Tuesday, December 22, 2009

Arafah

BUBOK : santai atas unta - Arafah 2001

ARAFAH

BUBOK : mesra bersama unta berhias - Arafah 2005

Saturday, December 19, 2009

Aku Menangis


Kali pertama nafasku tercungap
di dunia baru dan asing
aku menangis
mereka tak mengerti
aku dipujuk dan dibelai
penuh kasih sayang
aku faham
tapi mereka tak tahu
apa yang aku tangiskan
apa yang aku inginkan
mereka betul-betul
tidak faham.
*
Aku maklum dunia asing
adalah pinjaman
yang tidak pernah menjanjikan
ketenangan mau pun kedamaian
malah kesedihan
tangisan dan rintihan
akan sering melanda
arus kehidupan
tidak seperti duniaku
aman dan tenteram.
*
Itulah alam ku
dalam perut ibu ku.







Sutera Berduri

SINPOSIS
DRAMA TV BERSIRI
SUTERA BERDURI
HJ JAMALUDDIN ASPAR

Mengisahkan kerjasama dua orang tokoh korporat yang berjaya dalam bidang perniagaan. (JOHAR) berjaya dalam bidang ‘perhotelan’ dan (BAHARI) dalam bidang ‘permakanan dalam tin’. Mereka berhasrat untuk menjodohkan anak-anak mereka (MAYA) anak perempuan JOHAR dengan (IKRAM) anak lelaki BAHARI sebagai tali sutera pengikat erat persahabatan mereka yang sekali gus untuk meningkatkan daya maju, daya saing dan daya tahan perniagaan mereka.

Memang setiap detik perjalanan hidup orang tua yang bergelar ibu dan ayah sering mengharapkan kebahagiaan yang sepenuhnya untuk anak-anak setelah mereka bertungkus lumus berusaha dengan gigih demi untuk kebahagiaan keluarga mereka. Apa tah lagi BAHARI telah terhutang sesuatu kepada JOHAR.

Bagaimana pun tidak semuanya yang diharapkan oleh orang tua itu tercapai dan diterima pakai oleh anak-anak, apa tah lagi di zaman ICT yang serba terdedah kepada kebebasan dan kehendak mereka masing-masing seperti sekarang ini.

Oleh kerana anak-anak mereka ini telah terdidik dari awal patuh dan taat kepada kehendak orang tua mereka, maka dengan mudah segala urusan itu terlaksana, walau pun dalam hati masing-masing menentang keras kehendak orang tua mereka itu.

Cadangan ini ditentang oleh (SUHANA) isteri JOHAR dan (JULIA) isteri BAHARI. Mereka bimbang dengan apa yang mereka lakukan itu adalah satu penyeksaan kepada anak-anak mereka, apatah lagi jika mereka sudah ada pilihan masing-masing. Apa pun bantahan dari yang bernama isteri selalunya tewas di tangan suami. Semua ini dilakukan untuk membena sebuah menara gading yang akan menjadi mercu kebahagiaan anak-anak mereka di hari muka. Itu alasan para suami.

Hakikatnya apa pun nama sebuah perkahwinan tanpa ada cinta tidak akan dapat membuahkan hasil yang baik seperti yang diharapkan. Apa lagi untuk menanam bibit-bibit kasih sayang sebagai suami maupun isteri, namun hasilnya akan tetap kosong. Perkahwinan MAYA dengan IKRAM hanya ujud di atas kertas, tetapi dingin di atas ranjang.

Itulah sebuah perkahwinan yang diinginkan oleh kedua orang tua mereka yang tidak mau tau apa yang ada dalam diri anak-anak mereka. Siang mereka menjadi pasangan suami isteri yang ideal apa lagi di depan orang tua mereka. Tapi apa bila malam tiba mereka menutup tirai perkahwinan dan akan ujud orang asing dalam diri mereka.

MAYA tidak mengerti apa ertinya perkahwinan mereka ini. Sebagai seorang isteri dia wajib patuh atas kehendak suami kerana mereka sudah diijab-kabulkan sebagai suami isteri yang sah, walaupun perkahwinan mereka itu berupa paksaan.

IKRAM tau akan kejujuran dan kesetiaan MAYA sebagai seorang isteri, tapi untuk berbuat sesuatu yang tidak direlakan memang terlalu sukar. IKRAM menghargai keikhlasan MAYA. Tapi dia tidak sanggup melakukannya walau MAYA sudah menjadi miliknya yang sah.

MAYA faham kerana dia juga merasakan demikian. Mereka berterus terang menyatakan sudah mempunyai teman masing-masing dan berazam akan berkorban demi untuk kebahagiaan orang tua mereka.

IKRAM masih meneruskan hubungan dengan teman lamanya (YANI). Begitu juga MAYA sering bertemu dengan (FARIS) walau cuma sekadar melampiaskan kesunyian. Perlakuan mereka ini akhirnya terhidu juga oleh mereka sendiri dari hasil maklumat kawan-kawan rapat mereka.

Pertengkaran kecil sering berlaku atas olah mereka sendiri. Mereka sering cemburu menyemburui walau pun tidak punya erti apa-apa pada sebuah perkahwinan mereka yang seharusnya tidak mempunyai perasaan sedemikian itu, kerana mereka cuma berlakon selaku suami isteri.

Sejak hari itu mereka sudah tidak dapat melakonkan sebagaimana yang sepatutnya. IKRAM benar-benar ingin lari dari kehidupan yang pura-pura itu dan menganggap MAYA selaku orang asing dalam rumah itu. MAYA begitu tabah dan sabar kerana itu perintah suami asalkan tidak melampaui batas.

MAYA menyedari akan kesilapannya dan segera memutuskan hubungannya dengan FARIS atas alasan dia sudah bersuami walau tidak bahagia. MAYA tau selaku seorang isteri tentunya mengharapkan sebuah syurga, kerana itu dia sanggup berhenti kerja untuk menjadikan dirinya betul-betul sebagai seorang isteri.

IKRAM mengambil kesempatan ini untuk berhubung terus dengan YANI walau pun sering dinasihati oleh kawan karibnya (ALIF) supaya menjadi seorang suami yang baik dan bertanggung jawab terhadap keluarga bukan sebagai seorang yang tidak ada pendirian.

YANI sering datang ke rumah MAYA dan mencemuhnya selaku seorang isteri yang bodoh dan tidak punya kekuatan diri untuk mempertahankan suaminya yang akan diambil oleh orang lain. MAYA menerima cacian dan penghinaan itu dengan penuh kesabaran.

FARIS meminta IKRAM agar jangan mensia-siakan MAYA dan memperlakukannya sesuka hati kerana MAYA cukup setia dan rela menjadi isteri walau terpaksa memutuskan perhubungan mereka. FARIS memang menyintai MAYA sebelum dia menjadi isteri IKRAM.

Sebelum MAYA menyatakan hasratnya untuk berhenti tiba-tiba dia diarahkan oleh ayahnya untuk pergi ke luar negeri selaku wakil peribadinya. MAYA cuba menolak dan secara langsung meminta izin untuk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh masanya terhadap keluarga.

JOHAR berbincang dengan IKRAM untuk meminta keizinannya walau pun MAYA anaknya. IKRAM tidak ada halangan bagi MAYA ke luar negeri kerana itu adalah juga satu tugas. MAYA bersetuju dengan syarat dia akan berhenti kerja setelah selesai missinya itu nanti.

Sepeninggalan MAYA, IKRAM cuba untuk menghilangkan kesepiannya. IKRAM merasakan dirinya bebas. Tapi apa yang diperolehinya itu tidak lebih dari kehampaan dan kekosongan. Nyata IKRAM tidak memperolehi ketenangan sebagaimana yang diperolehinya di samping MAYA.

IKRAM mula merasakan kekosongan hatinya ketika berjauhan dengan MAYA, walaupun ketika dekat dimatanya IKRAM tidak memperolehi apa-apa dari MAYA yang bergelar isteri. IKRAM mula merasakan apakah itu yang bergelar cinta..?

YANI sedaya upaya cuba menghibur dan menyuburkan perasaan IKRAM agar kembali kepadanya, namun IKRAM tidak merasakan sebagaimana yang dirasakannya bersama MAYA selama ini.

IKRAM mulai jadi seorang perindu. ALIF agak hairan mengapa terjadi demikian. IKRAM bertanya bagaimana perasaan seorang suami jika berjauhan dengan isteri. ALIF pula bertanya apakah IKRAM sudah menjadi suami kepada MAYA..?

YANI cuba meminta kerjasama FARIS yang juga kecewa seperti dirinya untuk berbuat sesuatu agar hubungan IKRAM dan MAYA berkecai, sesudah itu mereka akan mengambil hak masing-masing.

FARIS tidak mau berkerjasama dengan YANI untuk meruntuhkan sebuah rumah tangga yang retak menanti belah. Sepatutnya mereka menolong mengukuhkan dan menyukung agar semua itu tidak akan terjadi. YANI bertambah marah.

YANI segera menyuntik ayah dan ibu IKRAM menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku selama ini, mereka cuma berlakon yang pada hakikatnya mereka belum pernah tidur bersama.

JOHAR dan BAHARI berbincang tentang masaalah anak-anak mereka yang sedang menuju kehancuran demi untuk menunaikan kehendak mereka yang mereka sangkakan semua itu akan dapat mengeratkan ikatan sutera yang halus dan lembut itu, tapi malangnya mereka diikat dengan sutera yang berduri.

IKRAM memutuskan hubungannya dengan YANI. YANI mengaku kesalahannya dan sanggup di madu asalkan dia tidak kehilangan IKRAM. IKRAM tidak memerlukan seorang wanita seperti YANI dalam hidupnya.

Belum sempat menjernihkan air yang keruh dan menguraikan benang yang kusut, tiba-tiba JOHAR mendapat tahu bahawa BAHARI telah melakukan satu penipuan terhadapnya. JOHAR naik berang.

Siapakah dalangnya…?

=====================================================================

PARA WATAK

1 JOHAR umur 55 tahun
2 BAHARI umur 55 tahun
3 MAYA umur 32 tahun
4 IKRAM umur 35 tahun
5 FARIS umur 35 tahun
6 YANI umur 32 tahun
7 ALIF umur 32 tahun
8 ALIA umur 32 tahun
9 SUHANA umur 50 tahun
10 JULIA umur 50 tahun
11 RUSNI umur 45 tahun
12 MONA umur 35 tahun
13 NISDA umur 35 tahun
14 LAZIM umur 40 tahun
15 SANIP umur 40 tahun
16 LELA umur 35 tahun
17 SEDAH umur 50 tahun
18 TIMAH umur 50 tahun
19 DAIM umur 55 tahun
20 ZARIN umur 32 tahun
21 MISAH umur 40 tahun
22 YUSRAN umur 40 tahun
23 ROZI umur 35 tahun.

Tuesday, December 15, 2009

Pakaian Dalam Diri


Dalam diri manusia
palbagai ragam dan aneka
punya sahabat setia
juga musuh utama
sombong
tamak
dengki.
*
Akibat sombong
iblis dilaknat Tuhan
menjadi musuh yang nyata
kerana tamak
termakan pujuk rayu
dari iblis durjana
Nabi Adam dan Siti Hawa
dikeluarkan dari syurga
lantaran dengki
hilang perhitungan
mengundang kejahatan
berlakulah
pembunuhan pertama
di muka bumi
Qabil membunuh Habil.
*
Apa kah itu cuma
sebagai ristaan
ataukah suatu pengajaran
dari apa yang dikhabarkan
kerana itu kita wajib jauhi
dari sifat-sifat yang keji
agar tidak menjadi
pakaian
dalam diri.





Sunday, December 13, 2009

Manis Manja

DRAMA RADIO
TAHUN BARU MASIHI 2009
BERJODOL : MANIS MANJA

GRAM: MUZIK PENGENALAN RANCANGAN (PEMBUKAAN).......
ANN: …………drama khas semepena Tahun Baru Masihi 2009 berjodol ‘Manis Manja’ tulisan Hj Jamaluddin Aspar, Brunei Darussalam……..
GRAM: LANJUTAN MUZIK PENGENALAN…….
M/LOG: Beberapa bulan dahulu sebelum perutnya membesar, Toba sudah bersedia hendak mengugurkannya. Tapi Jibah isteri Toba membantah keras kerana Jibah mahukan anak itu biar lahir, apatah lagi itu adalah anak yang pertama walau tidak diketahui siapa bapanya yang sebesar.......peristiwa itu berlaku pada tahun 2000…!
* * * * * *
TOBA: (MARAH) Kalaulah dulu-dulu kamu ikut cakap aku…tentu perutnya sekarang ini tidak akan sebuncit itu. Nah…sekarang tengoklah apa kesudahannya…?
JIBAH: Kikislah perasaan benci abang yang sudah tidak ada gunanya itu lagi, perkara itu sudah lama berlalu, tidak akan menguntungkan siapa-siapa…kalau rugi tu adalah…!
TOBA: Apa pun namanya benci itu tidak mengira untung atau pun rugi, yang penting luka hati aku ini belum sembuh…sekali aku benci pada orang itu sampai mati pun aku tidak akan lupa.
JIBAH: Jadi selama ini apa yang abang dapat dengan kebencian itu, silap-silap abang pula yang dikatakan orang itu dan ini.
TOBA: Biar mereka kata apa saja sampai berbuih mulut mereka pun aku tak peduli, yang penting aku puas, tanpa si Lamin itu pun aku boleh hidup juga. Selama ini bukan dia yang memberi kita makan…!
JIBAH: Tapi jika hidup sering bermusuhan di mana harmoninya…? Kita ini berkampung bang…berjiran, satu sungai dan satu lautan.
TOBA: (KERAS) Aku tak peduli…jangan harap aku akan berbaik dengan si Lamin itu, selagi luka hati aku tidak sembuh…selagi itu si Lamin tetap jadi musuh aku sampai ke mati…!
JIBAH: Kita ini dah tua bang…esok-esok jika kita mati nanti, si Lamin itu juga yang akan turut mengangkat janazah kita.
TOBA: Aku akan membuat surat wasiat mengharamkan si Lamin mengangkat mayat aku, jika dia melanggarnya juga aku akan sumpah dia sembilan keturunan jadi papa kedana…biar dia rasa…!
JIBAH: Bawa mengucap banyak-banyak bang…semua itu sudah ditakdirkan Allah.
TOBA: Dia tergamak merampas kebahagiaan aku.
JIBAH: Kisah itu sudah lama berlalu bang…susah sangatkah untuk melupakannya…?
* * * * * *
M/LOG: Iyah…memang susah bagi Toba untuk melupakan peristiwa itu, apatah lagi soal hati dan perasaan yang sememangnya sukar untuk diperolehinya. Marilah kita mengembara dan berpijak sejenak dibumi tahun 1952…!
GRAM: MUZIK SELINGAN…..
TOBA: (PERLAHAN) Sabarlah Manis…semua orang kampung sudah mencari tunang kau itu, di hutan belantara…bukit bukau dan juga sungai-sungai di kampung kita ini.
MANIS: (SEDIH) Mengapalah malang nasib Manis ini bang Toba, Manis sudah kehilangan orang yang Manis kasihi, sekarang Manis sudah tidak punya siapa-siapa lagi.
TOBA: Jangan cakap macam itu Manis…yang hilang itu akan ada gantinya, demikian juga yang patah tentu akan tumbuh juga.
MANIS: Niat hati ini belum teringin untuk mencari ganti bang Toba, Manis akan tunggu dia…Manis pasti dia tidak mati.
TOBA: Bang Toba sepandapat dengan Manis, dia tidak mati…tapi mungkin dia menjadi harimau, seperti kisah Bukit Tempayan Pisang.
MANIS: Bagaimana bang Toba tau…?
TOBA: Nenek bang Toba yang menceritakannya satu ketika dulu…Manis jangan bimbang, bang Toba akan sentiasa di samping manis.
MANIS: Manis nak berehat dulu…bang Toba pergilah pulang, nanti lain pula sangkaan orang.
TOBA: Baiklah…bang Toba pulang dulu dan kalau ada apa-apa panggil bang Toba, bang Toba akan lakukan apa saja untuk Manis…!
* * * * *
M/LOG: Itulah strategi Toba menangguk di air yang keruh, mengambil kesempatan dalam ke sempitan. Sekarang kita kembali mendengar aksi Toba yang salahbida tarzan juga berlaku dalam tahun 2000…!
GRAM: MUZIK SELINGAN…..
TOBA: (MEMANGGIL-KUAT-MARAH) Lamin…! Laaa…miinnn…!
LAMIN: (GERAM) Ada apa kau berteriak-teriak macam orang gila ini Toba…? Malulah sikit…sedarlah diri itu dah tua tapi berkelakuan macam kanak-kanak.
TOBA: Memang aku gila…kau yang membuatkan aku menjadi gila stelah kau rampas Manis dari tangan aku. Aku masih sedar siapa diri aku, jika aku gila pun ini kampung aku…bukan macam kau…!
LAMIN: Aku juga sedar siapa aku Toba…aku orang pendatang di kampung ini, tapi aku tidak meminta-minta di kampung ini sejak dulu lagi, aku berusaha hingga aku jadi macam ini.
TOBA: (MASIH MARAH) Kerana itulah kau berhasil mengoda Manis dengan kekayaan mu itu, kau tak habis-habisnya merusakkan kehidupanku Lamin.
LAMIN: (PERLAHAN) Kita sekarang sudah beransur tua Toba…semua itu sudah berlalu, Manis sudah menjadi isteri aku dan kau juga sudah mempunyai isteri yang cantik malah lebih cantik dari Manis.
TOBA: Aku tidak mengukur cinta itu dari paras rupa Lamin, tapi dalam hati ini…(BATUK-BATUK) dalam hati tidak ada duanya kau tau…! Kau yang seronok-seronok selama ini, tapi aku yang menderita.
LAMIN: Semuanya itu sudah berpuluh tahun berlalu Toba, tidakkah kau dapat melupakan walau sebentarpun untuk kau menerima hakikatnya. Cuba kau berterus terang apa sebenarnya yang kau inginkan Toba…?
TOBA: Kau rampas Manis dari tangan aku itu satu perkara…dan sekarang kau ajak pula…(BERHENTI DAN BATUK YANG BERPANJANGAN).
* * * * * *
M/LOG: Kita beri masa untuk Toba berehat dulu, biar dia melayan batuknya itu puas-puas, takut nanti ampusnya akan kembuh. Sementara itu kita masuk ke dalam otak Toba di tahun 1954…!
GRAM: MUZIK SELINGAN…….
TOBA: Sejak orang baru itu datang di kampung ini, Manis seolah-olah tidak ambil indah pada bang Toba lagi…apakah Manis sudah berubah hati pada bang Toba, dan memindahnya pada pandatang tak tau diri itu…?
MANIS: Entahlah…Manis pun tak tau, sejak dia datang ke sini Manis rasa lain macam…(pause) Bang Toba cemburu kah…?
TOBA: Memanglah cemburu…sebab Manis cantik…bersopan santun dan berbudi bahasa. Siapa nama orang baru itu…?
MANIS: Lamin…dia datang dari pulau seberang, dia tidak ada saudara mara di sini, pasal itulah keluarga Manis tumpangkan dia di rumah Manis.
TOBA: Mengapa ayah Manis terima orang yang belum tentu asal usulnya, manalah tau dia sengaja hendak menghuru-harakan kampung kita ini.
MANIS: Tak mungkin bang Toba…Manis tidak nampak apa-apa pun yang menunjukkan dia orang jahat.
TOBA: Jadi sekarang apa pendirian Manis terhadap bang Toba…?
MANIS: Kedatangan Manis ini pun untuk berterus terang pada bang Toba, bahawa pertemuan kita ini adalah kali yang terakhir…!
TOBA: Jangan bergurau Manis…sanggupkah Manis menolak bang Toba kalau hanya kerana si Lamin anak dagang yang menumpang itu.
MANIS: Betul bang Toba…Manis tidak berjenaka jauh sekali berteka teki, orang tua Manis telah pun menjodohkan Manis dengan Lamin.
TOBA: (SEDIH) Sampai hati Manis menghampakan harapan bang Toba…rupa-rupanya selama ini bang Toba bertepuk sebelah tangan saja. Sia-sialah kasih sayang yang bang Toba curahkan selama ini.
MANIS: Kita belum ada jodoh bang Toba...carilah orang lain sebagai penganti Manis, dan Manis terpaksa mengikut kehendak orang tua…Manis takut nanti kena sumpah menjadi batu…!
TOBA: (GERAM) Kalau begitu…mulai hari ini juga…bang Toba istiharkan bahawa si Lamin keparat itu akan menjadi musuh ketat bang Toba sampai bila-bila…bang Toba akan tunjukkan pada Manis, bang Toba juga boleh jadi kaya seperti si Lamin itu.
* * * * * *
M/LOG: Itulah mulanya Toba membenci Lamin. Barangkali Toba sudah dapat nafas baru untuk meneruskan hujah-hujahnya yang selama ini masih terpendam yang tidak dapat di bendungnya lagi…!
GRAM: MUZIK SELINGAN…….
LAMIN: Jangan turutkan hati Toba…kau tu sakit, ampus nanti aku juga yang susah kalau kau terjungkag-jungkang di halaman rumah aku ni.
TOBA: (MARAH) Aku dapat tibikah…malariakah…ampuskah, kau peduli apa. Aku yang sakit bukan kau…!
LAMIN: Kita ni berjiran Toba…kau dan aku macam saudara, apa kata orang nanti jika kau terbujur tak tentu pasal, alih-alih orang akan kata aku yang bunuh kau…!
TOBA: Berpuluh tahun aku masih sabar atas perbuatan mu terhadapku, kau ragut kasih sayang dan cintaku terhadap Manis. Tapi sekarang ini aku tidak boleh sabar lagi Lamin…!
LAMIN: Aku tidak pernah menganggu kau Toba, itu cuma perasaan cemburu kau yang melimpah ruah itu. Berterus teranglah sama-sama kita menyelasaikannya dengan tidak payah ke Bangsa-Bangsa Bersatu.
TOBA: ( KUAT) Aku tidak main-main Lamin…kau rampas Manis aku masih boleh sabar, tapi sekarang lembu aku bunting angkara perbuatan lembu kau yang miang macam kau itu juga…!
LAMIN: (BERISTIGHFAR) Tergamak kau menyamakan aku dengan lembu Toba…di mana rasa kemanusiaan mu padaku…?
TOBA: Kau dengan lembu kau itu tidak ada bezanya di mata aku, kau ajar dia untuk memporak perandakan kebahagiaan orang lain seperti aku ini.
LAMIN: Macamana kau tau anak dalam perut lembu kau itu, lembu aku yang punya angkara…? Eh…Toba, lembu itu binatang kalau mereka hendak jadi laki bini pun tidak payah kawin tau…!
TOBA: Kau jangan nak berjenaka dengan aku Lamin, di kampung ini tidak ada lembu jantan lain selain dari lembu kau itu.
LAMIN: Aku taulah lembu itu lembu aku, tapi kau tak bolehlah tuduh sebarangan…barangkali ada lembu jantan lain yang mengurat lembu kau itu siapa tau…!
TOBA: Aku sudah masak dengan perangai lembu aku itu, dia tidak akan berjalan jauh jika aku tidak menemaninya.
LAMIN: (PERLAHAN) Toba…lembu itu binatang tau…dia tidak kenal halal dan haram, tapi kadang-kadang kita manusia ini pun ada mirip-mirip macam mereka itu juga.
TOBA: Sudahlah kau sakiti hati aku…ini lembu kau juga yang ikut-ikutan menyakiti hati aku. Memang kau dan lembu kau itu sama saja…!
LAMIN: Toba…apalah salahnya jika lembu kau itu bunting oleh lembu aku, kau tak rugi satu apapun malah kau akan mendapat untung kerana dia telah menyumbang untuk memanjangkan zuriat lembu kau itu.
TOBA: Aku tidak mau berbisan dengan kau mengerti…!
LAMIN: (BERISTIGHFAR)…..
* * * * * *
M/LOG: Itulah…apabila orang dibebani dengan rasa kecewa tidak akan terdaya untuk menangkis dan menapis segala percakapan maupun perbuatan, apa lagi jika tidak disertai dengan kekuatan iman. Demikian juga Toba yang sepanjang hayatnya dibaluti dengan kebencian setelah hidupnya dicalarkan…!
GRAM: MUZIK SELINGAN…..
MANIS: (PERLAHAN) Bang Toba…!
TOBA: (TERKEJUT) Oh…! Manis rupanya…bang Toba kira siapa tadi, mujurlah bang Toba tidak mati terduduk.
MANIS: Manis bukannya hantu untuk menakut-nakutkan bang Toba, Manis tau bang Toba kuat semangat…tabah menghadapi dugaan dan rintangan, bukan macam Manis…
TOBA: (PERLAHAN) Bang Toba rasakan bagai bermimpi di siang hari, bang Toba juga sudah lama tidak mendengar suara Manis yang lunak berirama itu.
MANIS: Manis datang membawa harapan agar bang Toba berdamai dengan bang Lamin, tidak ada gunanya kita bermusuh-musuhan begini. Barang yang sudah itu biarkan berlalu.
TOBA: Selama berpuluh tahun bang Toba menderita kerana kehilangan Manis dan derita itu belum pulih hingga sekarang ini, kini Manis muncul di depan bang Toba cuma untuk menambah derita itu lagi.
MANIS: Tidak bang Toba…sejak dulu lagi Manis tidak pernah mencintai bang Toba, cinta Manis cuma pada bang Lamin setelah tunang Manis hilang di dalam hutan dahulu.
TOBA: (SEDIH) Kenapa Manis tidak berterus terang pada bang Toba…?
MANIS: Sebenarnya jodoh kita tidak ada bang Toba…pergaulan kita ketika muda-muda dulu itu cuma pergaulan biasa, tidak ada bibit-bibit cinta sebagaimana yang bang Toba sangkakan.
TOBA: Kerana kepalsuan cinta Manis itulah yang membuatkan bang Toba berada di awang-awangan, bang Toba nyaris gila…!
MANIS: Berpijaklah di bumi yang nyata, lupakan zaman muda remaja kita yang telah berlalu itu…kita sekarang dalam perjalanan menuju senja yang akan berlabuh.
TOBA: Bang Toba tidak dapat melupakannya Manis…jatuh bangun bang Toba dalam percintaan yang kecewa juga akhirnya.
MANIS: Sekarang kita sudah berada di abad duapuluh satu…esok-esok kita akan melangkah ke tahun baru…dua ribu sembilan bang Toba. Jauhkanlah perasaan benci pada sesama kita.
TOBA: Bang Toba benci pada laki Manis itu kerana dia telah merampas Manis dari tangan bang Toba.
MANIS: Terimalah kenyataan…Manis tidak pernah jatuh cinta pada bang Toba. Sedarlah bang Toba kita sekarang ini sedang berjalan ke arah barat, mustahil kita akan dapat patah balik untuk menuju timur.
TOBA: Kalau hendak diturutkan hati…sudah lama si Lamin itu bang Toba bunuh, puas hati bang Toba.
MANIS: Kalau bang Toba bunuh bang Lamin, bang Toba juga akan di hukum gantung sampai mati.
TOBA: Bang Toba tidak takut mati…!
MANIS: Sebabnya…?
TOBA: Mati cuma sekali…
MANIS: Baiklah bang Toba…Manis pergi dulu…!
TOBA: (DENGAN KERAS-MEMANGGIL) Manis…! Manis…! Jangan tinggalka bang Toba Manis…Maa…niiisss…!?!
GRAM: MUZIK SELINGAN…….
JIBAH: (MARAH) Abang sebut-sebut nama Manis sampai dalam tidur tu mengapa…? Jibah ini tak manis lagikah dalam pandangan abang. Manis dan Lamin itu dah jadi bisan kita sekarang.
TOBA: Itu aku taulah…tapi semua ini bukan kemahuan aku, kemahuan anak kamu si Adol itu, kalau harapkan aku…tunggu dulu…!
JIBAH: Anak Jibah anak abang juga…Jibah tak perasaan pun ada laki lain selain dari abang…(pause) Ini sampai ke mimpi-mimpi itu apa hal…ada hati lagikah pada si Manis itu…?
TOBA: (GERAM) Abang belum dapat menerima hakikat bahawa si Lamin jahat itu bisan abang, abang benci padanya…benci…benci…benci…!
JIBAH: Anak kita dan anak si Lamin itu sudah bahgaia sekarang ini bang, jadi kita selaku orang tua mereka jangan pula berbantah-bantahan dan berbenci-bencian.
TOBA: Selagi dia hidup selagi itulah benci dalam hati aku ini tidak akan padam buat selama-lamanya.
* * * * * *
M/LOG: Itulah yang dikatakan luka di tangan nampk berdarah, luka di hati tidak siapa yang tahu. Andai kata luka itu sembuh, namun parutnya tetap ada. Sekali kecewa dalam bercinta seumur hidup diri terpenjara…!
GRAM: MUZIK SELINGAN…….
TOBA: Jangan tambahkan lagi kebencianku padamu Lamin…kesabaranku ada batasnya, jangan paksa aku untuk menjadi seorang pembunuh…!
LAMIN: Dendam dan benci yang tidak ada sudahnya itu akan merugikan diri sendiri Toba…apalagi cuma berebutkan seorang perempuan, semua itu sudah lapuk Toba…!
TOBA: Itu kata kau sekarang ini…tapi mengapa kau tidak fikirkan di masa dan ketika lebih empat puluh tahun dulu…? Kau lebih suka melihat aku kecewa dan merana.
LAMIN: Kiranya aku boleh mengundurkan waktu itu…aku akan serahkan apa yang kau inginkan, aku juga tidak mau bermusuhan dengan sesiapa, aku cuma menumpang hidup di kampung ini.
TOBA: Sudah terlalu lambat Lamin…semua itu tidak ada maknanya lagi.
LAMIN: Inilah masanya kita patut menutup buku permusuhan kita Toba, kau dan aku bukan lagi orang lain…anak-anak kita telah pun bersatu dan tidak lama lagi kita akan mendapat cucu.
TOBA: (KERAS) Tidak…! Itu bukan cucu aku…cucu aku sudah mati setelah dia dilahirkan, itu ibunya…kau nampak…?
LAMIN: (BERISTIGHFAR) Itu lembu kau Toba…! Apa sudah jadi dengan kau ini…seram bulu roma aku…!
GRAM: MUZIK SELINGAN…….
LAMIN: (GERAM) Kadang-kadang aku geram juga dengan kelakuan Toba yang seperti orang gila itu, kita nak berbaik-baik lain pula jadinya. Tidak boleh dibawa berunding langsung…!
MANIS: Usah ganggu dia lagi bang Lamin…Manis bersalah, sebelum bang Lamin ujud dalam hati Manis, Manis pernah memberikan harapan padanya, tapi semua itu cuma pura-pura…
LAMIN: Kenapa Manis lakukan macam itu…kalau Manis berterus terang tentu semua ini tidak akan berlaku.
