Saturday, December 19, 2009

Sutera Berduri

SINPOSIS
DRAMA TV BERSIRI
SUTERA BERDURI
HJ JAMALUDDIN ASPAR

Mengisahkan kerjasama dua orang tokoh korporat yang berjaya dalam bidang perniagaan. (JOHAR) berjaya dalam bidang ‘perhotelan’ dan (BAHARI) dalam bidang ‘permakanan dalam tin’. Mereka berhasrat untuk menjodohkan anak-anak mereka (MAYA) anak perempuan JOHAR dengan (IKRAM) anak lelaki BAHARI sebagai tali sutera pengikat erat persahabatan mereka yang sekali gus untuk meningkatkan daya maju, daya saing dan daya tahan perniagaan mereka.

Memang setiap detik perjalanan hidup orang tua yang bergelar ibu dan ayah sering mengharapkan kebahagiaan yang sepenuhnya untuk anak-anak setelah mereka bertungkus lumus berusaha dengan gigih demi untuk kebahagiaan keluarga mereka. Apa tah lagi BAHARI telah terhutang sesuatu kepada JOHAR.

Bagaimana pun tidak semuanya yang diharapkan oleh orang tua itu tercapai dan diterima pakai oleh anak-anak, apa tah lagi di zaman ICT yang serba terdedah kepada kebebasan dan kehendak mereka masing-masing seperti sekarang ini.

Oleh kerana anak-anak mereka ini telah terdidik dari awal patuh dan taat kepada kehendak orang tua mereka, maka dengan mudah segala urusan itu terlaksana, walau pun dalam hati masing-masing menentang keras kehendak orang tua mereka itu.

Cadangan ini ditentang oleh (SUHANA) isteri JOHAR dan (JULIA) isteri BAHARI. Mereka bimbang dengan apa yang mereka lakukan itu adalah satu penyeksaan kepada anak-anak mereka, apatah lagi jika mereka sudah ada pilihan masing-masing. Apa pun bantahan dari yang bernama isteri selalunya tewas di tangan suami. Semua ini dilakukan untuk membena sebuah menara gading yang akan menjadi mercu kebahagiaan anak-anak mereka di hari muka. Itu alasan para suami.

Hakikatnya apa pun nama sebuah perkahwinan tanpa ada cinta tidak akan dapat membuahkan hasil yang baik seperti yang diharapkan. Apa lagi untuk menanam bibit-bibit kasih sayang sebagai suami maupun isteri, namun hasilnya akan tetap kosong. Perkahwinan MAYA dengan IKRAM hanya ujud di atas kertas, tetapi dingin di atas ranjang.

Itulah sebuah perkahwinan yang diinginkan oleh kedua orang tua mereka yang tidak mau tau apa yang ada dalam diri anak-anak mereka. Siang mereka menjadi pasangan suami isteri yang ideal apa lagi di depan orang tua mereka. Tapi apa bila malam tiba mereka menutup tirai perkahwinan dan akan ujud orang asing dalam diri mereka.

MAYA tidak mengerti apa ertinya perkahwinan mereka ini. Sebagai seorang isteri dia wajib patuh atas kehendak suami kerana mereka sudah diijab-kabulkan sebagai suami isteri yang sah, walaupun perkahwinan mereka itu berupa paksaan.

IKRAM tau akan kejujuran dan kesetiaan MAYA sebagai seorang isteri, tapi untuk berbuat sesuatu yang tidak direlakan memang terlalu sukar. IKRAM menghargai keikhlasan MAYA. Tapi dia tidak sanggup melakukannya walau MAYA sudah menjadi miliknya yang sah.

MAYA faham kerana dia juga merasakan demikian. Mereka berterus terang menyatakan sudah mempunyai teman masing-masing dan berazam akan berkorban demi untuk kebahagiaan orang tua mereka.

IKRAM masih meneruskan hubungan dengan teman lamanya (YANI). Begitu juga MAYA sering bertemu dengan (FARIS) walau cuma sekadar melampiaskan kesunyian. Perlakuan mereka ini akhirnya terhidu juga oleh mereka sendiri dari hasil maklumat kawan-kawan rapat mereka.

Pertengkaran kecil sering berlaku atas olah mereka sendiri. Mereka sering cemburu menyemburui walau pun tidak punya erti apa-apa pada sebuah perkahwinan mereka yang seharusnya tidak mempunyai perasaan sedemikian itu, kerana mereka cuma berlakon selaku suami isteri.

Sejak hari itu mereka sudah tidak dapat melakonkan sebagaimana yang sepatutnya. IKRAM benar-benar ingin lari dari kehidupan yang pura-pura itu dan menganggap MAYA selaku orang asing dalam rumah itu. MAYA begitu tabah dan sabar kerana itu perintah suami asalkan tidak melampaui batas.

MAYA menyedari akan kesilapannya dan segera memutuskan hubungannya dengan FARIS atas alasan dia sudah bersuami walau tidak bahagia. MAYA tau selaku seorang isteri tentunya mengharapkan sebuah syurga, kerana itu dia sanggup berhenti kerja untuk menjadikan dirinya betul-betul sebagai seorang isteri.

IKRAM mengambil kesempatan ini untuk berhubung terus dengan YANI walau pun sering dinasihati oleh kawan karibnya (ALIF) supaya menjadi seorang suami yang baik dan bertanggung jawab terhadap keluarga bukan sebagai seorang yang tidak ada pendirian.

YANI sering datang ke rumah MAYA dan mencemuhnya selaku seorang isteri yang bodoh dan tidak punya kekuatan diri untuk mempertahankan suaminya yang akan diambil oleh orang lain. MAYA menerima cacian dan penghinaan itu dengan penuh kesabaran.

FARIS meminta IKRAM agar jangan mensia-siakan MAYA dan memperlakukannya sesuka hati kerana MAYA cukup setia dan rela menjadi isteri walau terpaksa memutuskan perhubungan mereka. FARIS memang menyintai MAYA sebelum dia menjadi isteri IKRAM.

Sebelum MAYA menyatakan hasratnya untuk berhenti tiba-tiba dia diarahkan oleh ayahnya untuk pergi ke luar negeri selaku wakil peribadinya. MAYA cuba menolak dan secara langsung meminta izin untuk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh masanya terhadap keluarga.

JOHAR berbincang dengan IKRAM untuk meminta keizinannya walau pun MAYA anaknya. IKRAM tidak ada halangan bagi MAYA ke luar negeri kerana itu adalah juga satu tugas. MAYA bersetuju dengan syarat dia akan berhenti kerja setelah selesai missinya itu nanti.

Sepeninggalan MAYA, IKRAM cuba untuk menghilangkan kesepiannya. IKRAM merasakan dirinya bebas. Tapi apa yang diperolehinya itu tidak lebih dari kehampaan dan kekosongan. Nyata IKRAM tidak memperolehi ketenangan sebagaimana yang diperolehinya di samping MAYA.

IKRAM mula merasakan kekosongan hatinya ketika berjauhan dengan MAYA, walaupun ketika dekat dimatanya IKRAM tidak memperolehi apa-apa dari MAYA yang bergelar isteri. IKRAM mula merasakan apakah itu yang bergelar cinta..?

YANI sedaya upaya cuba menghibur dan menyuburkan perasaan IKRAM agar kembali kepadanya, namun IKRAM tidak merasakan sebagaimana yang dirasakannya bersama MAYA selama ini.

IKRAM mulai jadi seorang perindu. ALIF agak hairan mengapa terjadi demikian. IKRAM bertanya bagaimana perasaan seorang suami jika berjauhan dengan isteri. ALIF pula bertanya apakah IKRAM sudah menjadi suami kepada MAYA..?

YANI cuba meminta kerjasama FARIS yang juga kecewa seperti dirinya untuk berbuat sesuatu agar hubungan IKRAM dan MAYA berkecai, sesudah itu mereka akan mengambil hak masing-masing.

FARIS tidak mau berkerjasama dengan YANI untuk meruntuhkan sebuah rumah tangga yang retak menanti belah. Sepatutnya mereka menolong mengukuhkan dan menyukung agar semua itu tidak akan terjadi. YANI bertambah marah.

YANI segera menyuntik ayah dan ibu IKRAM menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku selama ini, mereka cuma berlakon yang pada hakikatnya mereka belum pernah tidur bersama.

JOHAR dan BAHARI berbincang tentang masaalah anak-anak mereka yang sedang menuju kehancuran demi untuk menunaikan kehendak mereka yang mereka sangkakan semua itu akan dapat mengeratkan ikatan sutera yang halus dan lembut itu, tapi malangnya mereka diikat dengan sutera yang berduri.

IKRAM memutuskan hubungannya dengan YANI. YANI mengaku kesalahannya dan sanggup di madu asalkan dia tidak kehilangan IKRAM. IKRAM tidak memerlukan seorang wanita seperti YANI dalam hidupnya.

Belum sempat menjernihkan air yang keruh dan menguraikan benang yang kusut, tiba-tiba JOHAR mendapat tahu bahawa BAHARI telah melakukan satu penipuan terhadapnya. JOHAR naik berang.

Siapakah dalangnya…?

=====================================================================

PARA WATAK

1 JOHAR umur 55 tahun
2 BAHARI umur 55 tahun
3 MAYA umur 32 tahun
4 IKRAM umur 35 tahun
5 FARIS umur 35 tahun
6 YANI umur 32 tahun
7 ALIF umur 32 tahun
8 ALIA umur 32 tahun
9 SUHANA umur 50 tahun
10 JULIA umur 50 tahun
11 RUSNI umur 45 tahun
12 MONA umur 35 tahun
13 NISDA umur 35 tahun
14 LAZIM umur 40 tahun
15 SANIP umur 40 tahun
16 LELA umur 35 tahun
17 SEDAH umur 50 tahun
18 TIMAH umur 50 tahun
19 DAIM umur 55 tahun
20 ZARIN umur 32 tahun
21 MISAH umur 40 tahun
22 YUSRAN umur 40 tahun
23 ROZI umur 35 tahun.

Friday, October 23, 2009

SAHUR

DRAMA TV KANAK-KANAK
MENITI RAMADHAN
SAHUR


BABAK 1 : RUMAH SALEH (RUANG TAMU) - PETANG
PELAKON : SALLEH (AYAH) DAN MIMI.
ARAHAN
SALLEH DUDUK ATAS KERUSI MEMBACA SURAT KABAR SAMBIL MEMERHATIKAN ANAKNYA MEMBACA BUKU UGAMA.

SALLEH
Selalunya Mimi cepat bangun kalau kan sahur, tapi di malam payah bapa membanguni…mengapa…?
MIMI
Mata Mimi atu luan kalat bah pa…indakan mau dibuka, macam ada barang menyangga…
SALLEH (AYAH) Ia tah ditiup oleh iblis tu…supaya Mimi inda bangun, kalau luan dituruti menang tia iblis.
MIMI
Kata ustazah di bulan Ramadhan ani semua jua iblis dan syaitan diikat, supaya inda dapat menganggu manusia.
SALLEH
(PERLAHAN) Atu benar pulang tu lai…iblis atu dipasung, tapi kadang-kadang ada iblis yang sudah sebati dengan orang itu.
MIMI
Tadi kawan Mimi lupa makan sahur, inda tia puasanya.
SALLEH
Kalau puasa inda makan sahur boleh jua diteruskan, asal ada niat kan puasa pada hari esok harinya.
MIMI
Tapi kalau perut kosong lapar jua tu pa…karang kalau sakit perut, muntah…batal jua puasa tu…
SALLEH
Pasal atu tah disunatkan makan sahur supaya perut tidak kosong untuk berpuasa esok harinya.
MIMI
Kalau macam atu Mimi akan bagi tau kawan Mimi, supaya makan sahur.
SALLEH
Nabi kitani…Nabi Muhammad s.a.w. ada bersabda…bersahurlah kamu kerana dalam sahur atu terdapat keberkatan…
(MIMI MENGANGGUKKAN KEPALANYA DAN MENERUSKAN BACAANNYA).
- CUT TO -


BABAK 2 : RUMAH RAHIMAH (RUANG TAMU) - SIANG
PELAKON : RAHIMAH (IBU) DAN MIUZ.
ARAHAN
RAHIMAH MELIPAT-LIPAT KAIN DAN SEBAGAINYA. MUIZ DUDUK ATAS KERUSI SAMBIL MENONTON TV.

