) Bagaimana keputusanmu sekarang…?
ANIS: (KERAS) Apa lagi yang abang maukan…jangan buatkan saya hilang perhitungan pada abang.
DAHLAN: (KUAT) Jadi…nak melawan abanglah…?
ANIS: Saya sudah puas dihina dengan palbagai kata-kata, tapi saya sabar bang. Salahkah saya memilih jalan sendiri demi anak-anak saya…?
DAHLAN: (KERAS) Abang tidak mau keluarga kita tercemar atas apa yang Anis lakukan ini…jangan cuba memalukan keluarga…!
ANIS: (MENANGIS) Abang…! Apakah selama ini keluarga kita pernah membantu saya…apakah selama ini juga keluarga kita tau, sama ada saya bersama anak-anak makan atau pun tidak…? Termasuk abang…!
DAHLAN: Itu semuanya kesalahan Anis sendiri…! Jangan cuba-cuba mengharapkan simpati dari orang lain.
ANIS: (SEDIH) Kita bersaudara kandung bang…tapi pernahkah abang menjenguk atau bertanya anak-anak sihat atau sakit…? Semua itu abang tidak pernah kan…?
DAHLAN: (KUAT) Tapi abang malu…!
ANIS: (PERLAHAN) Mengapa sekarang baru abang merasa malu…dulu tidak…? (MENANGIS) Saya membesarkan anak-anak bersama hujan dan air mata bang…tapi itu abang tidak malu…!
DAHLAN: (SEDIH/BERBISIK) Ya…Allah…! Kezaliman apa yang telah aku lakukan terhadap darah daging aku sendiri…? Mengapakah mataku buta untuk melihat penderitaan adikku dan telingaku pekak untuk mendengar tangisan anak-anak saudaraku…!
ANIS: (MENANGIS) Kenapakah abang tidak ingin melihat kebahagiaan adik kandung abang sendiri…! Mengapa…? Mengapa bang…!?!
GRAM: MUZIK SELINGAN…….
FLASH BACK
DAHLAN: (MARAH) Abang hendak meletakkan mahkota kebahagiaan di atas kepalamu, Anis…! Itu saja…susah sangatkah hendak mengikutinya.
ANIS: (KUAT) Kebahagiaan seseorang bukan terletak pada nilainya sebuah mahkota di atas kepala bang…cinta kasih dan sayang tidak boleh dipaksa-paksa.
DAHLAN: Kau memang keras kepala…! Apa yang Anis pandang pada lelaki yang papa kedana itu. Tak sedar diri hidup menumpang di tempat orang.
ANIS: Budi bahasa dan kesucian cinta sejati bang…semua itu tidak dapat ditukar ganti walau dengan apapun di dunia ini.
DAHLAN: (KUAT) Bohong…! Orang tidak akan dapat hidup kalau cuma dengan cinta…cinta tidak dapat dimakan, Anis…!
ANIS: Tapi cinta dapat dirasa bang…kerana sentuhan cinta sejati itulah yang menyuburkan seluruh kehidupan di muka bumi ini. Tidak ada orang yang boleh hidup tanpa cinta bang…!
DAHLAN: (LEMBUT) Baik…abang akan lihat apa hasilnya nanti…Anis boleh teruskan dengan cinta yang buta tuli itu. Tapi ingat…jangan menyesal.
ANIS: Biar saya yang menentukan hidup dan mati saya sendiri bang…saya sudah dewasa dan saya tidak akan pernah kesal buat selama-lamanya.
GRAM: MUZIK SELINGAN…….
MISAH: Syukurlah abang sudah sedar sekarang…kesedaran itulah yang penting dalam diri abang, sesudah itu baru abang nampak segala apa yang abang belum nampak selama ini.
DAHLAN: (PERLAHAN) Abang dibaluti dengan dendam kerana kedegilan Anis, abang hendak menjodohkan dia dengan kawan abang seorang pegawai tentera yang berpangkat tinggi.
