Wednesday, April 14, 2010
Saturday, April 10, 2010
Thursday, April 8, 2010
Mekah Al Mukarramah
Aku rindukan keamananmu
aku dahagakan kesejahteraanmu
aku terpukau oleh kemuliaanmu
aku menyintaimu
kota penuh sejarah berdarah
kalis virus zaman
tetap kekal
tetap abadi.
Posted by Maya Brunei at 7:54 AM 0 comments
Labels: arkib puisi bergambar
SENJA DI UHUD
Dengan mata yang berkaca
aku merenung
wajah Uhud kemerahan
tampak di mata hatiku
pahlawan Islam bergelimpangan
berlumuran darah
syahid
mempertahankan maruah
dan kedaulatan
Allahuakbar...!
Eengkau Uhud
jangan bersedih
kau pasti
menjadi penghuni syurga.
Posted by Maya Brunei at 7:34 AM 0 comments
Labels: arkib puisi bergambar
KUBAH HIJAU
Salam sejahtera wahai junjungan
kekasih Allah yang tiada duanya
belum penat aku bertafakur
di beranda rumahmu yang syahdu
belum nyenyak takbirku di Raudah
belum lelap bertasbih
di bawah kubah hijaumu
belum pupus tahmit di mimbarmu
kesedihan mula menyirami diriku
kerana perpisahan pesti berlaku
bila lagi kita akan bertemu...?
Cuma aku bermohon
berilah sedikit syafaatmu padaku
buat pelindung diriku.
Posted by Maya Brunei at 7:14 AM 0 comments
Labels: arkib puisi bergambar
Subscribe to:
Posts (Atom)