Saturday, October 17, 2009

ENAM DEKAD

Kalaukan dihitung-hitung, dibilang-bilang hari, bulan mahupun tahun, maka hari ini genaplah usia papa 60 tahun. Tapi pada hakikatnya umur papa sudah lebih 60 tahun, kerana dalam kiraan kelindar setiap satu tahun ada lebih lima hari tidak termasuk tahun lompat setiap empat tahun.

Pada usia enam dekad itu papa amat bersyukur kepada Allah kerana telah melanjutkan usianya dalam keadaan sehat sejehtera. Papa juga bersyukur kerana dapat menikmati pencen bulanannya sejak lima tahun lepas sebagai ganjaran perkhidmatannya dengan kerajaan dan Insya-Allah tidak lama lagi papa juga akan menikmati pencen umur tua yang disebut sebagai ‘rezeki bulat yang datang bergolek dan pipih datang melayang’. Alhamdulillah…!

Papa berjaya mencaruki rumah tangganya dengan aman dan harmoni di samping mama dan anak-anak bersama pasangan mereka masing-masing yang menjadi pendamping hidup mereka. Itulah hasil perjuangan papa bersama mama tercinta dalam sebuah bahtera rumah tangga selama 37 tahun.
Walaupun papa kurang berjaya menjadikan anak-anak selaku orang yang berkuasa mencorak warnakan negara, tapi dari kacamata anak-anak, papa sudah cukup berjaya menjadikan anak-anak selaku insan yang sedikit sebanyak menjadi jentera pentadbir negara. Kerana itulah acuan yang dianugerahkan oleh Allah dan itulah juga yang dapat dilakukan oleh papa.

Papa menjalani hari-hari hujungnya bersama mama dengan palbagai kerinah anak-anak dan telatah cucu-cucunya yang berbagai ragam itu. Kepada anak-anak papa tidak pernah merasakan anak-anak sudah lebih dari dewasa, seperti aku anak bongsu yang sudah berusia lebih 30 tahun ini.

Papa dan mama terlalu menyayangi cucu-cucu mereka jika dibandingkan dengan anak-anak mereka sendiri sewaktu kecil dahulu. Barangkali itulah rinjisan kasih sayang insan yang bergelar nenek, akan lebih kepada cucu-cucu jika dibandingkan dengan anak-anaknya sendiri. Itu aku belum tahu…!

21.06.1948






0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online