MISAH: Tidak semua yang elok bagi kita itu…elok juga buat orang lain bang, kita tidak boleh memaksa apa yang kita inginkan itu, agar orang lain juga menginginkannya.
DAHLAN: Abang kecewa kerana gagal membahagiakan adik abang sendiri…semua itu kerana terlalu bencinya abang terhadap Zul.
MISAH: Abang belum terlambat berbuat sesuatu untuk Anis…
DAHLAN: Tapi Anis tidak akan memaafkan abang…abang bersalah kerana terlalu menyakiti hatinya bersama suaminya dulu.
MISAH: Misah yakin Anis akan memaafkan abang…Anis tidak pernah menyimpan rasa dendam, apa lagi pada abang kandungnya sendiri.
DAHLAN: Abang terlalu memikirkan kebahagiaannya hingga abang tersalah langkah…abang terlalu sayang padanya.
MISAH: (PERLAHAN) Sebenarnya abang tidak salah…apa yang abang inginkan itu memang betul, cuma abang tersilap jalan.
GRAM: MUZIK SELINGAN…….
ANIS: (PERLAHAN) Abang tak payah risau lagi tentang diri saya…kerana saya telah pun mengambil keputusan…
DAHLAN: (LEMBUT) Anis…maafkan abang…abang tau abang yang bersalah, dan abang ingin menebus segala kesalahan abang itu.
ANIS: Abang tidak bersalah…semua ini kerana kedegilan saya yang tidak mau mendengar kata-kata abang dulu, dan saya telah menerima akibatnya.
DAHLAN: Lupakanlah semua itu…abang datang untuk menyerahkan kebahagiaan yang selama ini Anis inginkan.
ANIS: (TERHARU) Saya sudah tidak memerlukannya lagi bang…biarlah hidup saya seperti ini, cukuplah anak-anak yang berada dikeliling saya.
MISAH: (LEMBUT) Jangan macam tu, Anis…kakak sentiasa merestui apa yang Anis fikirkan baik, demikian juga abang Anis sekarang.
DAHLAN: Abang akan uruskan smuanya…siapapun lelaki pilihan Anis abang akan merestuinya. Bagi abang sekarang…Anis adalah segalanya bagi abang.
ANIS: (MENANGIS) Terima kasih bang…kasih sayang abang terhadap saya dan anak-anak…itu sudah melebihi dari segala-galanya.
DAHLAN: Kiranya Anis menghendaki nyawa abang…(BERHENTI)…
ANIS: (CEPAT MEMOTONG) Tidak bang…cukuplah Anis kehilangan cuma satu di dunia ini.
MISAH: Anis tidak akan kehilangan siapa-siapa lagi…kakak juga tidak akan membiarkan Anis kesepian dan kita akan berkumpul menjadi satu keluarga yang besar nanti.
ANIS: Terima kasih kak…hari ini adalah hari yang paling bermakna buat Anis.
MISAH: (PERLAHAN) Mulai sekarang…Anis harus melupakan segala titik-titik hitam dalam kehidupan Anis.
ANIS: Insya-Allah kak…(pause) Abang…saya telah mengambil keputusan tidak akan berkahwin lagi…!
GRAM: MUZIK SELINGAN…….
ANIS: (SEDIH) Abang Zul…Anis sudah tidak punya air mata lagi untuk menangis bang…Anis sudah berbuat yang terbaik untuk anak-anak kita…mereka sudah dewasa bang…tapi sayang abang tidak melihatnya…(BERHENTI)…
S/EFT: BUNYI KETUKAN PINTU (PERLAHAN) BEBERAPA KALI...KEMUDIAN BUNYI PINTU DIBUKA………..
ZUL: (PERLAHAN) Assalamualaikum…!
ANIS: (TERPERANJAT – KUAT) Abang Zul…!..?..!
GRAM: MUZIK PENGENALAN RANCANGAN (PENUTUP)…….
ANN: Demikian berakhirnya sebuah drama radio berjodol ‘Hujan Bersama Air Mata’ tulisan Hj Jamaluddin Aspar, Brunei…….

PARA WATAK

1 ANIS
2 MISAH
3 DAHLAN
4 ZUL.









 

blogger templates 3 columns | Make Money Online