Sunday, October 25, 2009

Lelaki Berserban Hijau

Sudah dua kali Zurah mengelamai kegagalan untuk mengecapi kebahagiaan dan kemanisan hidup dalam ikatan perkahwinan. Dia tau perkahwinan itu bukan untuk ulang berulang umpama sececah sira kata orang tua-tua yang sekarang lebih selisa digelar ‘warga emas’.

Tapi apa nak dikatakan jika semua itu sudah takdir yang harus diterimanya dengan penuh kerelaan. Zurah cuma bersanding seorang diri di atas pelamin. Suami pertamanya meninggal serta merta di tempat kemalangan dalam perjalanan untuk majlis persandingan.

Tirai yang menutup pintu hatinya sekian lama kini tersingkap buat kali keduanya. Cinta ada di mana-mana. Kalau zaman dulu begitu sulit untuk mencari cinta, tapi sekarang cinta bertaburan umpama bintang di langit. Dalam IT serba canggih ini pun boleh cating untuk mendapatkan jodoh. Tapi bagi Zurah tidak bersedia untuk mengutip kerana cintanya teramat mahal.

Manusia mesti ada wawasan untuk mencapai matalamat terakhir. Peminta sedekah pun ada wawasan. Apa lagi kita. Itu cuma aturcara dalam pengisian wawasan yang diharapkan, tapi perjalanan dan perlaksanaannya memang di Tangan Tuhan.

Semua orang tidak inginkan musibah berulang kali. Walau pun itu berupa ujian dari Allah. Inilah yang berlaku kepada Zurah. Suami keduanya jatuh dan meninggal atas pelamin kerana diserang penyakit jantung sebaik-baik saja selesai menapak bahunya.

Apa yang ingin dicarinya sekarang ini ialah ketenteraman dan kedamaian. Zurah sudah serik mencari kebahagian dunia, namun kebahagiaan itu tidak pernah berpihak padanya. Dia akan pergi jauh untuk mencari sesuatu yang dapat mententeramkan jiwanya.

“Aku akan pergi ke pusat dunia.”

“Kau jangan macam-macam Zur..!”

“Tempat itu Allah telah menjanjikan kesejehteraan.”

“Lain macam bunyinya.” Asmah tidak mengerti.

“Aku hendak ke Mekah mengerjakan haji.” Jelas Zurah.

Zurah bertekad untuk menyerahkan dirinya bulat-bulat kepada Allah. Cuma jalan itu akan dapat mententeramkan jiwanya yang selama ini bergelora. Dia akan melupakan urusan dunia buat semantara. Dia akan membasuh jiwanya dengan zikir…takbir dah tahmit.

Air matanya menitik membasahi lantai Hijir Ismail. Dia bersimpuh di bawah lindungan Kaabah sambil menadah tangan betul-betul di bawah Pancuran Emas Rumah Allah itu. Zurah memohon jika mati itu lebih baik baginya, dia rela dimatikan di tempat suci itu. Sesungguhnya jika hidup lebih baik untuknya maka dia mengharapkan keampunan.

''Sudahlah orang nampak kau nangis malu nanti."

"Aku menangisi nasib ku yang malang ini. Aku menjadi pembunuh kepada suami-suamiku, rasanya aku mau mati saja di sini."

"Kita datang ke sini bukan untuk mati, bawa beristighfar banyak-banyak. Di sini kita terlalu dekat dengan Allah."

"Mengapa Allah memberikan ujian yang amat berat ini pada ku, mengapa tidak pada orang lain..?"

"Itu keluhan orang yang tidak beriman Zur, Allah telah menganugerahkan hamba-Nya dengan bahagian masing-masing."

“Semua itu bukan kehendak ku.”

“Kita pulangkan saja kepada Allah.”

“Aku sudah cuba melupakannya.”

“Kita tawaf dulu lepas itu kita makan KFC okey..!”

“Aku tak ada selera.”

“Jika perut kosong dapat sakit bagaimana nak beramal ibadat.”

“Macamana aku nak makan jika tak berselera.”

“Aku akan suapkan biar orang Arab lihat kau puas-puas.”

"Aku bukan budak-budaklah."

"Tau pun bukan budak tapi degilnya mengalahkan budak..!"

"Aku mau lari dari peristiwa dan kejadian yang lampau. Tapi hati kecilku masih menghukum diriku."

"Semua itu hasutan iblis kau harus kuat melawannya.”

"Bahasa yang bagaimana hendak ku gunakan kan agar kau dapat merasakan beratnya tanggungan ku ini."

"Kota suci ini telah menjanjikan ketenangan dan kesejehteraan. Jangan sia-siakan peluang ini."

Zurah begitu tenang apabila melihat Rumah Allah yang suci itu. Rasa-rasanya dia tidak akan melepas pandang. Renungannya tepat ke wajah Kaabah dengan jutaan manusia yang tiada henti-hentinya bertawaf. Itulah Kaabah yang menjadi kiblat muslimin dan muslimat sedunia.

"Abang ternanti-nanti kedatangan Zu selama ini."

"Mengapa abang tinggalkan Zu bang..!"

"Kita cuma berpisah semantara, satu ketika nanti kita akan dipertemukan juga."