RAHIMAH
Atu tah…dimalam mama kan menghantar Muiz ke masjid sembahyang tarawih.
MUIZ
Muiz atu indakan mengacau mama, biar tah Muiz ikut sama kawan Muiz.
RAHIMAH
Tapi kawan Muiz atu inda sembahyang tarawih, inda kan rugi tu namanya.
MUIZ
Kan sembahyang pulang ia tu ma sama bapanya…
RAHIMAH
Udah atu mengapa tah pulang inda jadi…?
MUIZ
Kata kawanku atu…bapanya sakit kaki, payahkan sembahyang…
RAHIMAH
Mun kan alasan saja…pahala inda dapat dosa pulang ada, mengapa tah Muiz inda balik.
MUIZ
Muiz inda berani takut mama marah…
RAHIMAH
Katani inda boleh takut kepada sasama manusia, yang kitani takutkan cuma Allah…!
MUIZ
Di rumah kawan Muiz atu…sembahyang pulang kami tu ma…bapa kawan Muiz sembahyang duduk atas kerusi….
RAHIMAH
Inda pulang apa-apa tu…tapi yang afdalnya di masjid, mama udahkan mengantar Muiz…tapi Muiz inda mau…
MUIZ
(PERLAHAN) Bah…lain kali Muiz inda lagi ikut sama kawan, biartah Muiz sama mama saja.
RAHIMAH
Karang biar tah mama hantar Muiz saja dulu…esok atau lusa baru mama sembahyang.
MUIZ
(HAIRAN) Mama inda sembahyang ani mengapakan…?
RAHIMAH
Mama kurang sihat…pasal atu tah mama alum sembahyang.
(RAHIMAH BANGUN DAN BEREDAR MENINGGALKAN MUIZ).
- CUT TO -


BABAK 3 : RUMAH SALEH (DAPUR) - MALAM
PELAKON : SALLEH DAN MIMI.
ARAHAN
MIMI MENOLONG AYAHNYA MENGEMAS DAN MENGELAP MEJA. KEMUDIAN MIMI DUDUK SAMBIL MEMERHATIKAN AYAHNYA MENYUCI PIRING.

MIMI
Kawan Mimi muntah dalam kelas…katanya ia inda makan sahur, mamanya lambat bangun…
AYAH
Atu tah sebabnya disunatkan makan sahur dan disebalik makan sahur atu ada hikmahnya.
MIMI
Puasanya atu pa…batal tah tu…?
AYAH
Kalau kawan Mimi atu inda sengaja muntah…inda pulang batal, boleh diteruskannya puasanya atu.
MIMI
Ustazah pun ada bagi tau macam atu…tapi kawan Mimi atu makan ubat sudah…inda jua dapat tu kaliah…!
AYAH
Kalau udah makan ubat…batal tah puasa kawan Mimi atu.
MIMI
Rugi tah kawan Mimi atu tu pa ah…?
AYAH
Rugi tetap tah rugi tu…tapi puasa kawan Mimi yang batal atu boleh pulang diqada kemudian tu.
MIMI
Ia tah Mimi kesian tu…tapi apa jua boleh buat pa ah…!
AYAH
Ia tah lain kali mesti ingat-ingat, jangan inda makan sahur…apa jua payahnya makan…
MIMI
Mimi inda pulang sengajakan ahir bangun ari tu pa…badan Mimi atu terasa lemah bah…
AYAH
Semua atu tah cubaan dan dugaan…andangnya kalau apa yang kita lakukan atu bersangkut paut dengan agama, macam-macam tia gangguan atu.
MIMI
Mulai ari ani…Mimi berazam akan melawan godaan atu.
AYAH
Pokoknya kuatkan iman dan ingat kepada Allah…atu saja…!
(MIMI BANGKIT DAN BEREDAR APABILA AYAHNYA SELESAI MEMBUAT KERJA).
- CUT TO -


BABAK 4 : RUMAH RAHIMAH (DAPUR) - DINI HARI
PELAKON : RAHIMAH, MUIZ DAN BAZILAH.
ARAHAN
RAHIMAH MENYEDIAKAN MAKAN UNTUK SAHUR. MUIZ MENGAMBIL MAKANAN BERLEBIHAN DARI BIASA. RAHIMAH MELARANG DAN MENASIHATKAN MAKAN JANGAN BERLEBIHAN.

RAHIMAH
(PERLAHAN) Muiz…jangan banyak-banyak mengambil, abiskan dulu satu-satu lepas atu baru tah tambah lagi.
BAZILAH
Apa tah macam orang dalam tv inda makan atu…puasa tah jua tu ma…inda jua ada kan dimakan diorang tu bah…!
IBU
Ia tah kitani jadikan tauladan tu…apa lagi macam kitani ani ada kan dimakan, tapi indakan puasa…
MUIZ
Apa tah kan dimakan diorang tu ma…
IBU
Rezeki atu datangnya dari Allah…ada tah caranya Allah memberikan rezeki atu arah bisdia…walaupun yang bisdia dapat atu inda macam yang kitani ada ani.
BAZILAH
Macamana tah caranya kalau kitani kan menolong diorang atu maa…jauh jua tu kan ke sana…
IBU
Boleh kitani menolong diorang atu, walaupun kitani inda ke sana.
MUIZ
(AGAK HAIRAN) Macamana pulang tu maa…karang kena tembak…!
IBU
Kitani boleh jua tolong diorang atu dengan cara lain.

BAZILAH
Camana…?
IBU
Dengan doa…kitani memohon kepada Allah supaya diorang atu dapat beramal ibadat dengan sempurna macam kitani ani.
BAZILAH
Kesian jua Zilah arah diorang atu ma…
IBU
Atu tah apa yang ada arah kitani ani…wajib bersyukur inda macam diorang yang sengsara di sana atu.
(MUIZ DAN BAZILAH DIAM TERUS MAKAN).
- CUT TO -


BABAK 5 : SUPER MARKET - SIANG
PELAKON : RAHIMAH DAN SALLEH.
ARAHAN
RAHIMAH DAN SALLEH KEBETULAN BERTEMU SEMASA MEMBELI BELAH DI SUPER MARKET. TROLI MEREKA BERLANGGAR.

RAHIMAH
(TERPERANJAT) Minta maaf eh…! Indaku taliat tadi…
SALLEH
(AGAK TERCENGANG) Eh…! Macam marasai berjumpa…kalau inda salah…Rahimah mama Zilah…?
RAHIMAH
(PERLAHAN) Auw…aku pun inda perasan tadi, pilih punya pilih inda lagi kan teliat dangan.
SALLEH
Maklum tah puasa ani…
RAHIMAH
Sedikit jua barang-barang kita bali ani…?
SALLEH
(PERLAHAN) Apa jua banyaknya makan dua orang…semua ani cukup-cukup untuk sungkai dengan sahur, dua tiga harilah…
RAHIMAH
Bisai jua cukup-cukup atu…kalau lampau banyak salah-salah… inda tia jua berapa nyaman.
SALLEH
Anak-anak macamana…?
RAHIMAH
Biasa…taim-taim macam ani tia diorang banyak baulah, apalagi kan bangun sahur atu…malaskan bercakap.
SALLEH
Indakan dipajal…biasa tia bisdia karang, ujung-ujung anak bisdia pulang yang mengajar.
RAHIMAH
Mun bukan kitani yang mendidik…siapa tah juga lagi.
SALLEH
Berapa tah banyaknya yang didapat bisdia di sekolah atu, guru seorang…murid banyak…!
RAHIMAH
Eh…! Telalai tah pulang…
SALLEH
Bah…akupun kan membayar jua ni…
(MEREKA PUN BEREDAR KE TEMPAT LAIN).
- CUT TO -


BABAK 6 : RUMAH SALLEH (RUANG TAMU) - SIANG
PELAKON : SALLEH DAN MIMI.
ARAHAN
MIMI SEDANG MEMBUAT KERJA RUMAH. SESEKALI AYAH MIMI MEMERHATIKNYA SAMBIL MEMBACA BUKU.

MIMI
(PERLAHAN) Kawan Mimi bagi tau ia inda sempat sahur…katanya waktu imsak sudah…inda boleh makan.
AYAH
Imsak atu bukan inda boleh makan…nganya untuk mengingati waktu Subuh inda lagi batah kan masuk.
MIMI
Macam atu boleh tah minum lagi tu paa…?
AYAH
Sahur atu adalah satu keperluan kitani…jadi sempurnakan tia keperluan atu.
MIMI
Kalau sudah kedengaran azan macamana tu pa…? Ia tah kawan Mimi atu batanya.
AYAH
Apabila salah seorang kamu mendengar azan, sedang di tangannya terpegang minuman atau makanan yang sedang dinikmati, maka janganlah dia meletakkannya sehingga dia memenuhi keperluannya.
MIMI
Mun macam atu dapat tah kawanku atu makan pa ah…!
AYAH
Mengapa tah pulang inda…apa yang bapa katakan atu semuanya sabda Nabi kitani…Nabi Muhammad s.a.w…
MIMI
Mimi ada liat dalam kelindar atu…sepuluh minit lagikan waktu Subuh…atu imask jua tu pa…?
AYAH
Atu ia jua…untuk mengingatkan kitani supaya lebih berhati-hati mana waktu imsak dengan waktu Subuh yang sebenarnya.
MIMI
Mun macam atu nanti tah Mimi bagi tau kawan Mimi atu, macam yang bapa cakapkan atu…
(MIMI MENGEMASKAN BUKU-BUKUNYA DAN BEREDAR MENINGGALKAN AYAHNYA).
- CUT TO -


BABAK 7 : RUMAH RAHIMAH (RUANG TAMU) - MALAM
PELAKON : RAHIMAH, MUIZ DAN BAZILAH.
ARAHAN
MUIZ DAN BAZILAH MENGULANGKAJI PELAJARAN. RAHIMAH SEDANG MENJAHIT TANGAN BAJU RAYA BAZILAH SAMBIL MENASIHATI MEREKA.

BAZILAH
(PERLAHAN) Lama sudah rasanya kitani puasa ani bang ah…!
MUIZ
(SELAMBA) Inda lagi batahkan hari raya ni…!
IBU
(LEMBUT) Jangan macam atu…ada bisainya kitani bersyukur kerana dapat melakukan amal ibadat dengan sempurna.
BAZILAH
Abang ani luan inda sabar ma…
MUIZ
Zilah pun sama jua tu macam abang tu…gagas kan hari raya…
IBU
Perisaja selama ani payah kan bangun untuk sahur…?
BAZILAH
Inda lain abang tu…Zilah mana payah-payahan.
IBU
Bah…yang sudah atu biarkan tia, masa-masa akan datang karang jangan diulangi lagi. Yang pentingnya apa yang kitani lakukan atu biar tah ikhlas kerana Allah.
MUIZ
Ada orang inda ikhlaskan ma…?
IBU
Biar tah semua atu kitani serahkan pada Allah saja, mudah-mudahan segala ibadat kitani ani di terima oleh Allah. Amin…!
(RAHIMAH BANGKIT DAN BEREDAR MENINGGALKAN MUIZ DAN BAZILAH).
- CUT TO -





PARA WATAK – SAHUR

1 RAHIMAH ibu MUIZ dan BAZILAH 38 tahun
2 MUIZ abang BAZILAH 12 tahun
3 BAZILAH adik MUIZ 11 tahun
4 SALLEH ayah MIMI 46 tahun
5 MIMI anak SALLEH 12 tahun.


September 2009



a

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online