MANIS: Maafkan Manis bang Lamin…apapun cuma bang Lamin saja dalam hati Manis dari dulu hingga sekarang.
LAMIN: Dalam satu hal bang Lamin kesian juga dengan si Toba itu, sejahat-jahatnya pun masih dapat memilih yang mana baik dan buruknya.
MANIS: Kita masih belum terlambat untuk menjernihkan kekeruhan selama ini, kita masih banyak peluang bang Lamin.
LAMIN: Abang pun terasa berdosa…tapi apa boleh buat, semua itu sudah terlanjur. Kita tidak tau akan jadi macam ini.
MANIS: Izinkan Manis berjumpa dengan Toba…Manis akan pujuk dia supaya menerima kita sebagai keluarga, lebih-lebih lagi bang Lamin sendiri.
LAMIN: Pergilah…tapi Manis harus waspada jangan sampai perkara yang tidak elok boleh berlaku, Manis harus hati-hati.
GRAM: MUZIK SELINGAN……..
MANIS: (PERLAHAN DAN LEMBUT) Maafkan kedatangan Manis ini jika menganggu ketenteraman bang Toba.
TOBA: (LEMBUT) Sejak Manis keluar dalam kehidupan bang Toba, mulai dari itulah bang Toba tidak pernah merasakan ketenteraman, hingga saat Manis berada di depan mata bang Toba sekarang ini.
MANIS: Manis datang bukan sebagai musuh bang Toba…juga bukan selaku kekasih, tapi untuk semuanya.
TOBA: Apakah bang Toba bermimpi lagi…atau mengigau di siang hari…?
MANIS: Bang Toba tidak bermimpi…dan tidak akan bermimpi lagi, Manis benar-benar ujud di depan bang Toba, tapi bukan sebagai Manis yang pernah menolak cinta bang Toba dulu.
TOBA: Dari dulu hingga sekarang bang Toba rasakan, hidup ini seolahnya bagaikan bola, bergolek ke sana ke mari mengikut kehendak kaki yang menyepaknya.
MANIS: Tapi Manis tidak bermaksud begitu bang Toba…kalau bang Toba jadi mangsa permainan cinta dari Manis, malah Manis juga yang menjadi mangsa keadaan.
TOBA: Apalah gunanya memutar kisah-kisah yang sudah tidak punya makna lagi, semua itu akan menambah penderitaan bang Toba.
MANIS: Manis tidak punya hajat lain…apalagi usia kita sudah terlalu banyak dimamah waktu, kita cuma punya sedikit kesempatan untuk menjalani sisa-sisa hidup yang tertinggal.
TOBA: Kalau cuma itu yang Manis katakan pada bang Toba, hentikan saja setakat ini, bang Toba tidak punya kekuatan untuk menghadapinya.
MANIS: (TERHARU) Manis juga tidak akan lama berdepan dengan bang Toba, Manis ingin katakan…buangkanlah yang keruh dan kita ambil yang jernih.
GRAM: MUZIK SELINGAN…….
JIBAH: (LEMBUT) Jangan paksakan diri untuk berbuat sesuatu, yang diri sendiri tidak sanggup untuk melakukannya, itu cuma membuang masa dan menipu diri sendiri.
TOBA: (GERAM) Hatiku belum terbuka untuk memaafkan orang…apalagi orang yang seperti si Lamin itu, kalau boleh bayang-banyangnya pun aku tidak mau melihatnya.
JIBAH: Umur tidak akan menungkat langit bang, sebelum waktu itu tiba ada lebih baiknya kita bermaaf-maafan. Siapa tau kita ataupun mereka yang pergi dulu.
TOBA: Luka hatiku ini terlalu parah…tidak siapa yang tau bagaimana sakitnya jika dipermain-mainkan.
JIBAH: (KERAS) Sampai bila abang akan menghitung kira kesakitan abang itu…jangan turutkan dendam abang yang membabi buta hingga tidak mengenali kesedaran dan keinsafan orang lain.
TOBA: Kalau orang lain aku boleh maafkan, tapi tidak pada si Lamin yang menjadi perompak dan penyamun itu.
JIBAH: Keras hati tidak bertempat lama-lama akan memakan diri sendiri bang, sebelum terlambat lebih baik bertaubat.
GRAM: MUZIK SELINGAN…….
MANIS: (PERLAHAN) Bang Toba…Manis akan sembah bang Toba asal saja bang Toba rela memaafkan bang Lamin…bang Lamin sakit…
TOBA: (KERAS) Dia sakitkah…! Nak mampus kah…! Bang Toba peduli apa, selama ini bang Toba sakit tidak seorang pun yang ambil tau.
JIBAH: Jangan cakap macam itu bang…tak biak, si Lamin tu sakit dan minta maaf pada abang.
TOBA: Itulah waktu dulu-dulu tunjuk diri hebat konon, datang ke tampat orang berlagak sampai menjadi perompak hak orang lain.
MANIS: Bang Toba boleh kata apa saja…Manis tidak peduli asalkan bang Toba sudi memaaf bang Lamin, itu saja…
JIBAH: Cubalah abang buka sedikit pintu hati dan perasaan abang itu, agar dapat melihat dan mendengar kata-kata orang lain. Ada kalanya kita harus mengalah.
TOBA: Kerana banyak mengalah makanya aku jadi begini.
JIBAH: Kita tidak pernah bertarung siapa kalah dan siapa menang bang, berdosa jika kita tidak memaafkan orang lain yang telah menyedari kesalahan dan keinsafannya.
MANIS: Baiklah bang Toba…Manis tidak memaksa, barangkali ini adalah hukuman pada bang Lamin dan juga Manis sendiri atas apa yang berlaku pada waktu-waktu silam.
JIBAH: (LEMBUT) Manis kena sabar menghadapi semuanya ini, memang terlalu susah bila kita berdepan dengan orang yang berhati keras macam batu.
MANIS: (PERLAHAN) Bang Toba…Jibah…Manis balik dulu, bagaimana pun Manis akan tunggu Jibah dan bang Toba.
* * * * * *
M/LOG: Memang sukar dan sulit untuk meraih apa yang dinamakan kemaafan ataupun keampunan dari seseorang, begitu tinggi nilainya hingga tidak dapat dijangkau dengan wang ringgit. Hutang darah dibayar darah…hutang budi dibawa mati…hutang hati dan perasaan merana diri…!
GRAM: MUZIK SELINGAN…….
LAMIN: (PERLAHAN DAN SEDIH) Akhirnya kau datang juga Toba, aku sakit dan memohon ampun atas dosa-dosaku padamu.
TOBA: (KERAS) Aku datang ini bukan hendak mendengar rayuanmu yang sudah tidak ada maknanya itu lagi.
LAMIN: Tak mengapa Toba…sekurang-kurangnya kau sudah memaafkan aku, dan aku merasa tenang jika berhadapan dengan kematianku nanti.
TOBA: Aku datang ini kerana terpaksa…aku tidak ingin melihat kau dalam neraka jika aku tidak mengampunkan kau.
LAMIN: Kau berhati mulia Toba…bukan macam aku, aku sedar dan insaf sekarang atas apa yang telah aku lakukan.
TOBA: (MENGEJEK) Sudah lama aku di sini…tapi kau belum juga mati-mati lagi.
LAMIN: Sejak dulu hingga sekarang kau tidak berubah Toba…keras…tegas dan punya pendirian. Walau sifatmu kasar tapi kau mempunyai hati yang baik.
MANIS: Bang Toba…hari-hari seperti inilah yang sering ditunggu-tunggu oleh bang Lamin. Esok tahun baru yang pastinya meninggalkan tahun sekarang.
LAMIN: Benar Toba…begitu juga segala dosa dan kesalahan tahun-tahun berlalu, biarkan hilang dan jangan dikenang lagi. Biar tahun baru akan membuka lambaran barunya sama seperti kita-kita ini.
TOBA: Bukan masanya hendak bergurau Lamin…kata kau nak mati…matilah lekas…!
LAMIN: Selagi kau belum memaafkan aku…selagi itu nyawaku belum putus.
TOBA: Aku dah katakan tadi…aku memaafkan kau dunia dan akhirat…!
LAMIN: Terima kasih Toba…keampunan mu membuat aku kembali segar dan bertenanga, nampaknya Tuhan belum mengizinkan aku mati.
TOBA: (TERPERANJAT) Apa…? Kau tidak sakit Lamin…?!?
GRAM: MUZIK SELINGAN…….
JIBAH: (PERLAHAN) Bang…Manis dan Lamin datang…mereka membawa cucu kita.
TOBA: Buat apa mereka datang…? Katakan aku tidak ada…
JIBAH: Sudahlah bang…yang lepas tu sudahlah, abang pun sudah memaafkan mereka. Mereka tunggu abang tu…!
TOBA: (AGAK KUAT) Iyalah…! Nanti aku keluar…
GRAM: MUZIK SELINGAN…….
TOBA: (KERAS) Baguslah kau dah sihat…
LAMIN: Semua ini kerana keikhlasan mu Toba…untuk mengiringi lambaran tahun baru hari ini, kami ada sesuatu untuk kau…
MANIS: (LEMBUT) Bang Toba…ini Manja…cucu kita yang baru lahir semalam…sengaja Manis bawa ke sini, Manja inginkan kucupan pertama dari atuknya…
TOBA: (SEDIH-TERHARU) Ya...Allah…! Kesilapan apa yang telah aku lakukan selama ini…hingga tidak mengenal darah daging sendiri.
LAMIN: Manja lahir ke dunia ini untuk menyaksikan dua keluarga berkumpul menjadi satu…sehati dan sejiwa.
TOBA: Maafkan segala kekasaranku selama ini Lamin, mata dan hatiku menjadi buta untuk menerima hakikat apa yang telah ditakdirkan Allah. Aku cuba mengelakkan semua ini…namun takdir telah menentukan segalanya.
JIBAH: Alhamdulillah…kelahiran Manja dapat menyatukan kita dalam satu keluarga yang aman dan harmoni.
* * * * * *
M/LOG: Setiap sesuatu yang diciptakan Allah itu masing-masing punya rezeki dan hikmahnya. Demikian juga MANJA…lahirnya telah menyatukan dua keluarga yang sekian lama bersengketa. Di mana bumi dipijak, di situ langit akan tetap dijunjung…!
GRAM: PUTARKAN LAGU TAKDIR PENENTU SEGALANYA
NYANYIAN JAMAL ABDILLAH………………………

GRAM: MUZIK PENGENALAN (PENUTUP)…….
ANN: ……....berjodol ‘Manis Manja’ tulisan Hj Jamaluddin Aspar, Brunei

PARAW WATAK

1 TOBA
2 LAMIN
3 MANIS
4 JIBAH.



JA'RANAH

BUBOK : Masjid Ja'ranah - Mekah = April/Mei 2005

Makam Siti Hawa

BUBOK : Makam Siti Hawa - Jeddah = 25.12.1995

Saturday, December 12, 2009

SAJA-SAJA

MINA : Bersenang-senang :-

Adam dan Hawa selepas pertemuan di Jabal Rahmah.


ARAFAH : Penghapus dosa:-

'Keluarlah kamu dari Arafah tanpa dosa.'

Iblis marah kerana melihat banyak rahmat yang diturunkan.

Wednesday, December 9, 2009

Jabal Uhud 2005

BUBUK : Jabal Uhud 05 - Madinah

Jabal Uhud

Merenung goresan wajahmu
bagai merah mega
berarak syahdu
walau kaku
walau mati....
BUBUK : Jabal Uhud 2003 - Madinah

Putrajaya

BUBUK : Malaysia - Februari 2005

Gila-Gila

Orang yang betul-betul gila
tidak mengatakan dirinya gila
tapi…
orang tidak gila
ingin mengaku dirinya gila
kalau orang gila itu tahu
orang yang tidak gila
mengaku dirinya gila
maka
orang gila itu
akan bertambah gila
sebaliknya…
jika orang tidak gila itu tahu
bagaimana gilanya
orang gila itu
pasti
orang yang tidak gila itu
benar-benar akan menjadi gila.



Hjh Ummi Menangis

Duduknya amat gelisah sekali. Kitar kanan kitar kiri, terasa punggungnya yang nipis itu betul-betul di atas duri ‘rokam’. Dia memang tidak suka jika diperhatikan demikian. Apa tah lagi yang memerhatikannya itu adalah seorang lelaki.

Dia cuba mengalihkan pandangan ke sudut lain. Tapi sepasang mata yang memerhatikan dirinya itu muncul lagi, malah bertambah galak dan garang. Dia langsung tidak mengenali pemuda itu.

Pemuda itu memang tampan, pakai jubah putih ada misai dan jambang. Macam orang Arab. Bukan macam dirinya, pakai apa pun masih juga tidak lawa. Ada misai macam misai kucing, ada janggut macam janggut kambing. Entah macamana isterinya boleh jatuh cinta padanya. ‘Itu cerita dulu-dulu...’

Wajah pemuda berjambang itu cerah-ceria, barangkali kalau dia seorang wanita sedikit sebanyak pasti akan jatuh hati. Tapi mana ada orang jatuh cinta sesama laki-laki, kalau zaman Nabi Luth adalah. Barang dijauhkan Allah.

‘Jangan-jangan malaikat barangkali.”

‘Mana ada malaikat siang-siang’.

‘Tapi tidak mustahil...’.

‘kalau malaikat pun bahapa ia kemari?’

‘Mun malaikat kan datang inda membilang waktu..!’

Hati kecil Hj Akbar berbantah-bantahan. Majlis tahlil petang itu berjalan dengan lancar, walaupun dalam hati Hj Akbar bergelodak atas kehadiran pemuda tanpa diundang itu. Tiada seorang pun yang tau kecuali dia sendiri. Allah memang telah mengetahuinya...

Perasaan Hj Akbar agak tenang sedikit, pemuda itu sudah hilang. Ke mana? Hj Budin tidak mahu tau ke mana perginya, yang penting pemuda itu telah pun pergi. Alhamdulillah.

Majlis selesai...hajat tuan rumah sudah sempurna. Para jemputan penuh hormat memohon diri untuk pulang dengan perut penuh berisi. Macam rangit. Tuan rumah sambil angguk-angguk mengucapkan terima kasih satu penghargaan atas kehadiran mereka. Berjabat tangan dengan senyum pemanis muka tanpa mengira berapa sudah dibelanjakan. Namanya sedekah mana boleh dikira-kira...

Dalam perjalanan pulang dipersimpangan jalan masuk ke rumahnya. Muncul lagi pemuda itu, malah lebih kacak dan lawa dari sebelumnya. Seperti biasa pemuda itu mendiamkan diri, cuma memerhatikan Hj Akbar begitu tajam sekali. Kerana itulah bagi Hj Akbar tikaman mata pemuda itu sudah cukup untuk menembusi tulang bidai-bidainya. Dia tewas dalam pertarungan pertama. Hj Akbar begitu nekad untuk berdepan dengan pemuda itu satu sama satu.

“Penyeluru banar tah anak ani”. Geram Hj Akbar. Pemuda itu tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Malah dengan gelagatnya yang seumpama itu, makin memarakkan lagi api kemarahan Hj Akbar.

“Ani mun kan barabis...barabis tah”.

Hj Akbar mula mengatur langkah dan memasang kuda-kuda. Pemuda itu masih tidak bergerak, cuma Hj Akbar yang sibuk-sibuk dengan langkah dan bunga silatnya. Walau apa pun yang dilakukan Hj Akbar, semuanya itu tidak berjaya memancing hati pemuda itu untuk berbuat sesuatu.

Hj Akbar merasa keletihan, lemah longlai seluruh anggotanya, umpama tidak ada sebatang tulang pun yang menyambung sendi-sendi badannya. Akhirnya Hj Akbar tersandar di sepohon pokok yang rindang. Matanya dipejam-pejamkan, kerana peluh yang mengalir didahinya singgah di kelopak matanya yang merah itu. Sekali lagi pemuda yang menjadi biang keroknya itu menghilangkan diri.

Angin petang berhembus perlahan begitu menyeramkan, pokok-pokok bergoyang daun-daun melambai, seolah-olah melambai Hj Akbar. Suasana ketika itu benar-benar seperti sebuah tanah perkuburan yang terpencil.

Untunglah Hj Akbar bukan pengidap darah tinggi atau pun lemah jantung...kalau tidak sudah lama Hj Akbar ‘nuhun’. Sekali lagi Hj Akbar dikejutkan dengan goncangan pokok tempat dia tersandar keletihan. Hj Akbar melihat ke atas tidak ada apa-apa yang menyebabkan pokok itu bergoncang. Angin cuma bertiup sepoi-sepoi bahasa, mana boleh menggoncangkan pokok yang begitu besar dan tinggi.

‘Jangan kata daun-daunan, ambok pun boleh gugur mencapuk’.
Spontan Hj Akbar teringat sebuah cerita lama yang diceritakan oleh arwah bapanya semasa ia kecil-kecil dulu. Semasa mereka ‘mengurak balat’, yang kebetulan dia ternampak beberapa ekor monyet sedang bergayut di atas ‘bakau’.

Hj Akbar cuba bangkit tapi tidak terdaya, badannya benar-benar lembut macam sotong. Pokok tempatnya bersandar bergoncang lagi. Daun-daun kering berguguran melayang-layang dan berterbangan di atas kepalanya.

Lama Hj Akbar mendiamkan diri. Sekunyung-kunyung sehelai daun kering tapi segar jatuh tersangkut ditelinganya. Dia terkejut, daun itu diambilnya perlahan-lahan. Darahnya menyerap serta-merta, bulu romanya berdiri tegak, suasana keliling semakin menyeramkan.

Daun itu betul-betul pelik, belum pernah seumur hidupnya melihat daun yang seganjil itu. Di atas daun itu tertulis namanya sendiri, Hj Akbar bin Awang Damit. Di kampung itu cuma dia seorang yang bernama Hj Akbar. Hendak dikatakan mustahil tidak juga. Mana ada perkara mustahil jika Allah menghendakinya.

Hj Akbar bangun ‘kuling-kujang’. Dia melompat dan terus berlari meninggalkan tempat yang berpuaka itu. Hjh Ummi terkejut dan tercengang melihat telatah suaminya, yang sebelum ini tidak pernah berkelakuan begitu. Hjh Ummi tidak tentu rasa.

“Kenapa ni bang Aji?” Hjh Ummi dengan rasa cemas memapah suaminya yang terduduk di muka pintu dan membawa masuk ke bilik.

“Jahat ujudku...kan damam kadiaku ani.” Suara Hj Akbar menggeletar.

Hjh Ummi tambah risau, baru saja lepas menghadiri majlis kenduri arwah sekampung, tiba-tiba demam dan pucat langsai begini. Jangan-jangan keteguran barangkali. Bisik hati kecil Hjh Ummi. Zaman internet pun ada keteguran kah...

Kalau manusia original memang Hj Akbar tidak gentar. Entah mengapa dengan seorang pemuda seperti itu saja Hj Akbar sudah kecut perut. Sejak bila dia takut dengan orang? Dengan hantu pun dia tidak pernah takut. Dalam sejarah hidup Hj Akbar baru kali inilah dia merasa takut dan lari begitu ligat. Hjh Ummi pun turut kembang bulu.

“Mengapa ni bang Aji?”.

Hj Akbar memuncungkan bibirnya yang pucat macam terung itu ke arah di mana daun itu diletakkan. Hjh Ummi mengambil daun itu dan memerhatikannya. Tidak ada keanihan pada daun itu, cuma sehelai daun kering yang biasa dilihat di mana-mana. Tapi bagaimana pula sampai menakutkan suaminya sehingga lari lintang pukang seolah-olah dikejar maut! Apa kah benar maut mengejar orang...

“Buang daun itu...buang!”

“Kenapa dengan daun ni bang Aji?”

Hjh Ummi belum mengerti apa hubungan daun itu dengan suaminya. Cuma yang dapat dibayangkan oleh Hjh Ummi, suaminya termakan daun beracun. Kalau pun makan ulam-ulaman ‘luan tah’ jua sampai tidak kenal mana daun yang boleh dimakan dengan tidak. Kambing pun pandai memilih daun. Kalau ulat bulu...

“Cuba kamu lihat tulisan atas daun itu...itukan nama aku”.

Hjh Ummi sekali lagi merenung dan membalik-balikkan daun itu. Atas...bawah...kanan dan kiri namun dia tidak nampak apa-apa, apa tah lagi nama suaminya. Cuma urat-urat daun yang berlingkar-lingkar macam taugih, itu saja yang Hjh Ummi nampak.

“Kalau kamu nak tau setiap nama yang tertulis di daun itu, orang itulah yang akan dipanggil Allah untuk menghadap-Nya”.

“Di mana bang Aji mendengar cerita ni...jangan bagai-bagailah bang Aji”.

“Ini bukan cerita lagi semua itu ustaz-ustaz yang cakap. Aku sendiri yang dengar semasa syarahan di Pusat Da’wah dulu. Dalam buku pun ada”. Hj Akbar meyakinkan isterinya.

Hjh Ummi diam dan akur dengan kata-kata suaminya itu. Dia tahu bahawa suaminya tidak berbohong, belum pernah sekali pun membohongi dirinya. Wajah Hj Akbar semakin pucat dan layu.

Hjh Ummi memandang wajah suaminya dalam-dalam, amat terharu dirasakannya, mahu saja dikongsikannya bersama penderitaan suaminya itu. Berat sama dipikul dan ringan akan mereka jinjing bersama.

Tapi apalah yang dapat dilakukan ketika itu oleh seorang isteri, cuma titisan air mata kehibaan terhadap seorang yang bergelar suami. Bagi Hjh Ummi cuma suaminya itulah yang awal dan akhir.

Siapa tidak sayang pada suami. Namanya suami. Tempat berlindung, tempat berpaut dan berteduh. Walaupun umur mereka sudah lanjut, sudah dapat pencen tua. Namun kasih dan sayang mereka tetap seperti malam pertama. Bagaikan Romeo dan Juliet. Begitulah teguhnya ikatan suami isteri yang dijalin dengan tali cinta dari hati ke hati. Cuma maut yang dapat memisahkan mereka.

“Bawa mengucap banyak-banyak bang Aji, ingat pada Allah”. Hj Akbar diam. Dalam hatinya memuji-muji kebesaran Allah, beristighfar dan memohon ampun.

Hj Akbar nampak tenang, raut wajahnya lembut dan layu. Melihat itu Hjh Ummi menarik nafas panjang, kelopak matanya mula digenangi air dan itulah kali pertama Hjh Ummi menangis.

Hj Akbar memang pantang mendengar apa-apa majlis yang bercorak keagamaan, dia tidak mahu ketinggalan baik yang berbentuk syarahan ataupun ceramah. Majlis yang seumpama itu seolah-olah tidak akan lengkap jika Hj Akbar tidak menghadirinya.

Tidak hairanlah jika Hj Akbar memperolehi banyak ilmu pengetahuan tentang silok belok agama, walau pun dia bukan seorang guru agama. Pernah satu ketika dulu penduduk kampung mahukan dia menjadi imam surau kampung mereka.

’Nak jadi imam tu nantilah dulu, tapi kalau nak jadi pegawai halal haram boleh jugalah sikit-sikit’.

Hj Akbar tekun dan rajin menggali seberapa banyak pengetahuan agama, ini adalah untuk bekalan sepanjang perjalanan hidupnya hingga ke penghujung nanti. Sudah pastinya ‘akhirat’ sebuah negeri yang kekal dan abadi yang ingin dimiliki oleh semua orang. Semuanya itu bukan untuk apa-apa, jauh sekali guna meraih apa yang digelar ‘tokoh’.

Sesuai dengan zaman kelahiran Hj Akbar lebih enam puluh tahun dulu, terlalu susah untuk mendapatkan orang yang betul-betul arif tentang agama. Bukan seperti sekarang di mana-mana saja ada tempat belajar. Di masjid, surau-surau, rumah-rumah ibadat dan banyak lagi malah di pejabat-pejabat pun ada. Kita cuma tau suap...

Sekali air bah pantai akan tetap berubah. Pasang air ada surutnya, begitu juga seorang insan biasa seperti Hj Akbar. Sejak peristiwa itu dia seolah-olah ‘inda beliur’ lagi untuk menghadiri apa-apa majlis pun. Kerana dalam majlis-majlis yang seumpama itulah pemuda berjambang itu sering muncul.

Hj Akbar bertekad akan berdepan dengan pemuda berjambang itu secara jantan. Kewibawaannya tercabar dan dia merasa dayus jika tidak berbuat sesuatu. Dalam apa keadaan dan masa pun Hj Akbar akan tetap bersedia. Biar pemuda berjambang itu tahu Hj Akbar pantang dicabar. Membujur lalu melintang pasti akan patah.

Majlis bertahlil berjalan begitu lancar dan teratur. Hj Akbar memerhatikan kiri dan kanan, tapi pemuda berjambang yang ditunggu-tunggunya itu tidak juga muncul-muncul. Hj Akbar senyum.

‘Pandai kau takut...’ Bisik hati kecil Hj Akbar.

Hj Akbar kini seolah-olah berada di atas angin. Sayup-sayup didengarnya suara orang ramai memuji kebesaran Allah. Begitu mendalam penghayatannya sehingga dia lupa akan keadaan sekelilingnya.

Menyerap darah Hj Akbar bila saja terasa pahanya ditindih orang. Pemuda berjambang yang ditunggu-tunggunya itu kini muncul di sebelah kanannya. Pelanduk memang mudah lupakan jerat, tapi jerat tidak mungkin lupakan pelanduk.

Hj Akbar merasakan dirinya sudah tidak berdaya. Tangannya kaku mulutnya bagai dikunci dan badannya macam diikat. Dengan mata yang berair dia melihat pemuda berjambang itu tersenyum. Hj Akbar juga sempat melihat janazahnya dikelilingi orang ramai sambil bertahlil...

“La Illah ha Illallah...”

“La Illah ha Illallah...”

“La Illah ha Illallah...”



BEBAS


Bulan ini pahala berselerak
amal kebajikan di mana-mana
kita tau kutip
guna menambah bekalan.
*
Bulan ini juga
pintu neraka ditutup rapat
iblis syaitan dibelenggu
kita bebas dari godaan.
*
Bagaimana iblis dalam diri
yang tidak terbelenggu
apakah kita betul-betul bebas
atau kita yang dibelenggu.



Bagai Penawar

Dua insan terpenting
selaku dinding pertahanan
dari gangguan kafir Quraisy
kesedihan mula membaluti Baginda
setelah kepergian isteri tercinta
diikuti kewafatan bapa saudara.
^
Bagaikan penawar hati yang duka
baginda diisrak mikrajkan
memperlihatkan tanda-tanda
kebesaran dan kekuasaan
Allah Yang Maha Esa.
^
Kita ini adalah sebenarnya
umat yang amat beruntung
israk mikraj Baginda
tidak kosong
kita yang cuma tau buat
sebagai muslimin
mau pun muslimat
iaitu solat lima waktu
perintah Allah langsung
dibawa oleh kekasih-Nya
untuk hamba-Nya yang beriman.
^
Itulah mikraj
seorang Rasul pilihan
juga menjadi rahmat
bagi seluruh alam.
^
Bagaimana pula kita…!
israk yang baru bermula
bila akan sudahnya
atau kita masih di garisan
bersama mikraj
yang belum apa-apa.



BUBUK

Benteng kesabaran Bubuk telah roboh dan tidak dapat diperbaiki lagi. Perhubungan Bubuk dengan Sitam akhirnya berpatah arang dan berkerat rotan. Sitam sudah berani mieo-mieo dan main kejar-kejar dengan betina lain macam tupai.

Sebenarnya Bubuk tidak punya apa-apa perasaan terhadap Sitam yang cuma sekadar membalas jasa Sitam kerana telah menyelamatkan Bubuk dari cuba diperkosa oleh Sidua yang gila bini dan tidak mengenal bulu itu. Sidua memang karak betina dan mungkin juga Sidua ada pecula macam basing.

Malang itu sememangnya tidak berbau, beberapa bulan kemudian Sidua mati accident depan traffic light simpang empat, Lebuhraya Muara Tutong ketika Sidua tengah menganji dan cuba mengejar betina yang hendak menyeberang jalan. Sidua mati serta-merta di tempat kejadian.

Bubuk memang ada jantan original jauh lebih lama sebelum Bubuk bertemu dengan Sitam. Bubuk sudah melahirkan anak seramai dua puluh satu ekor termasuk tiga ekor anaknya bersama Sitam. Semua anak-anaknya itu dari kecil hingga besar hidup sendiri-sendiri. Biarkan asal mereka pandai cari makan dan tau jaga diri.

Akhir-akhir ini Sitam ketara banyak berubah. Apabila pulang dari cari makan Sitam hanya membawa tulang bogel, Sitam memisinya terlebih dahulu bersama dengan betina-betina lain. Ini yang menyebabkan Bubuk muntah tidak ada selera hendak memakannya. Kerana itulah juga Bubuk dengan rela berpisah hidup dengan Sitam

Berlainan pula dengan Tompok karangan jantungnya yang satu ini, pulang dari cari makan Tompok akan membawa tulang segar. Tompok memang pandai mengambil hati Bubuk kerana itulah Bubuk sayang pada Tompok. Begitu juga Tompok masih taat dan setia pada Bubuk, walaupun Bubuk telah mendua-tigakan Tompok. Inilah barangkali yang dikatakan oleh manusia ‘satu dalam sejuta.’

Bubuk berhasrat untuk mencari makan sendiri tidak lagi berharap sepenuhnya kepada Tompok. Tapi Tompok menghalangnya, Tompok bimbang akan keselamatan Bubuk kerana sekarang ini keganasan, penderaan maupun pencolekan berleluasa di sana sini.

Tompok teringat akan kisah nenek moyangnya beratus tahun dahulu. Mereka terlalu disayangi oleh ampuan-ampuan mereka sehingga waktu makan pun turut berhidang sama, cuma mereka perlu sabar menunggu ampuan-ampuan mereka memberikan ‘rimah’ ataupun tulang-tulang untuk mereka.

Tambah cerita nenek moyangnya lagi, dulu-dulu mereka merasakan keenakan dan kelazatan tulang-tulang ikan seperti ikan bilis, sempariding, kembura, kuasi walaupun cuma tulang-temulang yang diratah, tapi mereka merasakan begitu seronok berhidang dengan ampuan-ampuan mereka. Barangkali inilah yang tidak ada sekarang.

Tompok mengakui kebenaran cerita itu, tapi semuanya cuma tinggal nostalgia. Sekarang mereka sudah menjadi pelarian di halaman sendiri, tidur dan rehat cuma tumpang sementara di tempat orang, jika silap landing mereka pasti akan diusir walau pun mereka tidak mempunyai kurap.

Putusnya perkongsian hidup Bubuk dengan Sitam membuka lambaran baru. Bubuk sudah tidak ada ikatan apa-apa dengan Sitam, apalagi setelah terjadinya peristiwa Bubuk berungkup dengan Comot bini Sitam beberapa hari yang lalu. Bagaimana pun atas rundingan dan kepersafahaman bersama antara Bubuk dengan Comot maka perkara itu dapat diselesaikan.

Bubuk sekarang tidak senang cuma tidur dan makan, apalagi Bubuk sendirian jauh dari anak-anaknya yang entah di mana. Makankah mereka atau matikah mereka. Bubuk ingin mencari makan sendiri disamping mencari anak-anaknya untung-untung mereka kenal bahawa Bubuk ibu mereka.

Tompok cuba menghalang agar Bubuk tidak meneruskan maksudnya itu, selagi Tompok berkaki empat, misainya masih bergerak dan mulutnya boleh mengiau, Tompok bersedia mencari makanan untuk Bubuk.

Tompok sangat sayang pada Bubuk kerana Bubuk mempunyai sepasang mata yang bulat dan besar. Berbadan mongel berbulu kembang berwarna jingga dan punya ekor yang pendek bengkok ke kanan, kalau berjalan jelas lenggoknya membikin setiap jantan yang melihat akan menganji.

Bubuk memulakan aktivitinya mau hidup cari makan sendiri, Bubuk tau mulai sekarang inilah dia harus belajar hidup sendirian tanpa bantuan Tompok, mana tahu esok-esok Tompok beralih kasih dan mengejar betina-betina lain yang lebih comel dan ummph…!

Keseronokan mula dirasakan oleh Bubuk apabila dia mencari makan sendiri. Bubuk bebas memilih apa makanan yang dia suka, dan makanan itu pula dirasakannya tidak seperti makanan yang diangkut oleh Tompok. Bubuk tidak perlu bersusah payah mengunyah sekuat mungkin kerana semuanya rangup-rangup belaka.

Tompok tahu di mana Bubuk mendapatkan makanan-makanan itu, semuanya itu sisa-sisa yang sebetulnya bukan sisa yang tidak terhabiskan oleh manusia dan terpaksa dibuang. Makanan seumpama itu banyak di kedai-kedai makan tepi jalan yang sering dikunjungi Tompok.

Tempat itu amat merbahaya kerana berdekatan dengan kawasan perumahan. Kawasan yang bersih dan cantik, Tompok khuatir jika Bubuk kekenyangan dan akan berehat ataupun tertidur di kawasan itu yang menyebabkan penghuni di situ berbuat sesuatu.

Tompok sering mengingatkan agar Bubuk tidak pergi ke tempat itu lagi kerana tersangat bahaya bagi Bubuk apa lagi dia betina. Tompok takut peristiwa hitam yang menimpa Bubuk berulang kembali. Tompok tahu semua itu adalah kerana perbuatan kotor mereka sendiri yang tidak tahu memilih tempat. Berak merata-rata, kencing ancit sebarangan dan muntah sana sini. Tompok bimbang jika Bubuk terus berdegil.

Bubuk sudah berani menengking Tompok malah pandai angkat misai tanda marah dan melawan. Tompok masih sabar dan sentiasa mengikuti Bubuk dari belakang ke mana saja Bubuk pergi tanpa pengetahuan Bubuk sendiri.

Apa yang dikhuatirkan Tompok kini berlaku juga. Bubuk sudah tidak tahu di mana tempat tinggalnya kerana mabuk dengan kebebasan yang diperolehinya. Bubuk akan pergi ke mana saja dia suka dan tidak memilih tempat, di mana ada makanan yang paling sedap maka di sanalah Bubuk menjamu nafsunya.

Bubuk juga tidak memilih tempat untuk dia berhenti rehat. Di beranda rumah…atas atap kereta…dalam pasu bunga atau dalam enjen kereta bagi memanaskan badannya yang sejuk itu. Satu ketika dahulu ada diantara anak-anak bubuk yang mati terkena kipas enjen kereta pada esok paginya.

Ketajaman hidung Tompok menghidu bau Bubuk dapat menyelamatkan Bubuk sendiri dari terjerut leher dalam kereta sebelum pagi menjelang. Bubuk selamba saja macam tidak ada apa-apa bahaya yang akan berlaku. Tompok mengikuti Bubuk dari belakang dan mencium ekor Bubuk bagi menyatakan betapa sayangnya terhadap Bubuk.

Sebaliknya Bubuk marah dan bertindak agresif sepantas kilat Bubuk berpaling dan mencakar muka Tompok dengan disertai bunyi miewnya yang nyaring. Tompok terpinga-pinga kehairanan, kerana tidak menyangka sama sekali Bubuk tergamak memperlakukan dia sebegitu rupa. Tompok menerkam Bubuk.
Anak mata Tompok berkilat menahan marahnya. Kalau bukan Bubuk kesayangannya yang berada dihadapannya itu, pasti Tompok akan bertindak liar dan menjadikan Bubuk bangkai yang tidak punya makna apa-apa.

Bubuk gagal menyelami lubuk hati Tompok yang tengah kehausan kasih sayang itu. Bubuk juga senghaja tidak mahu melayani kehendak Tompok yang sebelum ini Bubuk tidak pernah menolak walau dalam apa keadaan pun. Bubuk meninggalkan Tompok bersendirian.

‘Mieu…! Miew…! Mieo…’ Tompok meluahkan kesedihannya lalu merebahkan dirinya sambil bergolek-golek disebabkan perlakuan Bubuk yang disayanginya itu. Tompok kecewa seratus peratus…!

Bubuk semakin berani merayau-rayau mengikut hehendak hatinya. Deria semula jadi Bubuk terhidu bau enak yang belum pernah diciumnya sepanjang hayatnya hingga sekarang. Bubuk mengesan darimana bau yang sangat menaiskan liurnya itu.

Bubuk semakin gian dan bernafsu pada bau yang semakin mencucuk tajam lobang hidungnya itu, apatah lagi sudah ada benih-benih dari Tompok dalam perutnya. Tidak sia-sia Bubuk menjejaki bau yang merangsang keinginannya itu. Bubuk begitu gelojoh memamah dengan lahapnya seketul daging rangup yang tergantung seolah itulah makanan khusus untuknya.

Tompok yang selama ini diselimuti dengan kebimbangan atas keselamatan Bubuk yang sudah berbadan lebih dari dua itu semakin digamit prasangka buruk bahawa Bubuk dalam bahaya, kerana akhir-akhir ini Bubuk sering ke kawasan hitam Liau Uteh yang mempunyai sebuah perangkap maut. Ini amat bahaya bagi Bubuk. Tompok mencari Bubuk dan Bubuk harus diselamatkan sebelum terlambat.

Tompok wajib membuktikan dia betul-betul seekor jantan, bagaikan pendekar yang turun hendak berungkup, Tompok dengan tangkas mengatur langkah memulakan pencariannya yang akan menentukan hidup matinya Bubuk jantung hatinya itu.

Langkah Tompok tepat sebagaimana yang dijangkakannya, tapi malang tidak ada tanda-tanda Bubuk ada di situ. Semangatnya beransur lemah, Tompok berandaian sesuatu yang buruk telah menimpa Bubuk. Tompok hampir putus asa.

‘Mieoo…!’ Garau suara Bubuk.

Spontan Tompok berpaling lalu menerkam darimana datangnya suara itu. Umpama pendekar yang menangkis tikaman musuh dari belakang. Itu pasti suara Bubuk. Suara itu sudah diformatkannya dalam komputer mindanya.

Tompok amat terperanjat apabila Bubuk berada di dalam perangkap besi, Bubuk sudah termasuk ke dalam perangkap Liau Uteh yang sentiasa ternganga dua puluh empat jam tanpa rehat itu.
Bubuk berjalan keliling dalam kurungan itu dengan mengesel-geselkan badannya di tepi kurungan yang memisahkannya dengan Tompok. Tompok merasa amat kesal kerana tidak terdaya membebaskan Bubuk yang sudah menjadi mangsa ke sembilan perangkap maut Liau Uteh itu.

‘Miew…!’ Perlahan suara Bubuk. Mata Bubuk terkebil-kebil. Sedih. Kesal.

‘Mie…ew..oo…!!!’ Gaung balas Tompok. Lingas. Marah.

Tompok memandang Bubuk puas-puas begitu juga Bubuk merenung dalam-dalam wajah Tompok. Tompok akan kehilangan Bubuk bersama anak-anaknya yang masih dalam kandungan Bubuk untuk selama-selamanya, kerana esok Tompok pasti Bubuk akan dipindahkan ketempat lain.

AYAM

Tawar menawar semakin rancak. Macam jualan lelong cuma bezanya harga lelong semakin naik tapi yang ini lagi rendah itu yang lebih baik. Itulah telatah orang yang menjual dan gelagat orang yang membeli. Si penjual mati-mati mempertahankan barangan yang dijualnya sangat baik. Si pembeli pula kenalah manis mulut dan lembut lidah untuk menawan hati si penjual dengan bermacam cara.

Kalau kebetulan si penjual ‘puah hati’ dengan senang saja ditakluki kerana pujian dan manis bahasa. Tapi sebaliknya jika si penjual tidak makan puji dan tidak pula mengerti ‘manisnya bahasa’ maka disitulah ceritanya akan berakhir. Walau apa pun semua itu adalah menjadi urat nadi bagi yang dinamakan jual beli.

“Dari kau pelihara ayam untuk tontonan lebih baik kau pelihara untuk dijual atau dimakan.”

“Ayam-ayam aku ni adalah merupakan satu koleksi.”

“Tapi dah berapa banyak ayam di rumah kau tu. Kau tak jemu-jemu kah tengok ayam setiap hari.”

“Ini kan kegemaran aku dah tentulah aku tak jemu.”

“Aku lihat di rumah kau tu macam-macam jenis ayam. Ayam Turki. Ayam Belanda. Ayam Brunei pun ada. Aku heranlah macamana pula kau minat sangat dengan ayam ni.”

“Aku ni samalah dengan orang lain yang minat pelihara ikan, burung dan sanggup pula beli sampai harga belasan ribu. Malah ada orang tu sampai ular pun dia sanggup pelihara.”

“Tapi kau harus ingat masa ni pelihara benda-benda macam ni bahaya sikit.”

“Maksud kau..!” Yassin agak terkejut.

“Wabak selesma burung masih aktif.” Rakan sejawatnya Wahid memberikan nasihat walau pun separuh berjenaka.

“Itu aku taulah tapi ini bukan sebarangan ayam.”

“Tapi aku nampak ayam tu sama saja”. Wahid meluahkan pandangannya lagi.

“Ayam serama ni cantik sikit walau pun kecil tapi nampak kiut”. Yassin masih mempertahankan dan memuji spesis yang menjadi tangkai jantungnya itu.

“Kalau dah berkenan tu memanglah apa saja boleh cakap”. Wahid mengalah.

Akhirnya Yassin berjaya juga mendapatkan Ayam Serama yang diidam-idamkannya selama ini. Ayam yang seekor ini memang istimewa kedudukannya. Yassin sengaja menyimpan dalam kurungan yang cantik, berlainan dengan kurungan ayam-ayamnya yang lain.

Yassin sudah mula menampakkan rasa pilih kasih keatas ayam-ayamnya itu. Dia lebih memberikan perhatian kepada Seri Rama (sudah diletakkan nama). Baik dalam bentuk apa sekali pun Seri Rama mesti lebih dari ayam-ayam lain.

Sejak kedatangan Seri Rama ini ayam-ayam lain menjadi kecoh. Kokok si jantan pun sudah tidak memilih waktu, baik pagi tengahari mau pun petang. Mereka seakan-akan cemburu dengan kedatangan Seri Rama yang comel itu. Malah yang agak melucukan ada di antara ayam-ayam itu tidak mau makan dan minum. Mereka mogok lapar kerana cemburu dan iri hati. (betul kah binatang juga mempunyai sifat-sifat serupa itu…).

“Tono..!” Yassin memanggil orang gajinya.

“Ada apa Paa..!” Tono pantas macam kilat sudah terpacak di depan Yassin.

“Nanti setelah kamu mandikan Seri Rama dengan yang lain, jangan lupa bersihkan terus rebannya. Jangan biarkan kotor nanti jiran ngamok.”

“Baik Paa..!” Tono beredar setelah mendapat arahan kerja dari majikannya untuk dibuat hari itu.

Tono macam biasa membuat kerja hariannya. Kadang-kadang timbul juga rasa bosan di hati Tono kerana saban hari memandikan ayam dan menyuci rebannya. Bukan itu saja sejak Seri Rama hadir di tengah-tengah mereka bukan main lagi gelagat dan kerinah ayam-ayam yang lain itu.

“Aduh..! Goblok kamu ya...dasar binatang sudah dipelihara, malah mau nyakitin orang lagi..!” Tono betul-betul marah kerana tangannya dipatuk oleh Ayam Turki yang seolah-olah melepaskan geramnya selama ini.

Semanjak Tono bekerja si situ ayam-ayam peliharaan Yassin bukan main gempal. Apa lagi Seri Rama yang menjadi ‘ayam emas’ majikannya itu semakin comel. Itulah dalam apa bentuk pun jika penjagaan baik mesti akan nampak hasilnya.

Tono semakin gusar dengan palbagai kerinah ayam-ayam itu. Mereka seolah-olah tau bahawa tuan mereka telah berubah kasih. Perhatian cuma ditumpukan kepada Seri Rama. Begitulah jika demikan apa lagi manusia tidak merasa cemburu, hingga binatang pun merasakan sakitnya jika tidak diberikan layanan yang sama.

Satu hari Tono benar-benar panik. Seri Rama terlepas keluar dan lari ketika dia tengah menyuci najis dalam kurungannya. Tono pun tidak tau bagaimana Seri Rama boleh terlepas. Dia sudah terlalu hati-hati. Tapi nasibnya amat malang.

“Kamu mesti dapatkan ayam itu kembali, jika tidak gaji kamu akan dipotong tiga bulan.” Keras suara Yassin.

“Masa ayam yang hilang gaji saya dipotong Paa..!” Beralun nada bangkangan Tono, tapi cukup menyakitkan hati Yassin.

“Atas kecuaian kamu…kerana itu kamu harus tanggong risikonya.” Yassin benar-benar marah. Dia melihat Tono cuma sebesar jari kelingking.

Tono merasa kesal. Mengapa Seri Rama yang terlepas bukan yang lain. Barangkali jika ayam lain yang terlepas tentu majikannya tidak akan bertindak segarang itu. Dia menyalahkan dirinya berkali-kali.

Sudah beberapa hari Seri Rama menghilangkan diri. Tono semacam orang yang tidak ketentuan. Apa yang dibuatnya semua salah. Yassin saban waktu bertanyakan tentang Seri Rama. Jika di ofis dia akan sering menelefon ke rumah bertanya kan Seri Rama sudah ditemui atau belum.

“Kamu harus ketemukan Seri Rama, jika tidak kamu akan tau sendiri apa akibatnya.” Yassin seolah-olah mengancam Tono.

“Saya harus ketemukannya di mana Paa...!” Soalan biasa bagi orang-orang seperti Tono. Tapi bagi Yassin soalan seumpama itu cukup membuatkan hatinya semakin mendidih.

“Kalau aku tau tak payah aku suruh kamu mencarinya.” Bentak Yassin.

“Saya sudah mencarinya…habis belum ketemu, apa yang harus saya lakukan Paa..!” Tono seakan-akan tidak pandai membezakan perkataan marah atau sebaliknya.

“Pada mulanya kamu datang ke sini untuk kerja yang baik dan sempurna, tapi setelah kamu kerja kamu cuai langsung tidak menghargai majikan kamu.”

“Saya sama sekali tidak punya maksud yang begituan Paa…saya sudah cukup hati-hati tapi itulah hasilnya.”

“Kamu harus cari sampai dapat.” Keputusan Yassin muktamad.

Tono giling kepala. Kalau hendak diturutkan hati semua ayam-ayam itu dilepaskannya. Tapi itu sengaja namanya dan cuba menabur pasir dalam periuknya sendiri. Bagaimana pun Tono akan mencarinya sampai dapat, jika tidak dia terpaksa berdepan dengan kenyataan.

“Kau jangan terlalu kejam Yassin, Tono manusia sedangkan Seri Rama kau tu cuma binatang peliharaan.” Wahid cuba menanam sedikit kata peringatan pada Yassin.

“Tapi ayam itu aku dapatkan dengan wang ringgit…bukan percuma.”

“Jangan kata binatang tidak hilang, kita manusia ini pun boleh hilang juga. Tau-tau muka sipulan terpampang di kaca tv. Siapa yang disalahkan..!”

“Itu lain….!” Yassin membantah.

“Tono jauh-jauh datang ke sini untuk mendapatkan sebiji nasi, jika kita bertindak tidak setimpal dengan kesalahan seseorang itu dosanya amat besar kau tau.”

“Tapi dia membuatkan aku kehilangan benda yang aku sayangi.”

“Berapalah nilai dan harga seekor ayam yang berspesiskan binatang itu jika dibandingkan dengan seorang manusia. Kalau Tono kau berhentikan dia akan balik ke negerinya tanpa membawa apa-apa pun untuk keluarganya.”

“Itu bukan masaalah aku.” Yassin tetap dengan pendiriannya.

“Kita belajar dari apa yang orang lain perolehi. Bagaimana kalau kau yang berada ditempatnya.” Wahid mengajukan pertanyaan yang membuatkan Yassin terdiam.

Tono nekad mengambil keputusan. Apa pun yang akan jadi dia sanggup menghadapinya. Dia tidak tahan lagi berdepan dengan majikan seperti Yasin. Tono juga ada harga diri waima dia harus mengemis kerja yang berlumuran dengan najis.

Dengan bantuan kawan-kawannya, diam-diam Tono sudah mendapat pekerjaan ditempat lain. Sebagai peladang yang menjanjikan pendapatan lebih lumayan dari pekerjaannya sekarang. Tono begitu ghairah dengan pekerjaan baru itu walau pun belum nampak apa-apanya.

“Saya mau berhenti kerja Paa…” Tono dengan nekad.memberanikan diri.

“Kalau kamu berhenti kerja, lalu ayam saya yang hilang itu bagaimana..?”

“Saya sanggup gantian Paa…”

“Dengan apa kamu mau ganti..?”

“Kan bumi Tuhan ini luas Paa…rezeki bisa diperolehi di mana-mana.”

“Tak boleh…kamu mesti ganti dulu ayam saya yang hilang itu..!”

“Sekarang juga saya bisa ganti Paa…”

“Kamu jangan main-main sama saya…nahas kamu nanti..!”

“Ini wangnya Paa…saya mohon ampunan bapa atas kealpaan saya.” Dengan tertip Tono memberikan wang itu pada Yassin.

“Dari mana kamu dapat wang ini, gaji kamu belum dibayar lagi. Jangan-jangan kamu mencuri..!”

“Saya pinjam wang dari teman saya. Tak usah bapa curiga saya ganti dengan ikhlas dan wangnya juga halal. Saya belum kepingin lagi mau jadi pencuri Paa.”

Kini giliran Yasin pula yang serba salah. Mau bingkas rasanya lobang telinganya mendengar kata-kata Tono yang tajam itu. Mau diterima wang itu atau tidak. Sekarang dia berdepan dengan orang lain. Orang yang boleh mencurak warnakan sikap orang Brunei berpandukan apa yang diterima dan dialaminya. Dia tidak mau merosakkan emej negara dan dirinya sendiri yang cuma disebabkan oleh seekor ayam. Martabat diri dan negara lebih tinggi nilainya dari seekor binatang teranakan.

“Kamu simpan wang itu dulu. Esok saja kita bicarakan.”

“Saya tidak main-main Paa…” Tono nampak semakin berani.

“Kamu pergi dulu…” Tanpa banyak kerinah Tono mengikut arahan Yassin dengan perasaan lapang dada.

Di awal pagi selepas waktu subuh Yassin terdengar suara Seri Rama. Tanpa berfikir panjang Yassin meluru mendapatkan kurungan Seri Rama yang sudah beberapa hari kosong itu. Yassin terpegun bila melihat Seri Rama relax dalam kurungannya yang seakan-akan mengijik dirinya.

Yassin berlari mendapatkan Tono dalam biliknya. Tapi Tono sudah tidak ada. Matanya cepat terangkut pada sehelai kertas yang terlekat didinding. Yassin cepat mengambil kertas itu lalu membacanya.

“Terimalah wang ini sebagai gantian ayam bapa yang hilang.”

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online