"Tapi mengapa kita berpisah..?"

"Zu tinggal dulu abang nak ke sana sekejap..!"

"Jangan bang...tunggu. Zu nak pergi bersama abang."

Asmah menggerak-gerakkan badan Zurah. Zurah terkejut. Matanya berair.

"Kau bermimpi lagi..?"

"Aku tidak mimpi. Aku nampak bang Harlip duduk dekat aku dan bercakap-cakap dengan aku."

"Di mana..?"

"Di sini dekat dengan aku kemudian dia berjalan ke sana".

Asmah memandang ke arah yang dikatakan Zurah itu. Dia cuma nampak seorang lelaki Tazekistan sedang memandang mereka.

"Kita pergi sekarang.".

"Kemana..?"

"Ambil udhu. Udhu mu sudah hilang..!"

"Aku tidak mimpi bang Harlip benar-benar ujud."

“Kau lihat orang Tazekistan tu memerhatikan kita.”

Zurah menoleh. Benar orang itu memandang mereka. Zurah menjeling.

“Lepas sembahyang nanti temankan aku mencium Hajar Aswad.”

“Aku tak beranilah kau tengok orang tu terlalu ramai.”

“Kalau nak tunggu waktu lengang, alamat sampai kita balik nanti tidak akan dapat mencium Permata Syurga itu.”

“Itukan sunat..!”

“Itu aku taulah sedangkan Nabi kita pun pernah mengucupnya apa lagi kita.”

“Esok sajalah..!”

“Esok belum tentu menjanjikan kita ada umur.”

Sejuk ulu hati Asmah mendengar kelimat Zurah itu. Memang betul cuma Allah yang mengetahui apa akan terjadi esok. Tapi minta-mintalah Allah akan mengurniakan umur yang panjang dan badan yang sihat agar hari esok akan memberikan lebih banyak kebaikan dari hari ini.

“Tolonglah aku Mah kali ini saja, lepas ni sampai mati pun aku tidak akan minta tolong pada mu lagi.”

“Janganlah cakap macam tu Zur aku sedih tau..!”

“Tadi bang Harlip hendak ke sana mana tau aku akan berjumpa dengannya.”

Asmah diam tidak mau memanjang-manjangkan cerita Zurah. Dia bersedia memberikan khidmat ikhlas agar kawannya yang antik ini akan medapat kepuasan.

Asmah terasa lemas apabila dihimpit oleh ramai manusia yang besar-besar lebih sekali ganda dari dirinya. Namun pandanganya tidak terlepas dari memerhatikan Zurah yang juga terumbang ambing umpama terapung-apung di lautan yang luas itu.

Arus manusia yang berbagai ragam dan teknik untuk sampai ke sasaran itu dengan tepat semakin deras. Yang terundur kena tulak marah, yang hampir jatuh pun marah. Semua orang hendak memarahi orang lain.

Asmah panik. Zurah hilang dari pandangannya, dia mula bimbang takut terjadi apa-apa pada Zurah. Asmah cuba ke depan untuk mencari Zurah tapi kerana himpitan manusia yang rakus itu tidak mengizinkan dia berbuat apa-apa.

Pandangan Zurah terpaku kepada seorang lelaki berserban hijau sedang memegang Hajar Aswad yang bila-bila saja akan dapat mengucupnya. Entah bagaimana lelaki itu menoleh dan tepat pula ke wajah Zurah. Misah terkejut. Darahnya terasa menyerap dan badannya sedikit menggelatar. Lelaki itu salin tak tumpah semacam wajah suaminya yang pertama. Harlip.

“Abang..!” Zurah menjerit memanggil lelaki itu.

Lelaki itu nampak Zurah ikhlas meminta tolong. Kerana Allah lelaki itu mendapatkan Zurah, atas keikhlasan kedua hamba Allah itu, akhirnya Zurah berjaya juga mengucup Hajar Aswad dengan mudah. Mereka keluar dari kawasan padat itu.

“Bagaimana abang berada di sini..?”

Lelaki berserban hijau itu diam. Zurah masih tercegat tidak jauh dari Makam Nabi Ibrahim sambil memandang wajah lelaki itu puas-puas. Zurah terkejut apabila badannya ditarik orang dan membawanya ke satu tempat yang agak lengang sedikit.

“Astaghfirullah alazim...! Mengapa kau berada di sini..?”

“Aku bersama bang Harlip tadi. Dia yang membawa aku mencium Hajar Aswad”.

“Mengucap Zur kita sedang berdepan dengan Rumah Allah ni..!”

“Aku berkata benar Mah, takkanlah aku nak berbohong.”

“Kau masih berudu.?” Asmah macam tak percaya. Memang dia tak percaya.

“Masih..!”

“Kita tawaf lepas tu baru kau ceritakan perkara yang sebenarnya.”

“Kalau lepas tawaf pun aku akan tetap menceritakan perkara yang sama..!”

Asmah dan Zurah membelah kepadatan manusia yang seolah-olah tidak pedulikan orang lain itu. Mereka menyusur dengan laju masuk di celah-celah ribuan hamba Allah yang berada di garisan hitam itu untuk memulakan tawaf. “!”

0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online