Thursday, April 8, 2010
KUBAH HIJAU
Salam sejahtera wahai junjungan
kekasih Allah yang tiada duanya
belum penat aku bertafakur
di beranda rumahmu yang syahdu
belum nyenyak takbirku di Raudah
belum lelap bertasbih
di bawah kubah hijaumu
belum pupus tahmit di mimbarmu
kesedihan mula menyirami diriku
kerana perpisahan pesti berlaku
bila lagi kita akan bertemu...?
Cuma aku bermohon
berilah sedikit syafaatmu padaku
buat pelindung diriku.
Posted by Maya Brunei at 7:14 AM
Labels: arkib puisi bergambar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment