Apa lagi yang mau disuap
padahal sudah jelas
tidak akan ada Nabi atau Rasul
sesudah Nabi Muhammad s.a.w.
*
Apa lagi yang disangsikan
walhal telah nyata dan terang
tidak akan ada
agama lain yang lahir
sesudah Islam agama Allah.
*
Jika kita berpegang teguh
kepada kedua-duanya
kita tidak akan sesat selamanya
iaitu al Quran dan sunnah.
*
Kemana perginya iman
di mana terbangnya taqwa
tajamkan senjata
perkukuhkan benteng diri
agar tidak ditembusi
virus ajaran-ajaran sesat
begitu menyesatkan.
*
Syaitan jin
dan syaitan manusia
kita hendaknya waspada
maunya menyesatkan kita
kerana itu konsep mereka
buat teman di neraka…
Sunday, October 25, 2009
Yang Akhir
Posted by Maya Brunei at 6:43 AM
Labels: arkib puisi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment